Isnin, 1 Disember 2014

12/01/2014 03:51:00 PG

Jangan terlalu awal hukum Harimau Malaya, kata KJ


Jangan terlalu awal hukum Harimau Malaya, kata KJ

Posted: 30 Nov 2014 02:08 AM PST

  • Khairy JamaluddinKhairy Jamaluddin

SIKAP tidak berputus asa skuad Harimau Malaya sehingga mara ke separuh akhir Kejohanan Bola Sepak Piala AFF Suzuki 2014 semalam, mendapat pujian Menteri Belia dan Sukan, Khairy Jamaluddin.

 Beliau berkata, walaupun segelintir pihak menyatakan sepakan penalti menjadi penyelamat kepada skuad bimbingan Dollah Salleh itu, beliau yakin kejayaan menundukkan Singapura 3-1, dipacu semangat juang yang tinggi.

"Setelah Singapura menjaringkan gol (penyamaan), saya lihat pasukan kita tidak putus asa. Mungkin ada yang kata, kita menang sebab penalti.

"Penalti itu kita dapat sebab kita terus berjuang dan bukan kita cepat mengalah. Semangat untuk menyerang itu yang telah mendapatkan penalti," katanya mengulas kemenangan skuad Harimau Malaya itu.

Khairy ditemui pemberita selepas merasmikan forum 'Stop the Violence Against Women' (Hentikan Keganasan Terhadap Wanita) di Universiti Malaya, di sini hari ini.

Dalam pada itu, Khairy menggesa seluruh peminat bola sepak tanah air memberi sokongan dengan membanjiri Stadium Shah Alam pada perlawanan separuh akhir pertama, berdepan Vietnam pada 7 Disember ini.

Malah, beliau yang yakin dengan kredibiliti Dollah dan anak buahnya, berharap tidak akan ada lagi kritikan pedas terhadap skuad Harimau Malaya seperti yang berlaku menjelang kejohanan berkenaan, baru-baru ini.

"Inilah contoh di mana kita jangan cepat sangat menghukum, mengkritik pasukan kita. Bagi segala sokongan kepada mereka," tegas Khairy.

Satu lagi perlawanan separuh akhir melibatkan pertemuan antara Thailand yang muncul juara kumpulan B, berdepan naib juara kumpulan A, Filipina. - Bernama

Penyu kandas, Perlis mara separuh akhir

Posted: 30 Nov 2014 01:18 AM PST

TERENGGANU gagal memanfaatkan kelebihan bermain di laman sendiri apabila hanya seri 1-1 menentang Perlis pada saingan suku akhir kedua pertandingan bola sepak Piala Emas Raja-Raja 2014 di Stadium Sultan Ismail Nasiruddin Shah di sini malam tadi.

Ia menyaksikan pasukan Terengganu tersingkir dengan agregat 3-4 apabila skuad Penyu tewas 2-3 kepada Singa Utara pada saingan suku akhir pertama di Kangar pada 22 November lepas.

Dalam kempen kejohanan yang sama tahun lepas, Terengganu tewas di peringkat separuh akhir kepada Perlis.

Mohd Sharawi Rasid menjaringkan gol tunggal Terengganu pada minit ke-33 yang menyaksikan babak pertama perlawanan dikuasai pasukan tuan rumah.

Namun Terengganu yang memerlukan keputusan agregat seri (3-3) untuk melangkah ke separuh akhir terkubur apabila Perlis menyamakan kedudukan pada minit ke-77 melalui Mohd Shukor Azmi hasil kesilapan pemain pertahanan pasukan tuan rumah.

Setiausaha Persatuan Bola Sepak Melayu Terengganu (PBSMT), Wan Ahmad Kamarudin Wan Mohamad berkata, pihak pengurusan sudah pasti kecewa dengan keputusan itu namun akur apabial terkeluar daripada saingan Piala Emas Raja-Raja itu. - Bernama

Kemalangan: Beg udara selamatkan Beckham, anak

Posted: 29 Nov 2014 10:57 PM PST

  • David Beckham bersama nak-anaknya(dari kiri) Brooklyn, Cruz dan Romeo. Foto GETTY IMAGESDavid Beckham bersama nak-anaknya(dari kiri) Brooklyn, Cruz dan Romeo. Foto GETTY IMAGES

BINTANG bola sepak dunia, David Beckham dilapor terlibat dalam kemalangan di Hertfordshire, di utara London pada pagi Sabtu.

Bagaimanapun bekas kapten pasukan England itu dikatakan tidak mengalami sebarang kecederaan.

Memetik laporan The Telegraph, ketika kejadian, Beckham sedang memandu pulang ke rumah setelah mengambil anaknya, Brooklyn yang baharu sahaja selesai menyertai perlawanan bola sepak.  

Sumber yang enggan dikenali berkata, Beckham memandu Audi RS6 kepunyaannya ketika kemalangan berlaku.

Setakat ini, pihak berkuasa masih tidak mendedahkan punca kemalangan.

 "Kesemua (yang terlibat dalam kemalangan) selamat. 

"Beg udara kereta berfungsi dengan baik, sekaligus menyelamatkan semua nyawa," katanya.

FAS temui pengganti Rangel

Posted: 29 Nov 2014 04:19 PM PST

  • FAS pantas mencari pengganti Rangel yang berhijrah ke Terengganu musim depanFAS pantas mencari pengganti Rangel yang berhijrah ke Terengganu musim depan

SELEPAS kehilangan penjaring terbanyak Liga Super 2014, Paulo Rangel yang berhijrah ke Terengganu musim depan, Persatuan Bola Sepak Selangor (FAS) pantas mencari pengganti apabila dua penyerang Brazil menjadi taruhan memperkuatkan pasukan musim depan.

Dua penyerang berkenaan ialah pemain yang beraksi untuk kelab Moldova, FC Milsami , Guilherme De Paula Lucrecio dan Leandro Do Santos Oliveira bekas penyerang T-Team yang juga mampu beraksi dibahagian tengah.

Setiausaha Agung FAS, Rosman Mohd Ibrahim berkata, semua pemilihan pemain import dilakukan ketua jurulatih Mehmet Durakovic.

"Kita percaya kehadiran dua pemain import ini akan memperkasakan pasukan dalam saingan musim depan," katanya.

Selain Lucrecio, penyerang kelahiran Brazil berusia 28 tahun dan Oliveira, dua lagi pemain import Gergasi Merah Kuning ialah Andik Vermansah yang dikekalkan dan  kehadiran pertahanan berdarah England-Australia, Robert Cornthwaite yang kini beraksi bersama kelab Korea, Jeonnam Dragons.

Rangel sebelum ini membuat keputusan meninggalkan Selangor walaupun sudah menandatangani kontrak bersama Merah Kuning sehingga 2016, selepas melahirkan rasa kurang senang terhadap beberapa perkara.

Selain Rangel, Merah Kuning turut kehilangan dua pemain kebangsaan, Mohd Farizal Marlias dan S Kunanlan , namun sudah mendapatkan penggantinya apabila menandatangani semula bekas penjaga golnya, Norazlan Razali selain S Subramaniam, K Thanaraj, Mohd Azrif
Nasrulhaq dan Saiful Ridzuwan Selamat untuk melengkapkan senarai 24 pemain.

Tekad Ben10

Posted: 29 Nov 2014 04:05 PM PST

PENYERANG The Red Warriors (TRW) Nor Farhan Muhamad mengakui merindui gandingannya bersama Indra Putra Mahyudin dan Mohd Badhri Radzi yang dianggap paling serasi dan digeruni lawan ketika membantu Kelantan mengecapi kejuaraan Treble 2012 .

Jelasnya, jika benar Indra Putra bakal bersama Kelantan musim depan, ia merupakan satu bonus buat peminat dan juga pasukan.

"Secara jujurnya, saya akui serasi bergandingan dengan Indra Putra sebagaimana sebelum ini, andai benar dia ingat bersama Kelantan semula, ia bonus.

"Merindui gandingan Indra Putra, Mohd Badhri Radzi (Piya) dan saya kembali menyarung jersi Pahlawan Merah.

"Kita tahu Indra seorang pemain yang komited setiap kali diturunkan beraksi dan dia memang mengetahui corak permainan saya, inilah keserasian yang ada pada kami bertiga, " katanya ditemui pada program Jelajah Gegar 2015 di Kompleks Perkarangan Kumpulan Media
Karangkraf, semalam.

Turut hadir Naib Presiden Persatuan Bola Sepak Kelantan (Kafa) yang juga merupakan Timbalan Pengerusi Kumpulan Media Karangkraf, Mohd Nasir Hamzah bersama beberapa pemain Kelantan 2015.

Indra Putra sebelum ini bersama Nor Farhan membantu Kelantan pada 2012 dan 2013 sebelum kedua-duanya membawa haluan masing-masing bersama Felda United dan Terengganu bagi musim 2014.

Namun menjelang musim 2015, Nor Farhan kembali bersama Kelantan sementara Indra Putra yang sehingga kini belum membuat sebarang kenyataan akan bersama Felda United atau sebaliknya antara nama besar yang hangat diperkatakan bakal kembali memperkuatkan Kelantan.

Nor Farhan yang mudah disapa dengan gelaran Ben10 atau Paan percaya TRW dibimbing George Boateng mampu menjadi pasukan pencabar dalam saingan Liga Malaysia (M) 2015 nanti.

"Sebelum ini saya pernah bersama mereka, jadi masalah keserasian tidak timbul, ditambah pula kemampuan Boateng, pastinya Kelantan mampu memberi cabaran kepada pasukan lain.

"Harapan musim 2015 pastinya membantu Kelantan mencapai kejuaraan dan ia bukanlah sesuatu yang mustahil," katanya.
 

Henry mahu bantu Arsenal

Posted: 29 Nov 2014 03:57 PM PST

  • Penampilan semula Henry (kiri) bersama Arsenal sebagai pemain pinjaman pada musim 2012 ternyata menjadi mengubat rindu penyokong Gunners. Penampilan semula Henry (kiri) bersama Arsenal sebagai pemain pinjaman pada musim 2012 ternyata menjadi mengubat rindu penyokong Gunners.

LEGENDA Arsenal, Thierry Henry memasang impian membantu The Gunners menjadi juara Liga Juara-Juara, suatu masa nanti.

Penyerang berusia 37 tahun itu, pernah membawa Gunners ke pentas final pada 2006 tetapi tewas kepada Barcelona.

Kata Henry, seandainya sudah bersara, bintang Perancis itu menggambarkan akan kembali ke Arsenal, namun keputusan itu masih belum dapat dipastikan.

"Arsenal adalah kelab saya dan sebagai seorang pemain, saya tidak mampu untuk memberikan gelaran juara Liga Juara-Juara.

"Sebab itu saya mahu melihat Arsenal menjulang trofi Liga Juara-Juara sama ada dari jauh walaupun dekat," katanya.

0 ulasan:

Catat Ulasan