Ahad, 30 November 2014

11/30/2014 04:02:00 PTG

Semakan & Kajian Cuepacs Malaysia : Kalangan 1.4 Juta Kakitangan Awam di Malaysia Berisiko Jadi Gelandangan. Setuju?


Semakan & Kajian Cuepacs Malaysia : Kalangan 1.4 Juta Kakitangan Awam di Malaysia Berisiko Jadi Gelandangan. Setuju?

Posted: 27 Nov 2014 06:41 PM PST

Email

cuepacs malaysia

Semakan & Kajian Cuepacs Malaysia : Kalangan 1.4 Juta Kakitangan Awam di Malaysia Berisiko Jadi Gelandangan. Setuju?Sebelum ini Berita Semasa pernah mengeluarkan laporan berita berkenaan isu gelandangan di Kuala Lumpur, Malaysia (DI SINI) yang pernah "meletup" sebelum ini.

Terbaru, berdasarkan kenyataan Presiden Presiden Kongres Kesatuan Pekerja-pekerja Di Dalam Perkhidmatan Awam (Cuepacs), Datuk Azih Muda terdapat tanda-tanda yang mana bilangan dan jumlah gelandangan di Malaysia bakal bertambah pada masa akan datang dan kumpulan tersebut bakal datang daripada kalangan 1.4 juta kakitangan awam di Malaysia. Mengejutkan?

Nah…inilah kajian dan semakan yang dilakukan sendiri oleh Cuepacs Malaysia mengenai masalah dan risiko yang membelengu kakitangan awam di Malaysia yang bakal menghumban kalangan kakitagan awam yang tidak mampu berhadapan dengan "keganasan harga rumah yang dilihat tidak berperikemanusiaan". Semuanya gara-gara lonjakan kenaikan harga rumah di Malaysia yang terus melambung tinggi pada ketika ini.

Datuk Azih Muda mengariskan beberapa faktor yang menyebabkan akan ada kakitangan awam di masa akan datang

  1. Gaji di Malaysia melibatkan ramai kalangan penjawat awam pada masa sekarang ini sudah tidak mampu lagi membeli rumah yang sudah mencapai harga yang sangat tinggi
  2. Cuepacs semakin risau lebih-lebih akan berlaku di sekitar Kuala Lumpur, Selangor, Johor Bahru dan Penang yang mana pemaju akan hanya lebih gemar untuk membina hartanah bernilai RM1 juta ke atas gara-gara kerajaan menaikkan paras harga hartanah yang dibenarkan warga asing kepada hanya RM1 juta ada ke atas sekaligus

Gelandangan? Ya…benar Berita Semasa pun bersetuju harga rumah di Malaysia sekarang semakin mahal dan mahal dan begitu banyak hartanah yang dijual pada harga yang tidak munasabah dan usaha yang dilakukan oelh pihak kerajaan masih lagi belum cukup menyakinkan. Tetapi untuk mengatakan kakitangan awam bakal memilih menjadi gelandangan di Malaysia berdasarkan masalah di atas, bagi Berita Semasa adalah kurang tepat.

  • Ya…mungkin tidak mampu beli rumah
  • Jika tidak mampu beli rumah pada harga mahal, bukan boleh membeli yang berpatutan walaupun di ceruk bandar
  • Tetapi bukankah masih boleh menyewa?
  • Takkan sampai jadi gelandangan wahai Cuepacs?
  • Samada menjadi gelandanagn atau tidak ia adalah pilihan sendiri bukan?

P/S : Kepada pihak Cuepacs, jikalau kakitangan kerajaan pun boleh berpotensi menjadi gelandangan dek kerana harga rumah pada masa sekarang ini, bagaimana  agaknya nasib pekerja swasta?

KONGSIKAN & SEBARKAN...

Email

Cukai Kereta di Israel 78%. Honda Civic 129,000ILS. Gaji Kerani di Israel 5,207ILS Sebulan? Perbandingan Gaji VS Cukai & Harga Kereta di Malaysia?

Posted: 26 Nov 2014 06:20 PM PST

Email

Cukai Kereta 2015

Cukai Kereta di Israel 78%. Honda Civic 129,000ILS. Gaji Kerani di Israel 5,207ILS Sebulan? Perbandingan Gaji VS Cukai & Harga Kereta di Malaysia? : Berdasarkan semakan laporan Berita Semasa yang dikeluarkan sendiri oleh "The Global Jewish News Source" melalui wartawan mereka, Jessica Steinberg mengatakan jikalau di negara Amerika Syarikat, harga kereta Honda Civic dijual pada harga sekitar US$18,000++. Berita Semasa kongsikan gaji beberapa bidang tugas yang dinikmati rakyat Amerika Syarikat. Antaranya….

Gaji jururawat berdaftar di sana adalah 5,742.50 sebulan (bersamaan US$68,910). Gaji kerani di USA adalah sebanyak US$2499 (bersamaan US$29,990). Jadi….dengan pendapatan dan gaji rakyat Amerika Syarikat sebanyak itu contohnya berapa kali gaji mereka jikalau hendak dibandingkan dengan harga kereta harga kereta Civic di sana?

Itu di Amerika Syarikat. Bagaimana pula di negara haram Israel?

Di negara haram Israel, rakyat di sana disuapkan dengan harga kereta kereta Civic sekitar US$33,000++ (bersamaan 129,000 ILS) terima kasih dengan cukai kereta sejumlah 78%? Cukai kereta sekurang-kurangnya 78%? Macam pernah dengar bukan, jumlah cukai kereta setinggi itu? Walaubagaimanapun di negara haram Israel yang mana kerja kerani contohnya gaji dan pendapatan yang diterima sekitar 5,207ILS sebulan dan 62,486ILS setahun.

  CONTOHNYA BACA SINI : Harga Kereta Perodua Myvi RM46,000 (Cukai Kereta 85%). Kerajaan Untung RM21,140! Boleh Turun Harga?  

Harga Kereta Israel

Nampaknya rakyat negara haram Israel tidak berkeseorangan. Ini kerana rakyat Malaysia juga dihadiahkan cukai eksais dan cukai import kepada kereta yang dijual di atas bumi kereta Malaysia. Bagaimana pula dengan perbandingan gaji dan harga kereta di Malaysia?

Hari ini, rakyat Malaysia telah meletakkan hutang kereta sebagai hutang kedua tertinggi di dunia di atas bebanan cukai yang tinggi di atas pembelian kereta oleh rakyat Malaysia. Yang mana akhirnya kerajaan Malaysia berjaya mengaut dan menjana pendapatan sekitar RM8 bilion setahun. Inilah antara salah satu cabang pendapatan yang cukup lumayan bagi kerajaan Malaysia mendapatkan dana.

  BUKTINYA : Harga Kereta Malaysia Tinggi Selamatkan Proton? Kerajaan Bagi RM21.5 Bilion (Subsidi Bahanapi). Kerajaan Ambil RM8.0 Bilion (Cukai Kereta)  

Harga Kereta malaysia 2015Dengan gaji dan pendapatan kerani di Malaysia, bukan sahaja tidak mampu hidup dengan aman apabila mahu memiliki kereta Honda Civic, pinjaman kereta belum tentu boleh lulus. Lupakan sahaja…..

beli kereta di Malaysia kena bayar 36 kali gaji bulanan
kerajaan Malaysia tersenyum gembira berjaya mengaut pendapatan RM8 bilion atas cukai kereta. Cukai eksais, cukai import dan cukai jualan

Terbaru, Khairy Jamaluddin mengakui cukai kereta dan harga kereta di malaysia sangat membebankan rakyat malaysia dan mahu kerajaan Malaysia perkenalkan Skim Kenderaan Pertamaku :

  • dikhususkan kepada golongan muda yang mahu membeli kenderaan untuk pertama kali
  • bertujuan mahu membantu meringankan beban hutang dan harap-harap dijauhi dari sumpahan muflis dikalangan golongan muda terutamanya
  • anak muda yang berpendapatan kurang RM4,000 sebulan boleh beli kenderaan pertama mereka tanpa membayar cukai atau duti eksais
  • tawaran skim kenderaan pertamaku hanya dibuka untuk kereta berharga sederhana dan dipasang di dalam negara

Apa pendapat anda pula dengan realiti cukai kereta di Malaysia? Dan bagaimana pula dengan cadangan Khairy Jamaluddin dengan cadangan Skim Kenderaan Pertamaku? Bersetuju?

KONGSIKAN & SEBARKAN...

Email

“Rumah Mampu Tengok” Untuk Orang Singapore & China Semakin Pesat di Johor Bahru & Nusajaya. Rakyat Johor Perlukan Rumah Mampu Milik!

Posted: 25 Nov 2014 07:27 PM PST

Email

rumah mampu milik johor

"Rumah Mampu Tengok" Untuk Orang Singapore & China Semakin Pesat di Johor Bahru & Nusajaya. Rakyat Johor Perlukan Rumah Mampu Milik! Berdasarkan semakan Berita Semasa terhadap Majlis Tanah Negara (MTN), telah pun sebulat suara mengenai syarat kepada warga asing yang mana mereka ini tidak lagi layak membeli harga rumah RM500,000 dan ke atas lagi.

Selepas ini….hanya harga rumah RM1 juta dan ke atas akan dijual kepada warga asing.

Hakikatnya, undang-undang inilah antara faktor yang menyebabkan harga rumah melambung tinggi. Berita Semasa cukup kesal "bagaimana orang-orang di atas sana" boleh tergamak membenarnya warga asing membeli rumah di malaysia dengan sewenang-wenangnya pada harga yang tidak munasabah pada ketika dahulu.

  • Dahulu RM250,000 warga asing boleh beli rumah di Malaysia. What?
  • Dahulu RM500,000 warga asing boleh beli rumah di Malaysia. What?
  • Sekarang RM1 juta terpaksa ditingkatkan paras untuk kebenaran warga asing membeli rumah

Akhirnya yang menanggung beban atas dasar yang tidak bermaruah ini adalah kalangan golongan muda, pasangan yang baru mendirikan rumah tangga serta pasangan bekeluarga yang masih tidak mampunyai rumah lagi di atas bumi Malaysia ini apabila terpaksa menanggung harga rumah yang semakin tidak munasabah hari ini dek kerana pemaju lebih gemar membina harga rumah RM400,000 dan ke atas bagi memenuhi selera orang kaya dan warga gasing di Malaysia.

Berdasarkan semakan Berita Semasa, gambar di atas ini dirakam di negeri Johor, iaitu dalam sangkar rumah kita sendiri. Orang Singapore yang kaya raya datang bukan sahaja beli satu dua beli, terus 8-10 bilik sekaligus daripada 20 bilik yang ditawarkan.

  1. Satu lagi kejadian di Melaka. Satu pemaju hartanah dari Singapore yang cukup terkenal di Melaka.
  2. Menjual pada kadar harga yang tidak munasabah untuk pasaran hartanah di Melaka.
  3. Tetapi agen tersebut tidak risau mengenai jualan hartanah mereka, kerana jikalau orang Melaka, orang Malaysia tidak mahu beli, kami masih ada pembeli dari Singapore yang lebih berminat. See…..
  4. Tiba-tiba datang orang Singapore berminat untuk mebeli hartanah di melaka terus menyambar satu mahu ini, ini dan ini. 3 unit kondo dibeli sekaligus. Hebat…..
  BACA INI PULA : Melayu Johor Paling Miskin di Malaysia? Melayu Kelantan Lebih Kaya. Banglo RM200,000 (Kelantan) VS RM1.5 Juta (Johor)!  

Hari ini semakin ramai warga Johor melihat trend kepesatan pembangunan di Iskandar Malaysia (Johor Bahru & Nusajaya) dan pembinaan perumahan di sana sebagai hanya "mampu tengok sahaja". Masakan tidak mereka berkata begitu, realitinya….

  1. Harga-harga seunit kondominium yang ditawarkan oleh pemaju-pemaju mencecah RM800,000 bagi unit permulaan seluas 800 kaki persegi dan ke bawah.
  2. harga unit dengan keluasan 1000 kaki persegi dan berhadapan dengan laut pula akan melebihi RM1 juta
    kebanyakan pembeli "rumah mampu tengok" itu adalah warga asing terutamanya dari Singapura serta China yang semakin berminat melabur hartanah di Johor Bahru
    RM800k ditukar kepada Sing Dollar menjadi S$ $320,000? Senyum Singaporean. Meleleh air mata Malaysian

Jangan kerana dikejarkan kekayaan segera dan pembangunan kita terlupa untuk melihat sejenak masa depan anak cucu kita. Apa pendapat anda pula?

KONGSIKAN & SEBARKAN...

Email

Perhimpunan Agung Umno 2014 (PAU) : Mahathir Mahu Ahli UMNO Tegur Najib, Maslan, Hassan Malek & Pemimpin Tertinggi Lain. Berani?

Posted: 25 Nov 2014 05:28 PM PST

Email

Gambar PAU 2014

Perhimpunan Agung Umno 2014 (PAU), Mahathir & Najib : Bagi Berita Semasa mana-mana pertubuhan dan parti politik di Malaysia harus bersedia mengakui wujud kelemahan dan berusaha ke arah penambaikan adalah pertubuhan yang punyai hala tuju yang jelas. Rakyat Malaysia adalah ahli lembaga bagi sebuah styarikat besar yang bernama Malaysia. Perdana Menteri hanyalah seorang CEO yang diamanahkan untuk mengetuai pengurusan dalam negara. Bila-bila….

Bila-bila masa sahaja boleh ditukar gantikan jikalau tidak mencapai tahap apa yang diinginkan majoriti ahli lembaga.

Ahli lembaga pengarah hari ini di Malaysia lebih cerdik, lebih meluas pandangan dan bahan bacaan serta pengetahuan mereka bagi menganalisa apa tindakan yang terbaik untuk negara. Jadi CEO dan ahli bawah anda jangan bersikap sambil lewa, bila-bila masa sahaja boleh tukar.

"Budaya untuk kenang budi sudah tidak relevan dalam arena politik Malaysia"

  • Mentadbir negara tidak sukar jika kita ikut acuan undang-undang dan tanggungjawab yang diberikan
  • Tetapi mentadbir negara akan menjadi lebih sukar apabila pemimpin itu sudah mula hilang integriti dan semangat untuk membantu mula hilang dek kerana alpa dengan pangkat, kuasa dan wang

Sejarah tetap sejarah. Tetapi sejarah bukan lesen untuk berbuat sesuka hati dan begitu mudah untuk orang ramai disuruh melupakannya dan memaafkannya, kononnya atas nama sejarah.

  KLIK SINI : Punca Sebenar Kenaikan Harga RON95 Naik? Kewangan Malaysia Tenat! Mahathir & Pakar Ekonomi Mahu BR1M Dihapuskan! Rakyat Malaysia?  

Rosmah UMNO 2014Dalam tempoh 24 jam terakhir ini, ada beberapa perkara menarik terjadi dalam arena politik di Malaysia. Pertama, Berita Semasa mendapat tahu yang mana kalangan rakyat Malaysia mula memberikan perhatian terutamnya kepada sesiapa yang tonton ucapan, kata-kata pedas dan tajam yang dilontarkan oleh Muhyiddin Yaasin. Nampak ketelusan dan kejujuran beliau dalam memimpin. Antara kenyataan yang masih Berita Semasa ingat lagi :

  • Muhyiddin sempat lagi "smash" apabila menyentuh pemimpin yang masuk politik untuk tonjolkan kemewahan dan demi politik wang dan amalkan politik ugut-ugutan
  • Dan satu lagi pemimpin yang sudah veteran dan sudah tua-tua sila berundur

Berita Semasa perhatikan ada nafas baru dalam ucapan Tan Sri Muhyiddin Yaasin kali ini. Dan tidak cukup dengan itu Mahathir juga tidak melepaskan peluang untuk memberikan peringatan kepada ahli-ahli umno sempena Perhimpunan Agung UMNO 2014 (PAU) kali ini. Semua nasihat dan peringatan yang diberikan seperti di bawah ini adalah berdasarkan pengalaman luasnya dalam "sepak terajang politik di Malaysia".

  1. Perutusan ini ditulis kerana saya tidak dapat hadir di Mesyuarat Agong Umno kerana berada di luar negara. Tetapi kerana saya kurang sihat untuk keluar negara, saya mungkin hadir insya-ALLAH! Walaubagaimanapun saya ingin membuat kenyataan ini juga.
  2. Sebagai orang tua dan orang tua Umno pula, izinkanlah saya memberi sedikit pandangan.
  3. Semua tahu Umno sekarang tidak popular seperti Umno dahulu. Ada yang berkata Umno tidak lagi relevan.
  4. Sedikit sebanyak pandangan ini berasas. Jika Umno dikalahkan dan hilang dari muka bumi, kepimpinan dan ahli Umno tidak boleh nafi sumbangan mereka kepada kejatuhan parti yang begitu berjasa kepada Melayu dan negara Malaysia.
  5. Apakah kesalahan yang telah dilakukan oleh pemimpin dan ahli Umno?
  6. Pada pandangan saya, yang pertama ialah kerana menganggap Umno sebagai batu loncatan untuk perkaya diri sendiri.
  7. Umno hanya menerima ahli baru yang tidak mengancam kedudukan pemimpin yang sedia ada di semua peringkat.
  8. Perwakilan UMNO 2014Cawangan tidak terima sesiapa yang berkebolehan mencabar Ketua Cawangan. Ini adalah oleh kerana ada habuan bagi Ketua Cawangan.
  9. Oleh itu yang dapat masuk Umno hanyalah orang Melayu yang kurang berbakat daripada Ketua Cawangan. Apabila Ketua Cawangan meninggal, penggantinya ialah orang yang lebih lemah daripadanya.
  10. Pengganti pun demikian. Hanya yang tidak punyai kebolehan yang lebih daripadanya sahaja yang diterima. Apabila dia kembali ke rahmatullah, yang mengganti lebih lagi lemah.
  11. Dan seterusnya. Kepimpinan di peringkat cawangan dan bahagian semakin lama semakin lemah dan tidak berupaya memimpin. Sebab itulah apabila ditanya siapa yang akan jadi Menteri Besar Selangor jika Barisan Nasional menang, tidak ada jawapan. Walhal Selangor penuh sesak dengan Melayu yang terpelajar, berbakat, sudah kaya dan tidak perlu memperalatkan Umno untuk perkaya diri sendiri. Mereka ini tidak boleh masuk Umno. Yang sedikit yang dapat masuk akan disekat kenaikan sebagai pemimpin.
  12. Budaya war lord (kepala perang) sudah meresap kedalam Umno. "Umno saya punya." "Bahagian ini saya punya."
  13. Kerana kecewa ada yang berbakat dan berjiwa Umno menyertai parti lain. Maka akan merosotlah Umno dan akan hilanglah parti keramat ini.
  14. Yang kedua ingin saya tekan akan pentingnya menegur pemimpin. Tunku, Tun Razak, Tun Hussein bukan sahaja ditegur bahkan dicabar. Saya diserang dan hampir kalah dalam pertandingan.
  15. Tanpa teguran pemimpin akan percaya segala yang dilakukan olehnya betul belaka. Tetapi sebenarnya ada yang dilakukan olehnya salah dan tidak baik.
  16. Saya dinasihat supaya tidak membuat teguran terbuka. Sebenarnya sudah saya tegur secara tertutup berkali-kali, terutama berkenaan masalah Bumiputera dan Umno. Tetapi tidak berkesan. Teguran secara terbuka terpaksalah dibuat.
  17. Harapan orang Melayu ialah wakil-wakil ke Perhimpunan Agung UMNO akan buat teguran terhadap beberapa perkara yang hangat dibincang ramai sekarang.
  18. Pemimpin pula perlu dengar teguran ini dan ambil berat pandangan wakil. Janganlah selalu mendengar orang tertentu yang dikeliling kita sahaja. Yang mengeliling orang yang berkuasa tidak baik bagi mereka.
  19. Orang Melayu mungkin tidak pandai seperti pakar-pakar rujuk, tetapi saya percaya orang Melayu tidak bodoh. Mereka yang membangunkan negara dari sebuah negara miskin kepada negara yang memberi banyak nikmat kepada semua.
  20. Selamat Bersidang Umno dalam Perhimpunan Agung UMNO 2014. Mudah-mudahan diberi petunjuk oleh ALLAH SWT.
  Pendapatan & Luahan : Tun Dr Mahathir Mohamad    

Apa pula nasihat dan teguran anda kepada UMNO kali sempena Paerhimpunan Agung UMNO 2014 (PAU) yang merupakan parti utama yang diberikan lesen untuk mentadbir kerajaan Malaysia dengan harapan ada penambaikan yang benar-benar signifikan kepada negara selepas ini ?

KONGSIKAN & SEBARKAN...

Email

Live Streaming Maharaja Lawak Mega 2014 Astro Warna. Siaran Langsung Astro Mustika HD

Posted: 25 Nov 2014 03:11 PM PST

Email

maharaja lawak

Live Streaming Maharaja Lawak Mega 2014 Astro Warna. Siaran Langsung Astro Mustika HD. Pastinya di sini ramai peminat maharaja lawak mega 2014 yang ditayangkan setiap minggu pada hari Jumaat. Tetapi berapa yang ada masa untuk tonton siaran langsung Maharaja Lawak Mega 2014, kadang-kadang ada yang terlepas siaran disebabkan komitmen lain.

Ada juga yang tiada saluran Astro Warna dan Astro Mustika HD untuk tonton live maharaja lawak 2014 terus di kaca televisyen. Bersama-sama ini Berita Semasa kongsikan bersama dengan anda video live streaming Maharaja Lawak Mega 2014 Astro Warna terus melalui video yang dikongsikan seperti di bawah ini.

Setakat minggu kedua, masih banyak lagi kumpulan yang belum mampu menunjukkan sengat biasa sebenar mereka lebih-lebih kumpulan yang sudah sedia popular dan senior. Itu yang diucapkan sendiri oleh juru tetap maharaja lawak MLM 2014, Fazura.

Untuk makluman anda rancangan MLM 2014 ini dibawa siaran langsung oleh Astro Warna (132) dan Astro Mustika HD (134) serta Astro On The Go (warna)

  KLIK SINI : Video Maharaja Lawak Mega 2014 MLM Minggu Kedua Online  

Selain daripada video yang Berita Semasa kongsikan di bawah ini, anda juga boleh cuba untuk semak link yang juga turut menawarkan live streaming maharaja Lawak Mega 2014 Astro Warna bagi setiap minggu daripada minggu pertama, kedua, ketiga, keempat, kelima, keenam, ketujuh……sehinggalah final Maharaja Laeak 2014 kelak.

  LINK ALTERNATIF : CHANNEL 1 atau CHANNEL 2  

KONGSIKAN & SEBARKAN...

Email

Live Streaming Malaysia VS Thailand Piala AFF Suzuki 2014 (26 November)

Posted: 25 Nov 2014 02:25 AM PST

Email

Malaysia VS Thailand

Live Streaming Malaysia VS Thailand Piala AFF Suzuki 2014 (Siaran Langsung 26 November)Laluan pasukan Malaysia cukup sukar apabila satu-satu pasukan yang dilihat peluang untuk Malaysia meratahnya bagi membawa pulang satu mata penuh sebagai bekalan lengkap sebelum bertemu dengan jauh bola sepak Asia Tenggara iaitu Singapura dan Thailand. Malangnya…. pada keputusan perlawanan Malaysia VS Myanmar hanya mampu berakhir dengan keputusan 0-0 sahaja.

Walaubagaimanapun jurulatih Dollah Salleh seperti kebiasannya tetap optimis dan yakin Malaysia mampu menewaskan Thailand bagi perlawanan kedua Kumpulan B pada malam esok, 26 November 2014 bagi kejohonan bola sepak paling berprestij di Asia Tenggara ini bertempat di Stadium Jalan Besar, Singapore.

Pasukan Thailand yang diterajui bekas bintang negara Gajah Putih ini, Kiatisuk Senamung pasti dalam mood yang cukup tinggi bagi mengekalkan keputusan kemenangan yang seterusnya selepas berjaya mengalahkan Singapura 2-1.

Apa yang Berita Semasa perhatian pada perlawanan pertama Piala AFF Suzuki 2014 ini, barisan tengah dan serangan cukup teratur mengatur gerakan-gerakan yang cukup berbahaya berbanding bahagian pertahanan mereka yang kelihatan agak goyah lebih-lebih berhadapan dengan Singapore

  • Perlawanan : Malaysia VS Thailand
  • Kumpulan Piala AFF Suzuki 2014 : Kumpulan B
  • Lokasi : Stadium Jalan Besar, Singapura
  • Jam : 5 petang
  • Tarikh : 26 November 2014
  • Hari : Rabu

Siaran Langsung Malaysia VS Thailand dibawahkan khas oleh TV3 dan anda juga berpeluang tonton perlawanan Malaysia VS Thailand ini secara online dengan kemudahan video yang telah disediakan seperti di bawah ini….

Jangkaan Keputusan Terkini Malaysia VS Thailand AFF Suzuki 2014

Harapan Berita Semasa pada perlawanan Malaysia Vs Thailand ini akan berakhir sekurang-kurangnya dengan keputusan seri bagi mencerahkan peluang Malaysia ke separuh akhir Piala AFF Suzuki Cup 2014 kelak.

KONGSIKAN & SEBARKAN...

Email

0 ulasan:

Catat Ulasan