Sabtu, 3 Januari 2015

1/03/2015 03:34:00 PG

Aksi berkualiti warnai FIC 2015


Aksi berkualiti warnai FIC 2015

Posted: 01 Jan 2015 07:09 PM PST

  • Noor Ihsan (tiga, kanan) bersama wakil Persatuan Bola Sepak Malaysia, Normala Yusof (tengah) dan wakil pasukan lain pada pelancaran Frenz U18 International Cup 2015, semalam. - Foto ihsan KAMARUL AKHIR / WWW.ASIANA.MYNoor Ihsan (tiga, kanan) bersama wakil Persatuan Bola Sepak Malaysia, Normala Yusof (tengah) dan wakil pasukan lain pada pelancaran Frenz U18 International Cup 2015, semalam. - Foto ihsan KAMARUL AKHIR / WWW.ASIANA.MY

EDISI ketiga Piala Antarabangsa Frenz B-18 2015 (FIC 2015) akan membuka tirai serentak di Palembang, Indonesia dan Kuala Lumpur esok, namun agak sukar pemerhati meramalkan pasukan mana berpotensi muncul juara kali ini.

Dengan kehadiran pasukan berprofil tinggi dari Eropah dan Asia yang dilihat berupaya menyajikan aksi berkualiti bermula 3 hingga 14 Januari depan, ternyata ramalan di atas kertas bukan lagi sesuatu yang menjadi ukuran.

Stadium Gelora Sriwijaya dan Stadium Madya Bumi Sriwijaya di Palembang, akan menjadi tuan rumah aksi Kumpulan A dan Kumpulan B manakala Stadium Shah Alam, Kompleks Sukan UiTM di Shah Alam dan Kompleks Sukan Maybank di Bangi pula menjadi tuan rumah bagi aksi Kumpulan C dan Kumpulan D di Malaysia.

Kedua-dua perlawanan separuh akhir akan diadakan pada 12 Januari dan perlawanan akhir pada 14 Januari di Palembang.

Presiden Akademi Bola Sepak Frenz United, Datuk Noor Ihsan A Hamid berkata, sebagai pertandingan bola sepak peringkat remaja terulung di Asia, Piala Antarabangsa Frenz berkembang dengan baik selepas bermula dengan 8 pasukan pada 2013, 11 pada 2014 dan kini 16 pasukan pada 2015.

Antara kelab yang bakal menyerikan kejohanan ialah kelab Inggeris Tottenham Hotspurs dan Liverpool FC, Valencia CF (Sepanyol), Porto FC (Portugal), Feyenoord (Belanda), Besiktas FC (Turki), Estudiantes FC (Argentina), SC Internacional (Brazil), Gamba Osaka dan Kashima Antlers (Jepun), Guangzhou Evergrande (China) dan AIFF B-18 (India).

Frenz United Malaysia dan Frenz United Indonesia pula bakal mengibar cabaran negara Asean bersama-sama Chonburi FC dari Thailand dan PVF Vietnam.

TMJ tekad jadikan JDT lebih baik

Posted: 01 Jan 2015 06:55 PM PST

  • Tunku IsmailTunku Ismail

KEDATANGAN tahun 2015 diharapkan memberi sinar baharu yang lebih indah kepada pasukan serba lengkap Harimau Selatan.

Tunku Mahkota Johor yang juga Presiden Persatuan Bola Sepak Negeri Johor (PBNJ), Tunku Ismail Sultan Ibrahim dalam amanat tahun baharu menerusi laman sosial rasmi Johor Southern Tigers turut menggambarkan Johor Darul Ta'azim bakal menjadi sebuah pasukan lebih baik berbanding musim lalu.

"Akhirnya kita melangkah ke tahun 2015, tetapi saya ingin mengimbau kembali serba sedikit peristiwa tahun 2014," katanya.

Menurut beliau, biarpun JDT mencatatkan rekod gemilang sepanjang musim lalu dengan muncul juara Liga Super 2014, namun itu tidak bermakna pasukan dari selatan tanahair itu sudah boleh berpuas hati.

"Ia merupakan satu perjalanan yang hebat, dengan kita menjuarai Liga Super Malaysia setelah menanti selama 23 tahun, selain menjejakkan kaki ke perlawanan akhir Piala Malaysia. Tetapi itu semua tidak bermakna tugas kita telah selesai," katanya melalui entri terbaharu, semalam.

Tunku Ismail berkata, beliau bersama PBNJ tetap merangka strategik dan pengurusan terbaik untuk memastikan JDT muncul sebagai pasukan yang lebih baik, berkualiti dan kekal dalam prestasinya.

"Saya dan PBNJ akan terus berusaha memartabatkan bola sepak Johor sehingga kita berada di puncak dan kekal di atasnya.

"Saya berharap kedatangan tahun baru ini akan membawa bersamanya lebih kejayaan kepada pasukan dan memberikan lebih banyak kegembiraan untuk penyokong Johor Darul Ta'zim.

"Selamat tahun baru saya ucapkan kepada semua, semoga sentiasa ceria dan diberkati," katanya.

Tetap berlatih meskipun banjir

Posted: 01 Jan 2015 06:52 PM PST

  • Tok Gajah tekad mahu mengekalkan kejuaraan Piala Sumbangsih pada 31 Januari ini.Tok Gajah tekad mahu mengekalkan kejuaraan Piala Sumbangsih pada 31 Januari ini.

ASPEK stamina dan kecergasan pemain menjadi fokus skuad Tok Gajah walaupun latihan sedikit terjejas dengan situasi banjir yang melanda di negeri itu. Lapor ROSILAWATI ROSEDI.

Pengendalinya, Zainal Abidin Hassan memberitahu, latihan di padang biasa tidak dapat dijalankan dan perancangan untuk berlatih di Stadium Mini Majlis Perbandaran Temerloh (MPT) terpaksa ditangguhkan berikutan stadium tersebut digenangi air.

Malah dengan keadaan hujan yang melanda di Kuantan, latihan tetap dijalankan namun di padang futsal tertutup sebelum Liga Malaysia 2015 membuka tirainya pada Februari depan.

"Pemain tetap menjalani latihan di padang futsal kerana kita tidak mahu aspek stamina dan kecergasan pemain sedikit terjejas.

"Setakat ini, latihan berjalan lancar dan pemain tetap memberikan komitmen tinggi sebelum liga bermula," katanya, semalam.

Menurutnya, selain latihan, siri perlawanan persahabatan bakal diaturkan dan dijadualkan pada pertengahan bulan ini.

"Kita akan mengaturkan beberapa siri perlawanan persahabatan bersama beberapa pasukan dalam dan luar negara untuk persediaan menghadapi Piala Sumbangsih 2015 pada 31 Januari ini," katanya.

Sebelum ini, skuad Tok Gajah dirancang berdepan kelab dari Iran pada 4 Januari, namun masih belum mendapat keputusan muktamad.

Juara Piala Malaysia, Piala FA dan Piala Sumbangsih 2014 itu akan berdepan juara Liga Super 2014, Johor Darul Ta'zim (JDT) di venue lawan di Larkin pada penghujung bulan ini.

Buruan The Reds

Posted: 01 Jan 2015 06:45 PM PST

  • Prestasi Vietto dan gaya permainannya dikatakan mirip kelibat bintang Manchester City, Sergio Aguero.Prestasi Vietto dan gaya permainannya dikatakan mirip kelibat bintang Manchester City, Sergio Aguero.

LIVERPOOL merancang untuk mendapatkan khidmat penyerang Villarreal, Luciano Vietto untuk jendela perpindahan Januari ini.

Menurut The Mirror, The Reds dijangka menerima saingan sengit ketika gergasi, Real Madrid dan Inter Milan juga berminat memancing penyerang itu.

Pemain berusia 21 tahun itu menyertai La Liga awal musim panas ini daripada kelab Argentina, Racing Club.

Dalam musim pertama di Sepanyol, dia menjaringkan 10 gol daripada 21 kemunculan dalam semua kejohanan.

Prestasi Vietto dan gaya permainannya dikatakan mirip kelibat bintang Manchester City, Sergio Aguero.

Ketika ini barisan penyerang utama milik pengurus pasukan, Brendan Rodgers adalah Mario Balotelli, Rickie Lambert, Fabio Borini dan Daniel Sturridge.

Sturridge tidak beraksi sejak Ogos lalu gara-gara kecederaan berpanjangan dan ketiadaannya menyentap cabaran Liverpool.

Rodgers difahamkan cenderung mendapatkan khidmat Vietto untuk mengisi kekosongan ditinggalkan Luis Suarez yang kini beraksi untuk Barcelona.

Pulis bimbing West Brom

Posted: 01 Jan 2015 06:39 PM PST

  • Pulis dijangka dinamakan sebagai pengurus baharu West Brom.Pulis dijangka dinamakan sebagai pengurus baharu West Brom.

BEKAS pengendali Stoke City dan Crystal Place, Tony Pulis dijangka dinamakan sebagai pengurus baharu West Brom untuk tempoh dua setengah tahun menggantikan Alan Irvine yang sudah dipecat.

Ada beberapa butiran perlu diputuskan untuk menjadikan Pulis pengurus pasukan keempat dalam tempoh setahun.

Namun, pemerhati beranggapan pelantikan itu akan berjalan lancar.

Terdahulu, West Brom turut mengaitkan Tim Sherwood sebagai antara calon untuk mengisi kekosongan jawatan berkenaan.

Rodgers yakin kesetiaan Gerrard

Posted: 01 Jan 2015 06:35 PM PST

  • Rodgers yakin dan percaya kesetiaan Gerrard.Rodgers yakin dan percaya kesetiaan Gerrard.

PENGENDALI The Reds, Brendan Rodgers percaya hubungan baiknya dengan ketua pasukan, Steven Gerrad akan memastikan pemain tengah veteran itu terus kekal di Anfield.

Ujarnya, Gerrard mempunyai hak untuk bercakap kepada mana-mana kelab ketika jendela perpindahan dibuka Januari ini.

"Dari segi teknikal, dia boleh menandatangani pra-kontrak dengan kelab luar dalam tempoh 24 jam jika dia mahu, tetapi hubungan baik saya dengannya akan memastikan pemain berpengaruh itu kekal bersama Liverpool.

"Saya memiliki hubungan yang erat dan komunikasi dengannya, jadi kami memahami kemahuan antara satu sama lain.

"Dia seorang pemain yang hebat dan baik untuk kelab bola sepak ini. Dari masa saya di sini dia telah cemerlang untuk kelab," katanya.

0 ulasan:

Catat Ulasan