Isnin, 15 Disember 2014

12/15/2014 03:08:00 PG

Pahang, Felda United berdepan laluan sukar


Pahang, Felda United berdepan laluan sukar

Posted: 13 Dec 2014 11:36 PM PST

JUARA dan naib juara Piala FA, Pahang dan Felda United FC (FUFC) berdepan laluan getir pada aksi pusingan pertama Piala FA 2015.

Pada majlis undian di sebuah hotel terkemuka di sini yang turut dihadiri Timbalan Presiden Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) Datuk Seri Afandi Hamzah, Pahang akan bertemu juara Liga Super, Johor Darul Ta'zim (JDT) manakala FUFC berdepan pasukan Selangor yang pernah menjuarai Piala FA sebanyak lima kali.

Juara Liga Perdana, Polis Diraja Malaysia (PDRM) pula menentang Sabah pada pusingan pertama Piala FA yang bermula Februari tahun depan.

Bagi pusingan kelayakan pula, skuad Harimau Muda C (bawah 19 tahun), pasukan Kuala Lumpur, DRB-Hicom FC dan Selangor PKNS FC akan berentap untuk merebut tempat ke pusingan pertama dan dijadual menentang MOF FC dan JDT II yang telah menempah tempat masing-masing.

Afandi yang ditemui pemberita selepas majlis undian itu berkata saingan Piala FA 2015 diharap dapat ditamatkan selewat-lewatnya pada bulan Ramadan (1 Ramadan dijangka 18 Jun) tahun depan bagi memudahkan badan induk itu membuat perancangan pertandingan bola sepak yang lain.

Bermula tahun ini, FAM turut mengubah format pertandingan dengan juara dan naib juara perlu bersaing dalam pusingan pertama berbanding tahun sebelumnya ekoran pertambahan pasukan yang bersaing.

Sebanyak 34 pasukan akan beraksi bagi musim depan berbanding 30 pasukan sebelum ini.

Daripada 34 pasukan itu, sebanyak 12 pasukan berentap dalam Liga Super dan Liga Perdana manakala selebihnya bersaing dalam Liga FAM.

Badan induk itu bagaimanapun masih mengekalkan format kalah mati bagi pusingan awal kejohanan sebelum aksi timbal balik bagi peringkat suku akhir dan separuh akhir.

Keputusan penuh undian Piala FA 2015:

Pahang lwn JDT

Pulau Pinang Sungai Ara FC lwn MISC-MIFA

Negeri Sembilan lwn UiTM FC

Penang lwn Perlis

PBAPP FC lwn Sime Darby FC

PDRM FA lwn Sabah

Sarawak lwn Kelantan

MOF FC lwn Harimau Muda C/Kuala Lumpur

FUFC lwn Selangor

Melaka United FC lwn Terengganu

Shahzan Muda lwn Perak

T-Team lwn ATM

Persatuan Bola Sepak Melayu Kedah lwn Lions XII

SPA Putrajaya FC lwn Kuantan FA

Persatuan Bola Sepak Daerah Hulu Terengganu (Hanelang FC) lwn Kedah

JDT II lwn DRB-Hicom FC/Selangor PKNS FC

- Bernama

Perilaku penyokong Arsenal dikecam

Posted: 13 Dec 2014 06:42 PM PST

  • Wenger menerima kecaman hebat penyokong sendiri berikutan aksi tidak konsisten The Gunners.Wenger menerima kecaman hebat penyokong sendiri berikutan aksi tidak konsisten The Gunners.

PENGURUS Newcastle United, Alan Pardew memberikan kecaman terhadap perilaku peminat Arsenal yang keterlaluan mengecam pengurus mereka, Arsene Wenger.

Ia berikutan kekalahan The Gunners di tangan  Stoke City minggu lalu dan Wenger menjadi bahan ketawa peminat tegar penyokong sendiri di sebuah stesen kereta.

Menurut Pardew, sikap peminat Arsenal seolah-olah tidak menghargai segala sumbangan diberikan Wenger kepada kelab.

"Seharusnya  peminat Arsenal malu dengan hal itu. Mereka langsung tidak menghormati Wenger.

"Wenger sudah melakukan tugasan luar biasa dan saya lihat dari satu sudut nama Wenger wajar diabadikan di Stadium Emirates," katanya.

Mourinho: Tidak ada ruang untuk Torres

Posted: 13 Dec 2014 06:35 PM PST

  • Torres (kanan) hanya sumbang satu gol dalam saingan Serie A, musim ini.Torres (kanan) hanya sumbang satu gol dalam saingan Serie A, musim ini.

PENGURUS Chelsea, Jose Mourinho memberitahu tidak ada ruang buat bekas pemainnya, Fernando Torres kembali beraksi di Stamford Bridge.

Ini kerana, timbul gosip Torres akan pulang ke England sekali gus mempercepatkan tempoh pinjamannya bersama gergasi Itali, AC Milan.

Begitu pun, dalam 10 penampilan untuk Rossoneri musim ini, hanya satu gol berjaya diledakkan pemain yang pernah menyarung jersi Atletico Madrid dan Liverpool itu.

"Saya tidak tahu, tapi dia dalam tempoh peminjaman selama dua tahun di AC Milan.

"Betul, dia pemain kami tapi setakat ini saya tidak punyai ruang untuk mendaftarkan namanya. Baik untuk Liga Juara-Juara mahupun Liga Perdana Inggeris.

"Jadi, amat mustahil Torres kembali ke pangkuan pasukan buat masa sekarang," katanya.

United ketepikan Di Maria

Posted: 13 Dec 2014 06:28 PM PST

  • Di Maria (kanan) sekadar jadi pemerhati di bangku simpanan pada pertemuan dengan Liverpool di Old Trafford malam ini. Di Maria (kanan) sekadar jadi pemerhati di bangku simpanan pada pertemuan dengan Liverpool di Old Trafford malam ini.

MANCHESTER United masih tidak boleh menggunakan khidmat Angel Di Maria menjelang pertembungan dengan Liverpool di Old Trafford malam ini, berikutan belum pulih daripada kecederaan hamstring.

Akibatnya, bintang sensasi Argentina itu terlepas dua aksi Liga Perdana Inggeris menentang Stoke City dan Southampton.

Perkembangan ini disahkan pengurus The Red Devils, Louis van Gaal.

"Saya bukan doktor, jadi saya tak boleh menjawabnya. Namun, saya akui dia belum bersedia diturunkan berdepan Liverpool," katanya.

Selain Di Maria, pemain lain yang bakal disisihkan adalah Chris Smalling yang bermain di posisi pertahanan.

"Dia tak terlalu serius. Saya pikir dia akan berehat dua minggu," katanya.

Gary akan bermain bersama JDT

Posted: 13 Dec 2014 06:16 PM PST

  • Gary (kanan) jadi rebutan pasukan Pahang, JDT dan Kedah untuk musim depanGary (kanan) jadi rebutan pasukan Pahang, JDT dan Kedah untuk musim depan

PENGURUS merangkap Ketua Jurulatih Johor Darul Ta'zim (JDT), Bojan Hodak percaya pemain tengah Harimau Malaya, Gary Steven Robbat bakal bersama skuad Harimau Selatan bagi saingan Liga Malaysia (Liga-M) musim depan.

Meskipun pengendali dari Croatia itu tidak memberikan sebarang pengesahan mengenai penyertaan pemain muda berkenaan untuk bersama JDT, dia mahu Gary bermain untuk pasukannya bagi musim baharu.

"Dari apa yang saya tahu buat masa ini, Gary akan bermain bersama JDT (untuk musim depan)," katanya.

Hodak berkata demikian kepada pemberita pada sidang akhbar selepas Majlis Menandatangani Memorandum Persefahaman (MoU) antara Southern Tigers Sdn Bhd (STSB) dengan premis pengedar barangan dan pakaian sukan 100 peratus milik bumiputera, Al-Ikhsan Sports
Sdn Bhd (Al-Ikhsan) di sini, semalam.

Gary sebelum ini, diselubungi kontroversi apabila namanya tersenarai di dalam tiga pasukan iaitu Pahang, JDT dan Kedah untuk musim depan.

Pemain terbabit seperti dilaporkan media, mengakui sedikit terkejut dengan perkembangan itu, tetapi tidak menafikan atau mengesahkan malah hanya memberitahu akan memikirkan penyelesaian terbaik selepas Piala AFF 2014 berakhir.

Selain itu, Persatuan Bola Sepak Negeri Johor (PBNJ) juga menyerahkan isu Gary kepada Jawatankuasa Status Pemain Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM).

Persatuan berkenaan dalam satu kenyataan memberitahu akan menghormati sepenuhnya sebarang keputusan yang dibuat  jawatankuasa berkenaan selepas mendengar penjelasan daripada semua pihak yang terlibat.

Eldstal bukti kemampuan

Posted: 13 Dec 2014 06:10 PM PST

  • EldstalEldstal

PEMAIN baharu Johor Darul Ta'zim (JDT), Junior Eldstal bertekad untuk kembali menyinar dalam saingan Liga Malaysia (Liga-M) musim depan, bagi membolehkan dirinya dipanggil semula bagi menyertai skuad Kebangsaan.

Bekas pemain Sarawak itu, turut memberitahu penyertaannya bersama skuad Harimau Selatan diharapkan dapat menjadi pemangkin bagi meningkatkan kerjayanya dalam arena bola sepak ke peringkat lebih tinggi.

"Untuk saingan (Liga-M) musim depan, saya meletakkan sasaran untuk kembali dipanggil bagi menyarung jersi pasukan Kebangsaan.

"Sudah tentu saya rasa terkilan kerana tidak dapat bersama pasukan kebangsaan mengharungi saingan Piala AFF Suzuki 2014.

"Jadi dengan penyertaan bersama JDT ini, saya mahu membuktikan kepada semua kemampuan saya," katanya.

Eldstal berkata, beliau memilih untuk menyarung jersi JDT bagi saingan Liga-M musim baharu kerana mahu mengembangkan lagi kariernya selain tertarik dengan barisan pemain dalam skuad Harimau Selatan yang rata-ratanya merupakan pemain kebangsaan.

"Tambahan pula, JDT memiliki fasiliti yang lengkap bagi seseorang pemain bola sepak untuk mempertingkatkan kerjaya ke tahap lebih tinggi. Saya melihat ia (lamaran) sebagai satu peluang yang besar.

"Saya tidak melihat persaingan bagi merebut posisi dalam kesebelasan utama sebagai satu perkara yang tidak baik. Di setiap pasukan, anda perlu untuk bersaing sesama sendiri jika mahu dipilih dan saya sendiri suka kepada cabaran," katanya.

0 ulasan:

Catat Ulasan