Ahad, 14 Disember 2014

12/14/2014 03:07:00 PG

AFC ambil alih kes penyokong Malaysia


AFC ambil alih kes penyokong Malaysia

Posted: 13 Dec 2014 06:53 AM PST

  • Piala AFF Suzuki 2014Piala AFF Suzuki 2014

KONFEDERASI Bola Sepak Asia (AFC) akan mengambil alih kes kegagalan Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) mengawal penyokong pada aksi separuh akhir pertama Piala AFF Suzuki 2014 di Stadium Shah Alam pada 7 Disember lalu.

Kes tersebut sebelum ini di bawah siasatan Persekutuan Bola Sepak Asean (AFF) yang juga merupakan penganjur kejohanan dwitahunan tersebut.

Segelintir penyokong Malaysia bertindak liar mencederakan beberapa penyokong Vietnam selepas perlawanan yang berakhir dengan keputusan Malaysia tewas 1-2 kepada Vietnam. 

Setiausaha AFF, Datuk Azzuddin Ahmad berkata beliau dimaklumkan oleh pihak AFC bahawa mereka akan mengambil alih kes tersebut dan FAM dikehendaki menghantar surat tunjuk sebab bagi menjelaskan perkara tersebut kepada AFC pada Isnin ini.  

"Kita (AFF) tidak boleh  campur tangan lagi, memandangkan bahawa bidang kuasa AFC adalah lebih besar kerana badan tersebut mewakili 46 ahli daripada negara-negara Asia walaupun AFF ada menghantar notis surat tunjuk sebab kepada FAM pada 9 Dis lalu," katanya kepada pemberita di Kuala Lumpur hari ini.  

Azzuddin berkata beliau telah memaklumkan perkara tersebut kepada pihak FAM.

Beliau berkata berdasarkan pengalamannya FAM mungkin akan dikenakan hukuman denda atas kesalahan tersebut.

"Saya tidak fikir bahawa AFC akan mengambil tindakan lebih berat sehingga Malaysia dipaksa beraksi dalam keadaan stadium kosong tanpa peminat pada perlawanan akhir kedua Piala AFF Suzuki menentang Thailand di Stadium Nasional Bukit Jalil pada 20 Disember nanti.

"Ianya adalah merupakan kesalahan yang tidak serius jika dibandingkan kes lain yang membabitkan pergaduhan yang lebih berat," kata Azzuddin. 

[ARTIKEL BERKAITAN: Tujuh tampil bantu siasatan kes serang penyokong]

Tindakan liar segelintir penyokong Malaysia baru-baru ini mendapat perhatian luas termasuk Menteri Belia dan Sukan, Khairy Jamaluddin yang memandang serius perkara tersebut.

Khairy sebelum ini meminta maaf kepada penyokong Vietnam atas tindakan penyokong Malaysia yang mencederakan penyokong negara itu. - Bernama

Stadium Bukit Jalil venue final Piala AFF Suzuki

Posted: 13 Dec 2014 04:53 AM PST

PERSATUAN Bola Sepak Malaysia (FAM) memutuskan Stadium Nasional Bukit Jalil dijadikan venue bagi perlawanan akhir kedua Piala AFF Suzuki 2014 antara pasukan Harimau Malaya dan Thailand pada 20 Disember ini.

Setiausaha Agung FAM, Datuk Hamidin Mohd Amin berkata, Stadium Nasional Bukit Jalil merupakan venue paling sesuai memandangkan perlawanan itu penting dan mampu menampung jumlah penonton yang besar.

"Kita menjangkakan semua tiket habis dijual nanti. Stadium Nasional Bukit Jalil merupakan venue terbaik kerana mampu menampung lebih ramai penonton iaitu seramai 90,000 penonton berbanding 70,000 penonton di Stadium Shah Alam," katanya kepada pemberita selepas membuat pemeriksaan padang di stadium itu bersama-sama Setiausaha Persekutuan Bolasepak ASEAN (AFF) Datuk Azzuddin Ahmad.

Hamidin berkata, beliau dan Azzudin berpuas hati dengan keadaan rumput di padang stadium itu, yang dilihatnya lebih baik berbanding stadium di negara lain yang turut menjadi venue perlawanan Piala AFF Suzuki.

Sementara itu, Azzudin berkata beliau berpuas hati dengan keadaan padang Stadium Nasional Bukit Jalil yang disifatkannya sesuai untuk perlawanan akhir kedua Piala AFF Suzuki 2014. 

"Walaupun ada beberapa kerja-kerja akhir, saya yakin dalam masa kurang seminggu, Stadium Nasional Bukit Jalil bersedia menjadi gelanggang penentuan juara Piala AFF Suzuki 2014," kata Azzudin.

Bekas Setiausaha Agung FAM itu berkata, daripada pemerhatiannya, padang Stadium Nasional Bukit Jalil adalah 40 peratus lebih baik jika dibandingkan dengan gelanggang perlawanan sebelum ini termasuk My Dinh National Stadium di Hanoi, Vietnam yang menjadi venue perlawanan separuh akhir kedua antara pasukan Harimau Malaya dan Vietnam Khamis lepas.

Pengerusi Perbadanan Stadium Malaysia (PSM) Datuk Rozabil Abdul Rahman berkata, beliau rasa gembira apabila akhirnya Stadium Nasional Bukit Jalil menjadi venue utama Piala AFF Suzuki 2014 setelah pihaknya bertungkus-lumus berusaha membaik pulih rumput sejak sebulan lepas.

"Kedua-dua pihak FAM dan AFF memberi lampu hijau bahawa Stadium Nasional Bukit Jalil memenuhi piawaian dan semua dapat melihat sendiri bahawa keadaan rumput bertambah baik daripada sebelum ini," katanya.

Sebelum  ini, Menteri Belia dan Sukan Khairy Jamaludin mengarahkan Stadium Nasional Bukit Jalil ditutup bagi memberi laluan kepada kerja-kerja membaik pulih rumput susulan kerosakan yang berlaku selepas perlawanan akhir Piala Malaysia antara Pahang dan Johor Darul Ta'zim (JDT) pada 1 November lepas.

Kementerian mencuba dua jenis rumput iaitu 'Cow Grass' dan 'Bermuda Green Mountain' untuk padang stadium itu. – Bernama

KBS minta polis FAM halang samseng masuk stadium

Posted: 13 Dec 2014 12:04 AM PST

  • Khairy JamaluddinKhairy Jamaluddin

KEMENTERIAN Belia dan Sukan (KBS) meminta polis membuat risikan awal bagi menghalang samseng bola sepak memasuki stadium pada perlawanan akhir Piala AFF Suzuki 2014 antara Malaysia dan Thailand, 20 Disember ini.

Menterinya, Khairy Jamaluddin berkata, ia bagi mengelak berlakunya kejadian tidak diingini seperti yang berlaku kepada penyokong Vietnam pada 7 Disember lepas di Stadium Shah Alam selepas Malaysia tumpas 1-2 kepada Vietnam pada separuh akhir pertama.

Beliau berkata, 15 individu yang terlibat dengan insiden menyerang penyokong Vietnam, perlu dihalang oleh pihak polis dan Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) daripada memasuki stadium.

"Kawalan keselamatan diharap lebih ketat lagi. Tempat duduk penyokong Thailand tidak boleh diceroboh oleh penyokong negara ini," katanya pada sidang media sempena Program 'Hello YB!' anjuran Barisan Nasional Youth Volunteer Kedah (BNYV) di Alor Setar, hari ini.

Dalam insiden itu, sekumpulan penyokong Harimau Malaya yang kecewa dikatakan melakukan provokasi dengan membaling objek ke arah penyokong Vietnam serta seorang penyokong pasukan pelawat cedera dipukul. - Bernama

TRW hilang Nilokic ganti Carrillo

Posted: 12 Dec 2014 11:07 PM PST

  • Mempunyai pakej lengkap selaku penyerang namun Kelantan jelas kecewa dengan kerenah ejennya yang gagal mendapatkan ITC daripada kelab lamanya.Mempunyai pakej lengkap selaku penyerang namun Kelantan jelas kecewa dengan kerenah ejennya yang gagal mendapatkan ITC daripada kelab lamanya.
  • Carrillo bakal digandingkan dengan Kenmogne di bahagian jentera serangan Kelantan, musim depan.Carrillo bakal digandingkan dengan Kenmogne di bahagian jentera serangan Kelantan, musim depan.

TIBA -TIBA sahaja nama Stefan Nikolic dikeluarkan daripada senarai barisan pemain The Red Warriors (TRW) musim depan gara-gara pemain kelahiran Montenegro itu gagal memperoleh Sijil Perpindahan Antarabangsanya (ITC).

Itu drama terbaharu yang menghiasi kem bola sepak Kelantan ketika tarikh tutup pendaftaran pemain Liga Malaysia musim 2015 berakhir tengah malam, Jumaat lalu.

Nikolic yang diperkenalkan pada majlis gilang-gemilang di Kota Bharu pada 1 Disember lalu hanya sempat menjalani latihan beberapa hari sahaja sebelum nama dia terpaksa digugurkan berikutan masalah teknikal itu.
 

Tindakan pantas Kafa

Kehilangan bekas pemain kebangsaan bawah 21 tahun Montenegro musim 2009 hingga 2012 itu bagaimanapun pantas diselesaikan Persatuan Bola Sepak Kelantan (Kafa) apabila menamakan pemain dari Colombia, Erwin Albeiro Carrillo Fragozo atau ringkasnya Erwin Carrillo sebelum tarikh tutup pemain import berakhir.  

Tetapi yang menjadi tanda tanya, ke mana hilangnya ITC Nikolic setelah ejen pemain berkenaan itu sendiri dikatakan gagal mendapatkan daripada kelab lamanya, Incheon United FC, Korea Selatan.

Namun, itu bukan lagi persoalan yang perlu dipertikaikan penyokong TRW kerana Nikolic, pemain yang memulakan kerjaya bersama kelab Sutjeska Niksic di negaranya sudah tidak lagi mempunyai sebarang ikatan dengan skuad kendalian George Boateng itu.
 

Tunggu kehebatan

Impian penyokong Kelantan untuk menyaksikan bukan sahaja kehebatan Carrillo, malah Jonathan McKain, Isaac Pupo dan Emmanuel Kenmogne bergandingan mungkin menjadi kenyataan apabila bekas juara tiga piala musim 2012 itu bertemu Kuala Lumpur pada satu aksi persahabatan di Kota Bharu, 19 Disember ini.

Carrillo, merupakan pemain import yang sememangnya berada dalam senarai simpanan Kelantan sebelum ini dan kehadiran pemain berketinggian 1.81 meter pastinya menyuntik kekuatan jentera penggempur TRW musim depan.

Apa pun, Kelantan terpaksa menanti dengan penuh sabar kerana Carrillo, Pupo dan Kenmogne masih belum melaporkan diri menjalani latihan bersama mereka sehingga kini.

Bidikan lensa AHK

Posted: 12 Dec 2014 10:58 PM PST

PERKEMBANGAN teknologi digunakan sebaik mungkin oleh sekumpulan penyokong Kedah yang berganding bahu bersama jurugambar untuk menyalurkan perkembangan semasa melalui sokongan yang baru diwujudkan di alam maya, Arena Hijau Kuning (AHK).

Ditubuhkan pada awal 2014, AHK menjadi sahabat ultras terbaru buat pasukan Kedah dan tujuan penubuhannya adalah untuk menyalurkan berita terkini mengenai sukan bola sepak kedah dan pemain kedah sama ada beraksi di luar dan dalam negara.

Jurucakapnya yang hanya mahu dikenali sebagai Nazim berkata, AHK mempunyai perancangan jauh di mana akan mempunyai buletin, cenderahati dan laman sesawang sendiri malah sudah mengorak langkah dengan mempunyai saluran Youtube sendiri.

Katanya, kekuatan mereka adalah pada gambar yang diambil oleh beberapa jurugambar berpengalaman dan grafik perlawanan pasukan Liga Perdana, Piala Presiden dan juga pasukan Persatuan Bola Sepak Melayu Kedah yg beraksi di Liga FAM.

"Siapa kami adalah tidak penting dan biarlah ia menjadi misteri, paling penting adalah sokongan tidak berbelah bahagi kepada pasukan Kedah. AHK ini adalah hasil gabungan jurugambar, penulis dan bekas pengendali sebuah laman web kelab penyokong nombor satu Kedah.

Walau di mana anak muda atau pasukan Kedah beraksi  berita dan gambar akan kami usahakan melalui rangkaian juru foto negeri-negeri atau negara terlibat. Kerjasama erat dan persefahaman merupakan kunci utama AHK.

Kami juga akan memaparkan kolumnis tersendiri menceritakan sejarah bola sepak Kedah untuk kita sama sama berkongsi artikel dan keratan akhbar untuk tatapan peminat," katanya kepada Ultras Sinar.

Nazim berkata, penyaluran gambar dan berita juga merupakan kunci utama di mana gambar-gambar arena dipaparkan di akhbar harian dan laman sukan popular di alam maya telah memperkenalkan mereka secara umum kepada masyarakat terutamanya penyokong tempatan.

Jelasnya, AHK sepakat untuk salurkan informasi dan media yang betul pada peminat, dan tidak hairan mendapat 11,000 likes dalam tempoh 5 bulan pertama ia ditubuhkan di laman facebook.

"Musim 2015 yang bakal menjelang ini kami tengah berusaha untuk menyiapkan beberapa lagi projek baru untuk peminat di mana poster skuad dan pemain,  laman sesawang dan buletin bakal hadir untuk tatapan peminat sukan bola sepak di kedah sekali gus menyemarakkan gelombang hijau kuning di negeri ini," katanya.

Demi bola sepak

Posted: 12 Dec 2014 10:45 PM PST

  • Bekas pemain kebangsaan dan Selangor, Asmawi Bakiri (kanan) membuktikan dirinya masih berbisa walaupun sudah bersara dalam arena bola sepak tempatan. - Foto Sinar Harian oleh ROSLI TALIBBekas pemain kebangsaan dan Selangor, Asmawi Bakiri (kanan) membuktikan dirinya masih berbisa walaupun sudah bersara dalam arena bola sepak tempatan. - Foto Sinar Harian oleh ROSLI TALIB
  • Aksi Muhamad Zaki berdepan pemain lawan bagi memastikan gawang X-MPSJ tidak mudah dibolosi.Aksi Muhamad Zaki berdepan pemain lawan bagi memastikan gawang X-MPSJ tidak mudah dibolosi.

HARI ini, bola sepak negara bukan lagi seperti zaman sebelum ini. Bahkan muka-muka baharu sedikit sebanyak menenggelamkan pemain-pemain bola sepak yang boleh dikatakan popular pada era 1990-an.

Sebut sahaja nama Asmawi Bakiri, Nazzab Hidzan dan Shahril Arshat, penyokong Selangor khususnya pasti merindui aksi pemain itu.

Malah ramai yang ingin mengetahui apa yang dilakukan oleh bekas pemain yang pernah mengemudi Gergasi Merah Kuning.

Kini, beberapa nama besar pemain yang pernah menghangatkan bola sepak tempatan sebelum ini kembali melakukan penampilan semula dalam satu pasukan digelar X-MPSJ.

Pasukan ini menampilkan lima bekas pemain kebangsaan dan lapan bekas pemain negeri termasuk kelab.

"Biarpun mereka sudah bersara dalam dunia bola sepak tempatan namun mereka masih aktif bermain bola.

"Kita cuba tampilkan semula mereka untuk peminat tanah air mengetahui perkembangan bekas-bekas pemain itu," kata Pengarah Jabatan Pembangunan Masyarakat Majlis Perbandaran Subang Jaya (MPSJ), Muhamad Zaki Yusoff.

Mohd Zaki yang bertindak sebagai kapten pasukan menjelaskan, misi penubuhan pasukan itu juga adalah untuk menjadikan bekas pemain sebagai ikon kepada generasi muda.

"Kita mahu generasi muda mengamalkan hidup yang sihat. Mereka boleh jadikan bekas pemain ini sebagai ikon kerana walaupun mereka sudah berumur, mereka masih mengamalkan cara hidup yang sihat," katanya yang pernah menarung jersi Majlis Perbandaran Petaling Jaya sebagai pemain pertahanan pada 2003 dan 2004.

Dalam pada itu, X-MPSJ berdepan aksi final Pertandingan Liga Bola Sepak Veteran MPSJ (SJ-V) 2014, menentang Pasukan Prakash Putra Perwira di Stadium MPSJ, Isnin ini.

Kejohanan yang julung kali diadakan ini berjaya mengumpulkan 12 pasukan di sekitar lembah Klang.

0 ulasan:

Catat Ulasan