Malaysia Airlines MAS Buang 6,000 Pekerja (30%), Selepas Rugi RM3 Juta Sehari! Senarai Laluan Penerbangan Yang Dibuang? |
Posted: 29 Aug 2014 09:05 AM PDT Malaysia Airlines MAS Buang 6,000 Pekerja (30%), Selepas Rugi RM3 Juta Sehari! : Sah! Itu perkataan yang sesuai untuk sebilangan besar kalangan kakitangan Malaysia Airlines (MAS) kena buang kerja dek kerana masalah Malaysia Airlines yang dilihat cukup meruncing jika tidak diselamatkan daripada sekarang. Masakan tidak…. Masakan tidak, MAS dihimpit dengan sejumlah RM3 juta kerugian setiap hari. Sekarang ini, yang banyak bagi keuntungan kepada Malaysia Airlines (MAS) adalah penerbangan tempatan. Tetapi sayangnya, penerbangan domestik ini jugalah yang selalu diabaikan Malaysia Airlines (MAS). Diharapkan pelan pemulihan MAS baru 2014-2017 selepas ini akan memberikan impak yang lebih baik daripada sebelum ini. Dunia penerbangan hari ini cukup kejam, jikalau anda terlalu lambat untuk berubah, anda akan terus dipinggirkan… Malaysia Airlines (MAS) : Pelan Pemulihan MAS baru 2014-2017
Dan dijangka syarikat Malaysia Airlines (MAS) akan untung semula selepas 3 tahun daripada sekarang, dijangka tahun 2017. Harap-harap menjadi kenyataan. Insyaallah. Amin. Sebenarnya daripada dahulu lagi, Berita Semasa agak sangsi mengapa dan kenapa HR/Admin MAS berada di Subang. Akhirnya terdapat beberapa urusan dalaman Malaysia Airlines termasuklah untuk urusan "resign dahulu", kalangan kakitangan MAS terpaksa berulang alik KLIA – Subang. Ambil borang di sana, pulangkan uniform di sini. Alhamdulillah walaupun agak lambat bertindak, akhirnya selepas Malaysia Airlines mencatat kerugian mencecah berbilion ringgit, akhir pihak pengurusan tertinggi MAS nampak masalah ini walau Baca Sini : MAS Rugi Lagi RM1.174 Bilion. Pakar Bongkar Puncanya! Walaubagaimanapun, sekarang ini sudah zaman IT, semua urusan banyak menggunapakai online dan "less paper". Jadi kita semua dapat bayangkan di sini department mana yang paling ramai akan dikenakan VSS. Mungkin? Pelan Pemulihan Malaysia Airlines MAS : Cadangan Berita Semasa?Bagi Berita Semasa sendiri, Malaysia Airlines mesti buat sepertimana macam syarikat penerbangan yang baru buka.
Tindakan yang sangat drastik namun jikalau ianya difikirkan terbaik, maka kita harus terima hakikat tersebut. Ya….memang ramai yang akan hilang pendapatan tetapi dalam keadaan yang menghimpit sebegini, terpaksalah menerima seadanya. Sebab itu, kita selalu diingatkan dengan kata-kata :
Kepada pekerja MAS, jangan bersedih dan putus asa. Berita Semasa percaya dengan kebolehan anda semua dan pasti akan dapat pekerjaan yang bagus selepas ini. Ini kerana teknikal krew Malaysia Airlines MAS contohnya adalah berada pada prestasi terbaik berdasarkan pengalaman dan kemahiran yang dimiliki mereka selama ini. Rezeki terbuka di airline lain.. Insyaallah. Banyak syarikat airlines di negara lain yang sedia menawarkan pekerjaan untuk kepakaran anda! Sebelum bulan puasa baru-baru ini, Berita Semasa difahamkan yang mana ramai juga kakitangan teknikal Malaysia Airlines yang menyertai Qatar Airways dan Emirates dengan gaji yang lebih lumayan. Pelan Pemulihan Malaysia Airlines MAS : Senarai Laluan Penerbangan Yang Dibuang?Berapa banyak agaknya, laluan penerbangan Malaysia Airlines MAS akan dibuang agaknya. Setakat ini, Berita Semasa dimaklumkan yang mana :
P/S : Good for mas too good to the nation. Sudah terlalu banyak "bail out" duit cukai rakyat. Resize man power is a common action to restructure broken company. PP/S : Syarikat ini sebenarnya seperti manusia juga. Manusia perlu kurangkan lemak untuk menjadi lebih sihat. Syarikat pula mengurangkan kos untuk mendapat untung. |
Live Streaming ATM VS JDT Piala Malaysia 2014 (29 Ogos) Posted: 29 Aug 2014 04:07 AM PDT Live Streaming ATM VS JDT Piala Malaysia 29 Ogos 2014 : Malam ini 29 Ogos 2014 akan berlangsung perlawanan kelima melibatkan kumpulan C. Sebelum ini pada 19 ogos, perlawanan membabitkan antara JDT Vs ATM di Stadium Larkin Johor dilihat masing-masing begitu ego dan liat untuk ditumpaskan di atas kelebihan masing-masing yang dimiliki mereka sekarang ini apabila keputusan perlawanan JDT VS ATM pada masa itu hanyalah berakhirdengan seri tanpa jaringan. Berita baik kepada peminat dan penyokong bola sepak bagi pasukan Angkatan Tentera Malaysia (ATM) dan juga Johor Darul Takzim (JDT) pada malam ini, akan disiarkan khas untuk anda siaran langsung ATM VS JDT Piala Malaysia 2014 Siaran Langsung ATM VS JDT Piala Malaysia 2014
Walaubagaimanapun, jikalau anda tiada kesempatan utnuk tonton siaran langsung ATM Vs JDT Piala Malaysia pada malam ini, anda juga ada pilihan untuk tonton live streaming ATM vs JDT pada malam ini berdasarkan kemudahan yang Berita Semasa seperti di bawah ini :
Dijangka perlawanan malam ini cukup menarik apabila masing mahu memcatatkan kemenangan kedua bagi mengukuhkan kedudukan masing-masing dalam kumpulan C bagi live streaming ATM Vs JDT Piala Malaysia 2014. |
You are subscribed to email updates from Berita Semasa To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
0 ulasan:
Catat Ulasan