Ahad, 29 Jun 2014

6/29/2014 03:18:00 PTG

Senarai Bazar Ramadhan 2014 di Selangor


Senarai Bazar Ramadhan 2014 di Selangor

Posted: 28 Jun 2014 10:55 PM PDT

Email

bazar ramadhan selangor

Senarai Bazar Ramadhan 2014 di Selangor (Bazaar Ramadan @ pasar malam) : Alhamdulillah hari ini sekali lagi kita semua umat Islam diberikan ruang dan peluang untuk menikmati kemeriahan bulan Puasa Ramadhan 2014. Hari ini adalah hari pertama untuk kita semua mengerjakan ibadah puasa.

Menyentuh persediaan berbuka puasa (seperti jadual lengkap DI SINI), ada yang mengambil peluang untuk menikmati hidangan yang pelbagai dengan menempah deretan tawaran Buffet Ramadhan 2014 bulan ini (SEPERTI DI SINI) dan ada juga lebih selesa untuk mengunjungi sendiri pelbagai aneka juadah yang dijual di Bazar Ramadhan yang cukup popular di bulan puasa Ramadhan atau terkenal dengan panggilan PARAM

Bersama-sama ini, Berita Semasa ingin kongsikan kepada warga Selangor senarai bazar Ramadhan di Selangor dengan harap memudahkan anda membuat perancangan berbuka puasa kelak :

1) Bazar Ramadhan Semenyih, Selangor

  1. Jalan Semenyih Sentral 1
  2. Seksyen 1, Berhampiran Dengan Pasaraya Billion Bandar Teknologi Kajang

2) Bazar Ramadhan Ampang, Selangor

  1. Pandan Indah (tlk Padang Perbandaran Mpaj)
  2. Pandan Jaya (tlk Jalan Pandan 3)
  3. Cheras Indah (hadapan Dewan Komuniti)
  4. Pandan Mewah (tlk Sebelah Padang)
  5. Pandan Cahaya (tlk Jalan Pandan Cahaya 1/1)
  6. Taman Melawati ( Hadapan Pejabat Pos Lama )
  7. Kampung Pandan (tlk Pandan Utama)
  8. Medan Selera Angsana Hilir (tlk)
  9. Lembah Maju (berhampiran Simpang Empat)
  10. Kampung Tasek Permai ( Hadapan Masjid )
  11. Kampung Melayu (jalan Jati)
  12. Au 2 ( Jalan Au2a/16 )
  13. Au 4/1 (hadapan Seven-eleven)
  14. Au 5 (tlk Medan Selera)
  15. Taman Permata (hadapan Pasaraya Hari-hari)
  16. Melawati Jalan E1
  17. Bukit Antarabangsa (jalan Wangsa Ukay 2)
  18. Ukay Perdana (hadapan Restoran Ali Maju)
  19. Taman Melor (tlk)
  20. Bandar Baru Ampang (pasar Bandar Baru Ampang)
  21. Ampang Water Front (tlk Fasa 2)
  22. Bukit Indah (sebelah Restoran Dalila, Tlk)
  23. Ampang Jaya (tlk Jalan 1)
  24. Kompleks Muhibbah ( Taman Nirwana )
  25. Keramat Permai ( Jalan Au1d )
  26. Au3 (tlk Flat Pkns 13 & 14)
  27. Pandan Indah Jln 3/2b
  28. Taman Kosas (tlk Jalan Kosas 1/1)
  29. Pandan Perdana (hadapan Guardian)
  30. Cheras Hartamas (blok A1, Flat Bukit Segar)

3) Bazar Ramadhan Kajang Selangor

  1. Sepanjang Jalan Masuk Ke Smap, Kajang
  2. Tapak Bazaar Malam Reko Sentral
  3. Jalan Utama, Sek 2, Tmn Kajang Utama
  4. Tapak Pasar Malam Kompleks Hentian Kajang
  5. Tempat Letak Kereta, Hadapan Deretan Kedai Taman Zamrud
  6. Hadapan Deretan Kedai & Kilang Iks Sg. Jelok.( Tempat Letak Kereta )
  7. Dataran Prima Saujana, Tmn. Prima Saujana, Kajang
  8. Kawasan Tanah Lapang ( Tapak Funfair ), Taman Kajang Prima
  9. Tapak Pasar Tani ( Tmn Ramal Indah )
  10. Jalan Kajang Mewah 10
  11. Di Belakang Tesco Batu 14, Kajang

4) Bazar Ramadhan Subang Jaya Selangor

  1. Ss18, Subang Jaya (jalan Ss18/6)
  2. Usj 7, Subang Jaya (jalan Usj 7/3c – Hadapan Gerai Majlis Usj 7)
  3. Usj 4, Subang Jaya (jalan Usj 4/5)
  4. Usj 1 Pangsapuri Angsana (tapak Pasar Malam)
  5. Pinggiran Usj (jalan Pinggiran Usj 1/1)
  6. Taman Batu Tiga (hadapan Gerai Majlis Tmn Batu 3)
  7. Putra Heights (berhadapan Flat Sri Mutiara)

5) Bazar Ramadhan Shah Alam Selangor

  1. Seksyen 2
  2. Seksyen 7 (tpm)
  3. Seksyen 13 (stadium Shah Alam)
  4. Seksyen 17 (tpm)
  5. Seksyen 18 (tpm)
  6. Seksyen 20 (berhampiran Tpm)
  7. Seksyen 25
  8. Sek. U2 Ttdi Jaya (tps)
  9. Seksyen U3 (subang Perdana)
  10. Seksyen 6 (tlk Rest. Daud)
  11. Seksyen 7 (jln Platinum Ad 7/ad) Rest Ali Corner
  12. Seksyen 7 (jalan Kristal As7/as)
  13. Seksyen 8 (dekat Surau Blok 17-18)
  14. Seksyen 16 (hdpn Dewan Org Ramai)
  15. Seksyen 18 (jln 18/34 – Klinik Ahmad Shah)
  16. Seksyen 19 (tpm)
  17. Seksyen 24 (tpk Usahawan Mikro)
  18. Seksyen 27 (tapak Pasar Malam)
  19. Seksyen 28 (berhampiran Kfc)
  20. Seksyen 31 ( Jln Anggerik Aranda B 31/b Depan Pondok Polis Kota Kemuning)
  21. Seksyen U5 (jln Utarid U5/10) Tpm
  22. Seksyen U8 (jalan C U8/c Bkt Jelutong Hdpn My Mydin)
  23. Seksyen U10 (tapak Penjaja Sementara)
  24. Subang 2 (tapak Pasar Malam)
  25. Seksyen U13 (setia Alam – Cimb Bank)
  26. Seksyen U20 (bbsb Fasa 1) (bukit Rahman Putra)
  27. Seksyen U20 (bbsb Fasa 2) (pej Luncai Emas)
  28. Seksyen U20 (bbsb Fasa 3) (econsave)

6) Bazar Ramadhan Puchong Selangor

  1. Taman Puchong Perdana (jalan Perdana 2)
  2. Taman Puchong Permai (jalan Permai 2/10)
  3. Taman Puchong Permai (jalan Permai 1/10 – Sebelah Surau Ra'ayah)
  4. Taman Puchong Prima (jalan Prima 5/3)
  5. Taman Puchong Utama (jalan Utama 2/1)
  6. Taman Wawasan, Pusat Bandar Puchong (jalan Wawasan 2/22)
  7. Pusat Bandar Puchong (jalan Bandar 3- Tapak Bersebelahan Tesco Puchong)
  8. Puchong Utama (tapak Pasar Malam Puchong Utama – Kecuali Hari Selasa)
  9. Puchong Indah (tapak Pasar Malam – Kecuali Hari Isnin)

7) Bazar Ramadhan Kinrara Selangor

  1. Bandar Kinrara Sek 5 (jalan Bk 5a/1)
  2. Taman Kinrara Sek 1 (jalan Taman Kinrara 1/1)
  3. Taman Perindustrian Kinrara (jalan Tpk 2/1 & 2/2)
  4. Taman Kinrara Sek 4
  5. Hadapan Gerai Upen Puchong Jaya (petak Letak Kereta)

8) Bazar Ramadhan Serdang Selangor

  1. Taman Seri Serdang (jalan 18/35)
  2. Taman Universiti Indah (jalan 2/10)

9) Bazar Ramadhan Seri Kembangan Selangor

  1. Taman Pinggiran Putra (jalan Pp 1/2)
  2. Taman Equine (jalan Pp 1b)
  3. Taman Jalil (jalan Puj 3/2)

10) Bazar Ramadhan Cheras Kajang Selangor

  1. Tapak Pakir Desa Serdang ( Hadapan Bangunan Minlon )
  2. Jalan Temenggung 21/9, Sek. 9, Bdr Mahkota Cheras ( Tapak Pasar Malam )
  3. Lebuh Taming, Taman Taming Jaya
  4. Berhampiran Loji Kumbahan Taman Harmoni, Seri Kembangan
  5. Taman Suntex, Bt. 9, Cheras
  6. Jalan Chengal 4, Taman Impian Ehsan
  7. Kawasan Lake Valley Jalan Suarasa 8/4, Bdr Tun Hussein Onn
  8. Di Jalan Cp 4/38, Tmn Cheras Perdana
  9. Jalan Cj 8, Taman Cheras Jaya
  10. Padang Awam, Taman Cheras Utama ( Tapak Pasar Malam Lama )

11) Bazar Ramadhan Bandar Baru Bangi Selangor

  1. Tapak Pasar Malam Seksyen 16, Bandar Baru Bangi
  2. Tempat Letak Kereta Jalan 3/69, Seksyen 3, Bdr Baru Bangi
  3. Dihujung Jalan 2/3a, Kawasan Dua, Bdr Baru Bangi
  4. Hadapan Asrama Kolej Polytech Mara Bangi
  5. Jalan Seri Putra ½, Bdr Seri Putra
  6. Jalan 7/7b, Sek 7, Bdr Baru Bangi
  7. Di Tempat Letak Kereta & Jln Susur Kompleks Pkns Bangi

12) Bazar Ramadhan Beranang Selangor

  1. Tapak Pasar Malam, Bdr Tasik Kesuma
  2. Tapak Pekan Sehari Beranang

13) Bazar Ramadhan Hulu Langat Selangor

  1. Tapak Pasar Malam Taman Seri Nanding
  2. Bersebelahan Padang Futsal,tmn Desa Sentosa

14) Bazar Ramadhan Batu Caves Selangor

  1. Taman Wilayah Selayang Fasa 3
  2. Tapak Parking Pasar Selayang
  3. Rumah Pangsa Pkns, Jln Kuching
  4. Sentul Pasar
  5. Kampung Batu Muda, Jalan Ipoh
  6. Ppr Batu Muda
  7. Kompleks Mutiara, Batu 31/2 Jalan Ipoh
  8. Hadapan Flat Taman Aman Putra Jinjang Utara

 P/S : Kepada warga Selangor, jikalau tidak keberatan berdasarkan senarai bazar Ramadhan 2014 di Selangor, apakah menu atau juadah cukup terkenal dis etiap Bazaar ramadhan yang anda kunjungi?

Email

Berita Bonus Hari Raya Kakitangan Kerajaan 2014?

Posted: 27 Jun 2014 05:39 PM PDT

Email

bonus hari raya

Berita Bonus Hari Raya Kakitangan Kerajaan 2014? Pekeliling? : Bagaimana mungkin dengan hanya berbekal paparan skrin bagi mesej yang disebarkan secara meluas oleh insan yang tidak bertanggungjawab melalui aplikasi Whatapps dengan yakin mengatakan 1.4 juta penjawat awam bakal menikmati bonus Hari Raya kakitangan kerajaan 2014. Bertambah teruk…

Bertambah teruk lagi menggunakan nama Kongres Kesatuan Pekerja-Pekerja Dalam Perkhidmatan Awam (Cuepacs) sedangkan berita bonus Hari raya Kakitangan Kerajaan 2014 adalah palsu semata.

Dengan tiada pekeliling bonus Hari Raya kakitangan kerajaan 2014, sekadar mesej sebegitu rupanya pastinya ia hanyalah palsu semata.

bonus hari raya 2014

Walaubagaimanapun, Berita Semasa berharap agar bonus Hari Raya Kakitangan Kerajaan 2014 dipertimbangkan dengan harapan dapat meringankan sedikit sebanyak beban dalam keadaan 1.4 juta membuat persiapan bulan puasa Ramadhan dan Hari Raya Aidilfitri kelak.

Semoga Datuk Seri Najib Razak terbuka hati untuk mengumumkan berita baik daripada pihak kerajaan dengan memberikan bonus Hari Raya penjawat awam 2014 tahun ini. Siapa tahu bukan?

Berita Semasa yakin kalangan 1.4 juta kakitangan kerajaan tidak mengharapkan sebenarnya saguhati mahupun bonus Hari Raya kakitangan kerajaan, tetapi sekurang-kurangnya ia sebagai tanda terima kasih & penghargaan kerajaan kepada kakitangan awam yang bertungkus lumus selama ini berkhidmat dalam pada masa mereka memerlukan bantuan bagi menampung perbelanjaan lebih tinggi berbanding bulan-bulan sebelum ketika puasa Ramadhan dan Hari raya Aidilfitri kelak

Berita Bonus Hari Raya Kakitangan Kerajaan 2014 Yang Benar?

Seperti tahun lepas, Berita Semasa akan yang terawal berkongsi info yang tepat dan berita bonus Hari Raya kakitangan kerajaan 2013 dengan pembaca setia Berita Semasa (DI SINI). Insyaallah, pada tahun Berita Semasa akan maklumkan kepada anda semua daripada masa ke semasa samada dapat atau tidak, berapa nilainya bonus Hari Raya 2014 kakitangan kerajaan pada tahun ini. Nantikan daripada Berita Semasa daripada masa ke semasa ….

Email

Puan Imashima Lola Tidak Mengaku Bersalah Abai Kanak-kanak OKU Muhd Firdaus Dullah Sehingga Kurus Kering!

Posted: 27 Jun 2014 12:43 AM PDT

Email

Imashima Lola

Puan Imashima Lola Tidak Mengaku Bersalah Abai Kanak-kanak OKU Muhd Firdaus Dullah Sehingga Kurus Kering! : Setelah kehidupan sadis adik Muhammad Firdaus Dullah dibongkarkan selepas serbuan pihak Imegresen Negeri Sembilan (SEPERTI DI SINI), akhirnya ibu Imashima Lola Muhammad Firdaus Dullah telah didakwa di Mahkamah Seksyen atas 2 pertuduhan :

  • Dakwaan 1 : atas tuduhan mengabaikan anak sendiri mengikut seksyen 31(1)(a) Akta Kanak-kanak 2001 yang membawa hukuman denda hingga Rm20,000 atau penjara hingga 10 tahun atau kedua-duanya jika sabit kesalahan
  • Dakwaan 2 : atas pertuduhan mengikut Seksyen 33(c) akta sama yang membawa hukuman denda sehingga RM5,000 atau penjara 2 tahun atau kedua-duanya
  • Kedua-dua kesalahan didakwa di Flat Taman Semarak, Nilai Negeri Sembilan antara januari 2014 sehingga 21 Jun 2014
  • Didakwa mengikut seksyen 31(1)(a) Akta Kanak-kanak 2001 yang membawa hukuman denda hingga Rm20,000 atau penjara hingga 10 tahun atau kedua-duanya jika sabit kesalahan.

Walaubagaimanapun Puan Imashima Lola tetap dengan pendirian beliau tidak bersalah dalam hal ini. Lantas apabila Hakim Datuk Jagjit Singh Bant Singh membacakan pertuduhan, Puan Imashima Lola tidak mengaku bersalah

  • Puan Imashima Lola berasal dari Tawau Sabah
  • Suami pertama Puan Imashima Lola telah meninggal dunia pada 2012 setelah mereka bercerai pada tahun 2002

Hakim telah menetapkan Puan Imashima Lola diikat jamin Rm7,000 dengan seorang penjamin dan mentepakan 24 Julai bagi sebutan semula kes

Isteri pegawai Imegresen yang turut terlibat dalam operasi serbuan tempoh hari turut tampil buka mulut dan berkongsi cerita sebenar di hari kejadian…

Email

Kisah Benar Kronologi Faizal Fazri Othman (Pengarah Imigresen Negeri Sembilan) Jumpa Muhammad Firdaus Dullah

Posted: 26 Jun 2014 09:41 PM PDT

Email

Faizal Fazri Othman

Kisah Benar Kronologi Faizal Fazri Othman (Pengarah Imigresen Negeri Sembilan) Jumpa Muhammad Firdaus Dullah: Allah itu Maha Besar & Mahal Adil. Usah lagi beralasan rakyat Malaysia telah menyaksikan sendiri bagaimana anak OKU diperlakukan sebegitu rupa. Alasan hidup susah tak munasabah. Gaji RM1650 sebulan memperlakukan anak sebegini rupa? Alasan…

Alasan tidak tahu daftar anak OKU, Muhammad Firdaus Dullah di JKM? Alasan kena kerja tinggal anak OKU? Semuanya itu bukannya alasan.

  • Tetapi ada masa pula membuka akaun facebook Imashima Lola? Sukarkah untuk google untuk mencari maklumat andaikata terasa berat mulut untuk bertanya kepada orang ramai
  • Sukar atau tidak angkat phone tanya JKM sendiri?

Bagi Berita Semasa sendiri, ini bukan soal mampu atau tidak. Ini soal apabila ciri kemanusiaan & keibuan untuk memikul tanggungjawab sudah tidak lagi dan tidak tahan untuk jaga anak OKU sendiri.

  • bukan senang jaga OKU dan orang tua ni..
  • banyak kesabaran dan masa diperlukan..

Malangnya apabila sudah sebar satu dunia baru nak insaf? Jikalau lagi 10 tahun tiada siapa yang ambil peduli dan mengesan adik Muhammad Firdaus Dullah situ, apa jadi kepadanya selepas itu?

  • Jikalau Muhammad Firdaus Dullah tertinggal atas katil, tiada siapa yang akan marah.
  • Jikalau Muhammad Firdaus Dullah hyper sekalipun, letak dalam rumah yang tiada benda membahayakan pun boleh

Kenapa perlu kurung sampai bergelumang najis dan dibiarkan sampai kurus rangka?

Allah itu Maha Besar & Mahal Adil. Allah gerakkan hati Faizal Fazri Othman (Pengarah Imigresen Negeri Sembilan) dan pasukannya untuk pecah pintu rumah itu pun sudah kira bersyukur.

Menerusi video pertama sekali yang pernah dikongsikan (DI SINI) tersebar, kita dapat melihat bagaimana individu pertama yang menemui adik Muhammad Firdaus Dullah, 15, beristighfar beberapa kali sebaik sahaja melihat tubuh remaja OKU di salah sebuah bilik yang diperiksa penguatkuasa Imigresen pada 21 Jun 2014 (Hari Sabtu)

Individu tersebut adalah Pengarah Imigresen Negeri Sembilan, Faizal Fazri Othman.

Faizal Fazri Othman berkongsi pengalamannya ketika mula-mula melihat keadaan Muhammad Firdaus Dullah. Ternyata hingga ke hari ini, Faizal Fazri Othman masih berasa marah dan kecewa mengenang perbuatan dilakukan terhadap remaja OKU tersebut.

  • Ketika Muhammad Firdaus Dullah dijumpai tubuhnya hanya tinggal tulang. Perutnya langsung tidak berisi.
  • Malah paling menyedihkan Muhammad Firdaus Dullah ditinggalkan di sebuah bilik kosong yang kotor dan berbau busuk.
  • Sehingga kini, saya (Faizal Fazri Othman masih gagal membendung rasa marah. Kecewa dan segala macam perasaan timbul setiap kali terkenang adik Muhammad Firdaus Dullah. Saya tidak sanggup memikirkan seorang anak kurang upaya (OKU) dibiarkan dalam keadaan sebegitu rupa.
  • Semuanya bermula selepas menerima maklumat daripada jawatankuasa rumah pangsa Taman Semarak Nilai berhubung lambakan warga asing yang tinggal di situ.
  • Jadi saya melakukan operasi dan rumah Muhammad Firdaus Dullah merupakan antara rumah yang menjadi sasaran.
  • Ketika menghampiri rumah terbabit kami mendapati hanya pintu besi yang berkunci.
  • Dari luar saya tolak pintu rumah. Ketika itu hati saya dapat rasa ada orang yang sedang bersembunyi di dalam kerana lampu tidak ditutup.
  • Saya cuba memanggil beberapa kali namun tidak disahut sesiapa. Jadi saya arahkan pintu besi rumah terbabit dipecahkan.
  • Pemeriksaan dilakukan di setiap sudut rumah. Salah sebuah pintu bilik di rumah itu tertutup seolah-olah ada seseorang bersembunyi di dalam. Ketika itu jam sekitar 2.30 pagi.
  • Namun ketika pintu bilik itu ditolak saya terus beristighfar panjang. Saya terlihat satu susuk kecil. Saya seperti melihat rangka bernyawa.
  • Muhammad Firdaus Dullah sedang baring beralaskan lantai. Sedangkan lantai itu bergelumang dengan najis dan sisa makanan.
  • Ada sebuah kerusi roda dan sebiji bantal ditinggalkan. Muhammad Firdaus Dullah yang pada awalnya baring, bangun dan merenung saya. Saya lihat ada najis keras melekat di rambutnya. Air mata saya mula bergenang. Hampir menitis.
  • Tiada perasaan jijik. Bau busuk dan hamis pula seperti hilang tiba-tiba. Malah seolah bau wangi syurga mula meresap hidung.
  • Apa yang timbul hanya rasa belas. Saya hampiri tubuh kurus itu. Saya usap kepalanya. Hati saya terlalu sebak.
  • Melihat keadaannya yang kurus kering, saya percaya dia sudah lama tidak menyentuh makanan.
  • Ramai yang bertanya kepada saya bagaimana perasaan menjadi orang pertama melihat Muhammad Firdaus Dullah?
  • Jawapan saya, hanya mereka yang tidak mempunyai hati sahaja tidak sedih melihat Firdaus.
  • Sebab itu saya terus mengusap kepala dia kerana saya betul-betul tidak sangka dia yang tidak berupaya dibiarkan hidup dalam keadaan yang sangat menyedihkan.
  • Tapi sampai sekarang pun saya masih berfikir kenapa saya digerakkan ke situ?
  • Syukur ALLAH gerakkan hati ini ke sana. Seandainya tidak, mungkin sehingga hari ini tiada sesiapa pun tahu derita hidup remaja OKU bernama Muhammad Firdaus Dullah.
  • Mungkin Muhammad Firdaus Dullah akan terus menderita seorang diri. Syukur kepada ALLAH semakin bertambah.
  • Saya gembira lihat perubahan Muhammad Firdaus Dullah. Keadaannya jauh lebih baik berbanding ketika mula dijumpai. Saya bersyukur dia kini dapat segala yang diperlukan. Cukuplah derita yang dia tanggung selama ini…
  • Ketika ini bukan masa untuk tuding jari tetapi penemuan itu perlu dijadikan pengajaran pelbagai pihak agar lebih menghargai anak-anak sendiri termasuk juga mereka yang bergelar Orang Kelainan Upaya (OKU).

Faizal Fazri Othman (Pengarah Imigresen Negeri Sembilan

P/S : Tiada yang indah di Bulan ramadan dan syawal tahun ini buat saudara Faizal Fazri Othman kerana dapat menyelamat seorang insan OKU yg terbiar begitu besar pahala saudara tidak dapat di nilai.

Email

Bantuan Anak 1Malaysia (BA1M) : Bonus Anak RM500 Setahun, Pusat Penjagaan Bayi, Perlepasan Cukai Naik?

Posted: 26 Jun 2014 07:48 PM PDT

Email

bantuan anak 1malaysia

Bantuan Anak 1Malaysia : Bonus Anak RM500 Setahun, Pusat Penjagaan Bayi, Perlepasan Cukai :  Nampaknya situasi yang melanda di Singapura yang cukup membimbangkan telah meleret ke negara kita Malaysia apabila tahap kelahiran di Malaysia terus menurun setiap tahun.

Sehinggakan tahap keseriusan kadar kelahiran di Singapura yang semakin menyusut menyebabkan kerajaan Singapura memperuntukkan berbilion dolar bagi mengatasi masalah ini.

Bagi Berita Semasa ia sebenarnya berkait rapat dengan kerancakan pembangunan dan ekonomi tetapi dalam pada masa yang sama aspek sosioekonomi di ketepikan. Lebih tepat lagi, aspek pendidikan, tuntutan pekerjaan, taraf kehidupan yang berkait rapat dengan bebanan kos sara hidup serta kekangan masa yang terhad terutamanya yang tinggal di kawasan bandar di Malaysia di mana Berita Semasa perhatikan antara sebab utama kadar kelahiran di Malaysia semakin menurun.

Dan sekarang kerajaan Malaysia, dalam usaha untuk meningkatkan kembali memomentum kadar kelahiran di Malaysia dengan cara :

  1. Memberi insentif dan bonus kepada ibubapa yang lahirkan lebih banyak anak
  2. Pemberian insentif dan bonus ini diharapkan dapat mendorong kalangan anda di sini yang sudah berkahwin untuk menambah anak di masa akan datang

Mungkin ini boleh dipanggil dengan BA1M (Bantuan Anak 1 Malaysia). Mungkin?

ba1m

Pastinya Berita Semasa menyokong usaha yang cuba dilakukan oleh Kemnterian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat. Hakikatnya, selagi kos sara hidup yang cukup tinggi terutamanya di kawasan bandar tidak berjaya diselesaikan akan menyebabkan akhirnya nanti, ramai akan mula "merancang" keluarga. Berita Semasa yakin ramai di sini hajat dihati sebenarnya memang mahu keluarga yang besar, anak yang ramai. Tetapi memandangkan kos sara hidup yang tinggi buatkan ramai yang mula merancang keluarga…

Bukanlah berkira, tetapi hakikatnya untuk anda 2 orang sahaja perlu sediakan sekurangnya-kurangnya minima RM1,000 untuk bayar pengasuh, pampers, susu dan lain-lain lagi. Ini contoh sahaja. Anda ada contoh yang lain berdasarkan perbelanjaan anda sendiri setiap bulan?

Bantuan Anak 1Malaysia (BA1M) : Cadangan Berita Semasa?

Untuk permulaan Berita Semasa cadangankan pukul rata pemberian kepada mana-mana ibu bapa yang lahirkan anak 3 dan seterusnya diberikan :

  • bonus anak sejumlah RM500 setahun diagihkan dan diharapkan (untuk anak yang ke-3 dan seterusnya)
  • kerajaan menyediakan banyak lagi pusat penjagaan bayi dengan caj yang minimal memandangkan banyak pusat taska yang mengambil kesempatan menaikkan caj sesuka hati dek kerana pusat penjagaan bayi yang tidak mencukupi melihatkan desakan ibubapa hari ini yang terpaksa keluar mencari rezeki setiap hari
  • pelepasan cukai untuk anak dinaikkan kepada RM2,500 setiap seorang
  • Selepas ini, mungkin boleh ditambah baik daripada masa ke semasa kelak. Mungkin?

Bagaimana? Anda ada cadangan lain untuk pelaksanaan apa yang bakal dipanggil Bantuan Anak 1Malaysia (BA1M)?

Email

Koleksi Ucapan Bulan Ramadhan 2014 & Hari Raya Pembaca Berita Semasa

Posted: 26 Jun 2014 05:18 AM PDT

Email

Ucapan bulan ramadhan

Koleksi Ucapan Bulan Ramadhan 2014 & Hari Raya Pembaca Berita Semasa: Tahun ini merupakan Tahun ke-5 Berita Semasa membuka slot dan ruangan kepada pembaca Berita Semasa yang berada di perantauan bagi menghantar ucapan bulan Ramadhan 2014 & ucapan Hari Raya kepada yang tersayang.

Ruangan Ucapan Bulan Ramadhan 2014 & hari raya ini dibuka khas untuk rakyat Malaysia yang sekarang sedang belajar, menuntut dan bekerja di perantauan untuk menghantar gambar, salam Ramadhan & ucapan Hari Raya Aidilfitri ataupun video anda untuk ditujukan kepada "orang tersayang" sempena bulan Ramadhan 2014 yang mulia ini. Hantarkan permohonan ucapan bulan Ramadhan 2014 & ucapan Hari Raya anda kepada Berita Semasa ke email beritasemasa.com.my(at)gmail.com (Gantikan at kepada simbol @) ataupun boleh hantar terus mesej ke facebook Berita Semasa (KLIK SINI) . Permohonan yang diluluskan akan dipaparkan di ruangan ini.

Kepada yang tinggal di Malaysia pun boleh juga hantarkan permohonan anda kepada kami. Asalkan disertakan dengan gambar milik anda. Hanya yang menghantar gambar atau video beserta ucapan sahaja yang akan dipaparkan di halaman ini.

Apa yang perlu dihantar adalah :

  • gambar/video yang mempaparkan diri anda
  • berada di mana sekarang
  • ucapan bulan Ramadhan 2014 anda & Hari Raya
  • dan ditujukan kepada siapa ucapan tersebut?
  • Itu sahaja

P/S : Ruangan ini bukan untuk berborak atau chit-chat. Hanya koleksi ucapan bulan puasa Ramadhan 2014  & ucapan Hari Raya yang dibenarkan. Selain daripada itu akan didelete serta-merta….

Email

0 ulasan:

Catat Ulasan