Selasa, 3 Jun 2014

6/03/2014 02:47:00 PTG

Sistem Baru Subsidi Minyak (Diesel Petrol) 1 September 2014 : Gaji Bawah RM5000 Layak Subsidi Penuh! Setuju Cara Ini?


Sistem Baru Subsidi Minyak (Diesel Petrol) 1 September 2014 : Gaji Bawah RM5000 Layak Subsidi Penuh! Setuju Cara Ini?

Posted: 02 Jun 2014 08:36 PM PDT

Email

Harga petrol diesel

Sistem Baru Subsidi Minyak (Diesel Petrol) 1 September 2014 : Semua sedia maklum, rakyat Malaysia akan disajikan dengan mekanisme baru dalam pengagihan subsidi petrol dan diesel bermula September 2014. Sebenarnya bayangan corak sistem subsidi petrol dan diesel yang ingin digunapakai kelak pernah Berita Semasa keluarkan dahulu (DI SINI) pada 5 bulan lepas iaitu awal tahun 2014 ini. Dan akhirnya butirannya terlepas lebih awal daripada dijangka….

Alhamdulillah pada peringkat setakat ini, Berita Semasa dapatkan rasakan corak mekanisme yang ingin digunapakai kelak lebih baik.

  1. Yang mana kerajaan Malaysia merancang untuk mengemaskinikan fungsi MYKAD sedia ada yang akan mengandungi maklumat pendapatan anda semua @
  2. Satu cara lain anda semua boleh juga memohon kad subsidi minyak dari JPJ yang mana butiran seperti maklumat cukai peribadi atau korporat di dalam kad subsidi tersebut.
  3. Kad subsidi akan mengandungi mengandungi maklumat seperti nama pembawa, alamat dan kuota bahan api bulanan.
  4. Ia perlu dilalukan di stesen minyak sebelum mengisi minyak yang diperlukan
  5. Jika pemandu telah melebihi had bahan api yang dibenarkan bagi bulan itu, pemandu tersebut boleh membeli (tambahan) bahan api pada harga pasaran. Sudah bersedia?

subsidi minyak

  • Kapasiti enjin Kereta < 2.0 Liter + Gaji <RM5000 Sebulan = Layak Dapat Penuh Subsidi Minyak
  • Gaji RM5000 – RM10000 Sebulan = Layak Dapat Subsidi Minyak 300 Liter Sebulan
  • Gaji > RM10000 sebulan = Tidak Layak Dapat Subsidi Minyak
  • Kereta Plat Asing = Tidak Layak Dapat Subsidi Minyak
  • Anda tergolong di kategori yang mana satu?

Sistem Baru Subsidi Minyak (Petrol Diesel) : Tempoh Perlaksanaan?

  • Pemilik kereta persendirian : Bermula September 2014
  • Pemilik kenderaan komersil : Oktober & November 2014

Akhirnya berdasarkan mekanisme seperti di atas ini, kerajaan dapat penjimatan yang tinggi sejumlah RM9.8 bilion. Apa respon balas anda dengan Sistem Baru Subsidi Minyak (Diesel Petrol) 1 September 2014 kali ini? Bersetuju atau tidak? Mengapa?


Email

Berita Terkini Coklat Cadbury Malaysia : (Mei 2014) Ada DNA Babi oleh KKM VS (Jun 2014) Tiada DNA Babi oleh JAKIM!

Posted: 01 Jun 2014 10:32 PM PDT

Email

Coklat Cadbury KKM

Berita Terkini Coklat Cadbury Malaysia DNA Babi : Bulan Mei 2014, menjadi saksi bagaimana rakyat Malaysia terutamanya Muslim dikejutkan dengan dakwaan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) yang mengatakan Coklat Cadbury mengandungi DNA. Seluruh Malaysia seperti dilanda letupan "bom atom di Hiroshima dan Nagasaki". Masakan mungkin…

Masakan mungkin rakyat Malaysia beragama Islam pada ketika itu boleh berdiam apabila melihatkan sejarah lampau hidup mereka, sudah berkilo-kilo coklat Cadbury Malaysia ditelan dan "ditanam" diperut sehingga menjadi darah daging mereka yang mana didakwa mempunyai DNA babi sebenarnya.

Sehingga menyebabkan Muslim Malaysia bangkit menuntut keadilan dan mahu syarikat Cadbury bertanggungjawab di atas segala bencana yang berlaku ke atas diri mereka selama ini termasuklah :

  1. ada yang mahu hantar saman ratus jutaan ringgit
  2. ada yang mahu mencuci darah
  3. dan macam-macam lagilah

Itu coretan berita yang berkemundang disepanjang bulan Mei 2014. Berita Terkini mengenai status coklat Cadbury Malaysian hari ini tanggal 2 Jun 2014, Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Jamil Khir Baharom tampil ke hadapan dan mengatakan :

  1. Dua sampel produk coklat Cadbury Malaysia (coklat susu dengan kacang hazel Cadbury Dairy Milk Hazelnut dan coklat susu dengan buah badam Cadbury Dairy Milk Roast Almond) yang diambil terus dari kilang syarikat itu, disahkan tidak mengandungi Asid Deoksiribonukliek (DNA) babi (porcine)
  2. Ujian yang dijalankan Jabatan Kimia
  3. Keputusan yang dimaklumkan Kementerian Kesihatan baru-baru ini mungkin tercemar
  Sumber : Utusan Malaysia Online  

Sekejap ada sekejap tiada. Apabila membaca laporan berita ini, teringat Berita Semasa ibarat suatu ulang tayang seperti mana yang pernah berlaku kepada kes IKEA dahulu. Masih ingat lagi? Plot ceritanya hampir sama….

  • Terdapat dakwaan yang mengatakan sosej IKEA ada DNA babi
  • Beria-ria IKEA membuang semua sosej-sosej mereka, dan dapur mereka semua menjalani proses samak yang ketat
  • Akhirnya keputusan akhir yang diperolehi, tidak wujud pun DNA babi sebenarnya

Manakala untuk kes DNA babi pada coklat Cadbury ini bermula apabila :

  • coklat Cadbury ini dilaporkan oleh Kementerian Kesihatan malaysia (KKM) itupun setelah borang ujikaji telah bocor
  • JAKIM bertindak untuk menganalisa dan membuat kajian untuk kali kedua menggunakan sampel terus dari kilang
  • Yang mana akhirnya, coklat Cadbury Malaysia yang dicanang selama ini ada mempunyai DNA Babi tiada sebenarnya

Laporan Coklat Cadbury Malaysia DNA Babi : JAKIM VS KKM?

Coklat Cadbury JAKIMPada pemerhatian Berita Semasa, dalam hal ini Berita Semasa lebih percayakan JAKIM.

DNA babi daripada sampel yang diperiksa oleh Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) mungkin ada pencemaran kerana diambil adaripada pasaran seperti mana diakui sendiri dalam laporan JAKIM terbaru yang disampaikan Datuk Seri Jamil Khir Baharom .

Analogi mudahnya seperti di bawah ini :

  • Contohnya kita, lalu di depan/sebelah kedai Cina yang menyediakan sup babi contohnya, asap sup babi kena pada baju kita
  • Kemudian kebetulan jumpa pula Ah Seng (baru lepas makan babi salai), kita pula pergi salam dengan kawan lama tersebut
  • Jadi, sila semak semula baju dan tangan, pasti ada DNA babi.
  • Ya….jangan salah paham antara DNA babi dengan cebisan daging babi
  • Sekian…..

Realitinya Berita Semasa paham kebanyakan muslim di Malaysia sudah mula timbul perasaan was-was untuk membeli apatah lagi makan coklat Cadbury ini walaupun mengandungi tanda halal. Jadi apa respon balas anda semua selepas mendengar pengesahan terbaru mengenai status terbaru coklat Cadbury ini yang tiada DNA Babi?


Email

SCAM YSLM Malaysia (CDTUP) Tipu Selepas “Haram” di China? Canang “Orang Terkaya di Dunia” di Malaysia?

Posted: 01 Jun 2014 09:21 PM PDT

Email

yslm

SCAM YSLM Malaysia (CDTUP) Tipu Selepas "Haram" di China : Indahnya hidup di Malaysia. Apabila dihalau dan dipulaukan di negara sendiri dek kerana bisnes haram yang dijalankannya di China akhirnya mahu mendabik dada dan mencanang di seluruh Malaysia bahawa beliau bakal menjadi orang terkaya di dunia. Hebat….hebat….

Hari ini terpampang jelas wajah lelaki muda di billboard saiz gergasi tertera "orang terkaya di dunia" ada di merata tempat termasuklah di sekitar Jambatan Pulau Pinang dan Kulai, Johor

Pada asalnya Syarikat Yun Shu Mao yang menjalankan perniagaan kini di Malaysia adalah syarikat yang telah diharamkan di Negeri China berdasarkan cara perniagaan mereka berdasarkan prinsip "Money Game". Apa modus operandi mereka?

  1. Individu di Billboard (Zhang Jian) tersebut adalah seorang warganegara China dan bukannya rakyat tempatan
  2. Di sudut atas dan bawah papan itu pula tertulis dua laman web iaitu WWW.YLSM.HK dan www.cdtup.com
  3. Tiada sebarang produk atau nama syarikat yang diperkenalkan di situ
  4. Bagaimana mungkin "member fees" yang perlu dimasukkan ke dalam satu akaun bank persendirian seperti yang ditunjukkan dalam gambar di bawah?
  5. Syarikat CDTUP International Sdn Bhd yang dikatakan betapa besar dan kukuh ini tidak ada Akaun Syarikat?
  6. YSLM2U ini pun website pun dilihat seperti "hidup segan mati tidak mahu"
  7. Tiada produk yang diiklankan selain meminta orang ramai supaya menjana pendapatan dengan cara termudah tanpa perlu bekerja dan hanya 'bergoyang kaki' selepas mencari dua atau tiga rakan tajaan
  8. Untuk menyertai bisnes YSLM Malaysia ini, setiap peserta diberi pilihan untuk membeli pakej seperti VIP (RM300), VVIP (RM900), Emas (RM2,100) dan Intan RM4,500. Ia dijual secara lot.
  9. Setiap peserta YSLM kemudian perlu mencari tajaan (downline) untuk membeli pakej itu sebagai usaha meningkatkan pendapatan kepada penaja (upline)
  10. Setiap lot yang bermula dengan RM300 setahun didakwa mampu menjana pendapatan sehingga RM1,800 setahun manakala bagi lot bernilai RM4,800 setahun akan memberi pulangan berjumlah RM54,000 setahun
  11. Di laman web YSLM HK itu menceritakan bahawa YSLM merupakan syarikat yang berpusat di China dan mengeluarkan lebih 3,000 produk yang tidak disenaraikan.

yslm malaysia

Satu kemungkinan yang paling sesuai untuk menerangkan fenomena ini adalah syarikat boleh berundur diri secara bila-bila masa tanpa bimbang tentang duitnya dalam bank dibekukan oleh Bank Negara dan Kerajaan Malaysia. Pada masa itu , malah sekalian pelaburan rakan-rakan!

Nampaknya Malaysia tidak pernah putus-putus untuk terus menjadi lubuk MLM dengan harapan lebih ramai lagi rakyat Malaysia "terus tumbang" dengan peluang dan jalan mudah kononnya boleh kaya dengan pantas.

Berita Semasa perhatikan realiti hari ini dalam keadaan gaji rakyat Malaysia yang tidak meningkat dan dalam pada masa yang sama mereka terus bergelumang dengan kos sara hidup yang tinggi di Malaysia, bisnes MLM dan skim piramid terus tumbuh bak cendawan selepas hujan. Tetapi malangnya tiada tindakan yang dikenakan, mereka terus mencari mangsa dan pada masa yang sama ramai sebenarnya orang kita yang mahu cepat kaya dengan cara mudah. Hakikatnya……?

  1. Duit MLM/pramid ini sebenarnya datang daripada downline juga
  2. Downline join/invest, itulah dia keuntungan yang upline dapat.
  3. mereka ini akan sentiasa sasarkan kakitangan kerajaan disebabkan kemudahan untuk membuat pinjaman

Gambar Operasi Syarikat CDTUP (YSLM Malaysia)

Berita Semasa harapkan tiada yang terpedaya dengan janji manis mereka ini. Berita Semasa yakin pembaca Berita Semasa bijak-bijak belaka. Pemilik YSLM ini hanya berangan untuk menjadi orang no 1 kaya ini dunia sehingga dikatakan mampu mengalahkan kalahkan Carlos Slim Helu, Warren Buffet, Bill Gates. Produk apa yang mereka (YSLM2u) jual yang satu dunia gunakan sampai boleh jadi no 1 dunia?

P/S : Lelaki bernama Zhang Jian hanya akan berjaya menjadi kaya-raya dengan sokongan rakyat Malaysia yang "bercita-cita tinggi" untuk menjadi kaya.

PP/S : Harapan Berita Semasa, Bank Negara Malaysia (BNM), Suruhanjaya Sekuriti (SC), PDRM & LHDN sila siasatan, jangan hanya bertindak ketika keadaan menjadi semakin parah.

PPP/S : Skim YSLM Malaysia ini adalah skim pyramid!! Jikalau di luar negara sudah lama kena tangkap!! Bagaimana pula di Malaysia?


Email

0 ulasan:

Catat Ulasan