Khamis, 1 Mei 2014

5/01/2014 02:05:00 PG

Napoli pening kepala


Napoli pening kepala

Posted: 29 Apr 2014 05:38 PM PDT

  • Gonzalo HiguainHiguain dibawa keluar selepas cedera pada perlawanan menentang Inter Milan, Sabtu lalu.

AKIBAT perlanggaran dengan Marco Andreolli baru-baru ini, penyerang berbisa Napoli, Gonzalo Higuain mengalami kecederaan.

Situasi itu menyebabkan kem Napoli tidak senang duduk kerana khidmat Higuain amat diperlukan bagi menghadapi Fiorentina dalam perlawanan akhir Piala Itali, Ahad ini.

Menurut sumber, Higuain hanya mengalami kecederaan ringan dan mampu untuk pulih dalam masa yang singkat.

"Higuain akan menjalani sesi rawatan terakhir dalam beberapa hari lagi dan akan mendapat keputusan dia boleh bermain atau tidak," kata sumber berkenaan.

Sehingga kini, Higuain merupakan penjaring terbanyak dalam pasukan Napoli dengan 24 gol dari semua pertandingan.

Deco: Chelsea boleh ke final

Posted: 29 Apr 2014 05:35 PM PDT

  • Jose MourinhoDeco yakin Mourinho (kanan) ada strategi perangkap Atletico di Stamford Bridge.

BEKAS pemain tengah Chelsea, Deco percaya Jose Mourinho mampu mencipta kejutan dengan membawa The Blues menjuarai Liga Juara-Juara, musim ini.

Awal pagi esok, Chelsea melayan kunjungan Atletico Madrid pada aksi separuh akhir kedua Liga Juara-Juara di Stamford Bridge.

Pada pertemuan pertama minggu lalu, kedua pasukan terikat seri tanpa jaringan.

Menurut Deco, Mourinho adalah pakar taktikal dan dia percaya bekas mentornya di FC Porto itu mampu memerangkap Atletico.

"Keputusan seri minggu lalu baik untuk Chelsea dan Atletico kini sedar mereka perlu bekerja keras dan ambil risiko.

"Meskipun kali ini tiada Petr Cech dan John Terry, namun saya yakin Chelsea boleh menghasilkan keputusan positif," katanya.

Chelsea akan tukar taktik

Posted: 29 Apr 2014 05:32 PM PDT

  • Chelsea Costa (kiri) percaya Chelsea bakal tampil dengan corak menyerang.

PENYERANG Atletico Madrid, Diego Costa yakin Chelsea akan tampil dengan corak menyerang menjelang separuh akhir kedua Liga Juara-Juara di Stamford Bridge, awal pagi esok.

Pada pertemuan pertama minggu lalu, Chelsea hadir ke Vicente Calderon dengan taktik bertahan sepanjang 90 minit.

Taktik berkenaan berjaya menghindarkan gawang The Blues dari dibolosi.

Ahad lalu, pengendali Chelsea, Jose Mourinho menggunakan taktik sama ketika mereka mengalahkan Liverpool 2-0 di Anfield.

Bagaimanapun, taktik berkenaan mengundang rasa tidak puas hati pengurus The Reds, Brendan Rodgers kerana menganggap Chelsea meletakkan 'dua buah bas' di hadapan gawang The Blues.

"Saya yakin perlawanan kali ini berbeza dengan apa yang kami alami di Vicente Calderon. Saya jangkakan Chelsea akan suntik elemen menyerang dalam permainan mereka.

"Soal 'letak bas' bukan fokus kami. Kami tidak hiraukannya sama sekali kerana kami tahu peluang layak ke final terbuka luas," katanya.

The Reds masih ada peluang

Posted: 29 Apr 2014 05:25 PM PDT

  • The Reds masih ada peluangReaksi kecewa pemain Liverpool selepas tewas 0-2 kepada Chelsea di Anfield, Ahad lalu.

BEKAS tonggak Liverpool, Jamie Carragher percaya kekalahan 0-2 kepada Chelsea, Ahad lalu tidak menjejaskan peluang The Reds merangkul kejuaraan Liga Perdana Inggeris (EPL), musim ini.

Menurutnya, peluang Liverpool masih terbuka luas,  meskipun Manchester City dilihat sebagai calon pilihan berdasarkan kelebihan satu perlawanan.

Mengikut perkiraan matematik, andai Liverpool dan City terikat 86 mata sebaik sahaja kempen berakhir, kejuaraan jadi milik The Blues berdasarkan perbezaan gol.

"Saya tidak bimbang dengan peluang Liverpool, kerana selepas ini anak buah Brendan Rodgers berdepan lawan mudah iaitu Crystal Palace dan Newcastle.

"Mereka masih boleh jadi juara andai menang pada dua baki perlawanan itu. Manakala, City pula berdepan lawan sukar apabila berdepan Everton.

"Ada peluang mereka keciciran mata kerana permainan Everton sukar dijangka," katanya.

Selepas Everton, The Citizens bakal melayan kunjungan Aston Villa sebelum melengkapkan saingan musim ini menentang West Ham.

Arsenal hampiri Liga Juara-Juara

Posted: 29 Apr 2014 05:21 PM PDT

  • ArsenalPenjaga gol Newcastle, Tim Krull (kiri) menghalang rembatan penyerang Arsenal, Olivier Giroud pada aksi EPL di Emirates, awal pagi semalam.

JARINGAN dari Laurent Koscielny, Mesut Ozil dan Olivier Giroud memastikan Arsenal melakar kemenangan selesa 3-0 ke atas Newcastle di Emirates, awal pagi semalam.

Kemenangan tersebut membolehkan The Gunners melonjak dengan kelebihan empat mata daripada Everton dalam perebutan tempat keempat untuk layak ke Liga Juara-Juara, musim hadapan.

Berbaki dua perlawanan, skuad kendalian Arsene Wenger kini mengumpul 73 mata di tangga keempat Liga Perdana Inggeris (EPL).

"Kami berada dalam posisi sesuai sekarang. Saya harap kami mampu melakukannya," ujar Arsene Wenger.

Arsenal kini hanya memerlukan satu lagi kemenangan untuk mengesahkan slot layak ke Eropah untuk kali ke-17.

Selepas ini, finalis Piala FA itu bakal menentang West Bromwich Albion dan Norwich City.

MU kena jaga tradisi

Posted: 29 Apr 2014 05:15 PM PDT

MANCHESTER United (MU) perlu mengutamakan pengurus berbangsa Inggeris, kata Gary Neville.

Neville, bekas tonggak pertahanan United berkata demikian ketika mengulas spekulasi pelantikan Louis Van Gaal selaku pengurus baharu di Old Trafford.

Ketika ini, The Red Devils dikendalikan sementara oleh Ryan Giggs.

"MU kena jaga tradisi. Dalam sejarah kelab, belum ada lagi pengurus bukan berbangsa Inggeris dilantik membimbing kelab ini.

"Van Gaal akan memecahkan tradisi itu, jika dia terpilih," ujar Neville.

Dalam pada itu, Neville menaruh keyakinan bahawa Giggs mampu memikul tanggungjawab andai rakannya itu diberi kepercayaan.

"Ada anggapan Giggs belum berpengalaman sebagai pengurus, tapi dia benar-benar memahami selok-belok United.

"Van Gaal pula, dia cukup berpengalaman. Tapi, dia tidak tahu apa-apa mengenai Liga Inggeris.

"Apa pun, keputusan bergantung kepada pemilik kelab. Kita tunggu dan lihat sahaja apa kesudahannya," katanya.

0 ulasan:

Catat Ulasan