Malaysia Tempat Paling Teruk Untuk Berkerja. Tiada Jaminan Hak Untuk Anda? Singapore, Indonesia, Thailand Lebih Baik? Setuju @ Tidak? |
Posted: 29 May 2014 07:56 PM PDT Malaysia Tempat Paling Teruk Untuk Berkerja : International Trade Union Confederation (ITUC) adalah merupakan kesatuan yang ditubuhkan untuk membawa suara dan hak kalangan pekerja yang di seluruh dunia yang bertindak bagi mempromosikan, dan serta membela hak dan kepentingan pekerja melalui kerjasama antarabangsa di antara kesatuan sekerja. Dan terbaru International Trade Union Confederation (ITUC) telah menyenaraikan senarai negara di seluruh dunia bersama-sama dengan rating yang sepatutnya diterima bagi negara yang menawarkan tempat dan peluang bekerja kepada pekerja mereka. Di manakah kedudukan Malaysia?
Sumber : http://www.ituc-csi.org/ Negara kita Malaysia hanya diberikan rating 5 sahaja berbanding negara-negara jiran kita yang lain termausklah Thailand, Indonesia yang mendapat rating 4. Apa maksud rating 5 di kaca mata International Trade Union Confederation (ITUC). Negara kita dianggap antara negara yang paling teruk bagi tempat untuk pekerja-pekerjanya. Yang mana tiada jaminan hak yang sebenarnya-sebenarnya kepada pekerja mereka. Malaysia dapat rating 5
Antara yang Berita Semasa perhatian realitinya di Malaysia yang mungkin menyebabkan Malaysia "dianugerahkan" rating 5 :
Jikalau mereka tidak mahu bekerja, mereka akan ditekan dan peluang mereka akan diberikan pula kepada ramai pekerja asing yang sanggup buat kerja saja, sanggup kerja 18jam sehari, 7 hari seminggu, etc, etc. Pekerja asing ini duduk dalam negeri sendiri makan pun kais pagi makan pagi. Jadi apabila mereka datang ke Malaysia, mereka sanggup buat apa sahaja. Akhirnya majikan terus mengambil kesempatan untuk mengeksplotasikan pekerjanya. Apa komen anda sepanjang bekerja dengan majikan anda selama ini? Suarakan pendapat anda di sini…. P/S : Garis panduan dari Jabatan Buruh perlu diperbaiki dan pelaksanaannya jangan hanya indah di atas kertas sahaja. Usah guna pakai lagi garis panduan tahun 80an lagi. PP/S : Sweden sudah dalam perancangan untuk pekerja di negara mereka hanya bekerja 6 jam sehari PPP/S : Jepun pula sungguh-sungguh sangat cara bekerja mereka walaupun diheret ke malam bekerja PPPP/S : Pusat wahabi Arab Saudi …. sama-sama memperlakukan pekerja di negaranya seperti budak sahaja…mudah dimanipulasi dan ditipu mentah-mentah serta diabaikan hak-haknya oleh kerajaan |
You are subscribed to email updates from Berita Semasa To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
0 ulasan:
Catat Ulasan