Rabu, 10 Disember 2014

12/10/2014 03:51:00 PTG

Biodata Kapten Noor Hafizah Mohd Idrus Pilot Juruterbang AirAsia


Biodata Kapten Noor Hafizah Mohd Idrus Pilot Juruterbang AirAsia

Posted: 09 Dec 2014 09:38 PM PST

Email

kapten Noor Hafizah

Biodata Kapten Noor Hafizah Mohd Idrus Pilot Juruterbang AirAsia. Pesawat & Kapal Terbang Airbus : Alhamdulillah bertambah seorang lagi golongan wanita yang berhijab penuh di khalayak ramai. Yang istimewa figura gadis ini yang sudah mula menjadi perhatian di media sosial ketika ini adalah dek kerana keberanian dan kecekalan gadis berwajah kecil molek ini yang bernama Noor Hafizah Mohd Idrus merupakan seorang juruterbang atau pilot AirAsia.

Siapa sangka….bukan kecil-kecil cili padi tetapi berkemampu mengemudi pesawat komersial Airbus?

Jikalau disingkap semula sejarah hidup Noor Hafizah Mohd Idrus, beliau pada mulanya belajar di UKM tetapi mengambil keputusan untuk berhenti daripada pengajian selepas hanya setahun di Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) dek kerana cita-cita dan impian beliau yang sebenarnya mahu menjadi juruterbang.

Akhirnya beliau menyertai program kadet juruterbang di Akademi Penerbangan Malaysia, Batu Berendam, Melaka selama setahun setengah sejak tahun 2006 lagi. Sekarang ini jawatan terkini yang disandang Noor Hafizah Mohd Idrus adalah merupakan seorang yang berpangkat Senior First Officer (Kapten) AirAsia X

Tahniah Berita Semasa ucapkan kepada kapten Noor Hafizah Mohd Idrus, pilot atau juruterbang AirAsia.

  KLIK SINI : Kapten Nik Ahmad Huzlan Nik Hussain : Pendedahan Bekas Ketua Juruterbang MAS Bongkar Disebalik Tragedi MH370  
  • Nama Penuh: Noor Hafizah Mohd Idrus
  • Nama Samaran: Fizzy Idrus
  • Umur: 30 Tahun (2014)
  • Tarikh Lahir: 21 September 1984
  • Asal Negeri : Taiping Perak
  • Instagram: http://instagram.com/fizzyidrus
  • Facebook Noor Hafizah Mohd Idrus : https://www.facebook.com/fizzy.idrus
  • Alamat Terkini: Cheras Kuala Lumpur
  • Sekolah & Pendidikan : Sek Kebangsaan Taiping, Sekolah Kebangsaan Tun Razak, Kolej Tunku Kursiah, Kolej Matrikulasi Melaka, Universiti Kebangsaan Malaysia UKM, Akademi Penerbangan Malaysia Batu Berendam Melaka
  • Nama Ayah : Mohd Idrus Abdul Hamid (Pengetua Sekolah Menengah Sains Alam Shah
  • Nama Ibu : Rohaya Kassim (jurutera Telekom Malaysia)
  • Bidang : Ijazah Multimedia (UKM)

Gambar Kapten Noor Hafizah Mohd Idrus Pilot Juruterbang AirAsia

Kapten Noor Hafizah sempat menasihat kepada anak muda hari ini persiapkan impian dan berusaha gigih untuk mencapainya. Tiada yang mustahil dan tiada jalan mudah untuk berjaya.

  • Jangan takut ingin mencuba
  • Apa yang anda hajatnya perlu tanamakan minat yang mendalam
  • Janglah cepat berputus asa
  • Masa depan anda terletak di atas bahu dan usaha anda sendiri

Semoga kecekalan dan kejayaan kapten Noor Hafizah Mohd Idrus merupakan salah seorang daripada hanya 17 juruterbang kapal terbang tambang murah AirAsia bakal menjadi insprasi kepada anak muda hari ini. Insyaallah.

KONGSIKAN & SEBARKAN...

Email

Calon Ganti Najib Razak Sebagai Perdana Menteri Malaysia? Pakar Ekonomi Jangka Tahun 2015 Inflasi Naik 4%, Eksport Lembab, Defisit Berkembar!

Posted: 09 Dec 2014 06:35 PM PST

Email

calon perdana menteri

Calon Ganti Najib Razak Sebagai Perdana Menteri Malaysia? Pakar Ekonomi Jangka Tahun 2015 Inflasi Naik 4%, Eksport Lembab, Defisit Berkembar! : Mungkin inilah masanya. Peluang sudah diberikan. Ruang telah diberikan. Kuasa sudah berikan. Tetapi…..Tun Mahathir Mohamad tidak nampak bekas "anak buahnya" ini dilihat begitu lemah dalam menguruskan ekonomi negara.

Malah mengejutkan, buat pertama kalinya tanpa berselindung lagi Mahathir merasakan lebih ramai sebenarnya layak menggantikan Datuk Seri Najib Razak selaku Perdana Menteri Malaysia yang keenam. Persoalannya…….

siapa gerangan penganti Najib Razak selaku Perdana Menteri ketujuh?

  • Adakah Tan Sri Muhyiddin Yaasin
  • Adakah Khairy Jamaluddin?
  • Adakah Datuk Seri Ali Rustam?
  • Adakah Datuk Zahid Hamidi?
  • Adakah Datuk Muhkris Tun Mahathir?

Harga Barang Naik 2015

Tun Mahathir sudah merasakan gelora yang berlaku di Malaysia. Daripada melihat kejatuhan parti UMNO di Malaysia, ada baiknya dirasakan untuk Datuk Seri Najib berundur. Apatah lagi berdasarkan pemerhatiannya pada Pilihanraya Umum ke 13, keputusan kemenangan UMNO dalam PRU ke 13 berpunca daripada :

  • Masih ramai lagi yang tidak yakin & tidak kurang juga ramai yang takut dengan kemampuan Pakatan Rakyat untuk mentadbir Malaysia
  • Realitinya, kemenangan keputusan PRU 13 oleh UMNO bukanlah disebabkan kepimpinan Najib.

Tun Mahathir mendedahkan punca mengapa dan kenapa Najib Razak dan pemimpin tertinggi yang lain seperti ____________, ___________ & ________ masih kekal di atas dek kerana sistem UMNO yang sekarang lebih banyak dimonopoli dengan kalangan "figura yang kurang berkualiti".

  • budaya cantas-mencantas dalam kepimpinan parti
  • yang berkualiti tinggi tidak diberikan peluang dan ruang secukupnya

Pakar Ekonomi Tegur Najib Razak & Kerajaan Malaysia

Ok. Noktah. Bukan sahaja Tun Mahathir menegur dan terus menegur kepimpinan kerajaan Malaysia di bawah Najib Razak. Terbaru, Maybank IB Research memberikan peringatan kepada kerajaan Malaysia dalam aspek pengurusan ekonomi dan kewangan negara di mana kerajaan mesti lebih realistik dalam menetapkan unjuran dalam keadaan sekarang. Usahlah bermimpi untuk mencapai defisit -3& daripada KDNK, malah ia akan terus meningkat kepada defisit -4% pada tahun 2015

  1. Inflasi Naik 2015Harga minyak dunia telah jatuh sejumlah 40%
  2. Ringgit Malaysia berbanding Dollar Amerika telah jatuh sejumlah 9.2% sejak 3 bulan lepas
  3. Pemilikan asing terhadap bon kerajaan Malaysia adalah tinggi iaitu sejumlah 30% berbanding Thailand yang hanya 18% sahaja yang menyebabkan sekuriti lebih terdedah kepada risiko jualan secara besar-besaran ringgit Malaysia yang telah berlambak di pasaran
  4. Lebihan dagangan untuk tempoh selama 18 bulan telah jatuh sebanyak RM1.2 bilion
  5. Lebihan akaun semasa kerajaan Malaysia terus mengecil kepada hanya RM7.6 bilion bagi suku ketiga tahun 2014
  6. Masih lagi tiada kesan besar kepada negara? Mustahil
  KLIK SINI : Gelombang Kenaikan Harga Barang Naik & Lonjakan Inflasi 2015 Berpunca GST Malaysia. Pasti Berlaku!  

Tidak cukup dengan itu, Ketua Ahli Ekonomi Alliance DBS Research Manokaran Mottai telah senaraikan apa yang akan berlaku pada tahun 2015 terhadap ekonomi Malaysia :

  1. Pada suku pertama tahun 2015, Malaysia bakal menghadapi defisit berkembar (defisit fiskal dan defisit akaun semasa). Defisit akaun semasa berlaku apabila nilai barangan dan perkhidmatan yang negara import melebihi nilai barangan dan perkhidmatan yang dieksport. Defisit fiskal pula berlaku apabila jumlah perbelanjaan oleh kerajaan melebihi pendapatan.
  2. Pertumbuhan ekonomi hanya berada pada paras 5% sahaja berbanding unjuran kerajaan malaysia 5.8%
  3. Eksport negara akan terus lembap
  4. Industri pembuatan dijangka mencatat pertumbuhan yang lebih perlahan sebanyak 4.4% pada tahun 2015 (anggaran 2014 6.1%)
  5. Pertumbuhan sektor perkhidmatan mungkin akan berada pada kadar sederhana iaitu 5.3% pada tahun 2015, berbanding unjuran 6.2% untuk tahun 2015
  6. Kadar kenaikan inflasi naik 2015 akan berada pada paras 4%
  7. Akaun semasa akan berada pada tahap defisit kecil seawal 1Q15
  8. Kadar Dasar Semalaman (OPR) akan terus kekal stabil untuk 3.25 bagi tahun 2015

Apa komen anda seruan untuk Datuk Seri Najib Razak untuk berundur sebagai Perdana Menteri Malaysia keenam dengan keadaan ekonomi Malaysia hari ini? Mengapa?

KONGSIKAN & SEBARKAN...

Email

Kenaikan Harga Ubat Farmasi di Malaysia Naik Lagi Tahun 2015 Sejumlah 10%-40%! Apa Kata Anda?

Posted: 08 Dec 2014 11:21 PM PST

Email

harga ubat 2015

Kenaikan Harga Ubat Farmasi di Malaysia Naik Lagi Tahun 2015 Sejumlah 10%-40%! Apa Kata Anda? : Jikalau diperhatikan promosikan oleh kerajaan Malaysia mengenai pelaksanaan GST, semuanya indah-indah belaka. Tiada apa yang lebih baik, selain daripada ayat harga pasti turun selepas pelaksanaan GSt dan juga ubat akan dikecualikan daripada GST. Tiba-tiba….

Berita terkini yang Berita Semasa terima dari Komuniti Farmasi Malaysia (MCPG) mengatakan akan berlakunya kenaikan harga ubat di Malaysia naik antara 10%-40%. Sudah bersedia semua?

  • Berdasarkan rekod, kenaikan harga ubat farmasi di Malaysia naik 2014 adalah antara 20% hingga 50% yang mana
  • perubahan dan kenaikan harga ubat naik telah berlaku 2 kali dalam tempoh hanya 12 bulan
  • Kenaikan harga ubat di Malaysia akan naik lagi untuk tahun 2015 antara 10%-40%
  • Punca kenaikan penguatkuasaan Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST) pada April 2015
  • Komuniti Farmasi Malaysia (MCPG) yang mewakili 2,000 farmasi dan 2,500 ahli farmasi mahukan
  • Kerajaan perlu kawal kos perubatan di Malaysia
  KLIK SINI : Kenaikan Insurans Kenderaan (Kereta, Motor & Lain-lain) Naik 2014 Sebanyak 15%!! Apa Kata Pemilik Kenderaan?  

Selain GST apa lagi pun kenaikan harga ubat farmasi naik di Malaysia ialah :

  1. peningkatan kos bahan mentah
  2. peningkatan kos peralatan
  3. kenaikan kos pekerja, buruh & kakitangan
  4. serta pertukaran mata wang Malaysia yang lemah

Hakikatnya, kos ubat di Malaysia telah melonjak naik lebih tinggi daripada kadar inflasi di Malaysia. Itu baru GST, belum lagi kesan "berbahaya" apabila kerajaan tandatangan TPPA kelak.

TPPA adalah rancangan jahat Amerika yang mana melalui perjanjian TPPA, Malaysia sama sekali tidak lagi boleh beli ubat murah daripada India. Ubat ubatan kita akan jadi patent USA. Farmaseutikal adalah salah satu aset besar US untuk kawal sistem kesihatan Malaysia.

  KLIK SINI : GST Malaysia : Kenaikan Harga Barang Naik di Malaysia Hanya 1.8% Sahaja. Ini Jaminan Kerajaan! Berpuas Hati?  

TPPA secara halusnya, meletakkan Amerika mempunyai kuasa 100% daripada segi pembangunan dan ekonomi Malaysia.

GST + TPPA : harga ubat?

P/S : Siapa ada ambil insuran? Pasti ada kalangan yang sudah menerima makluman daripada syarikat insuran mengenai kenaikan kos bulanan. Yang belum terima nantikan kelak…

KONGSIKAN & SEBARKAN...

Email

0 ulasan:

Catat Ulasan