Isnin, 24 Mac 2014

3/24/2014 02:20:00 PG

El Clasico: Misi menang Real, Barca


El Clasico: Misi menang Real, Barca

Posted: 22 Mar 2014 06:20 PM PDT

  • El Clasico: Misi menang Real, BarcaBarca buru kemenangan di Santiago Bernabeu untuk kurangkan jurang mata dengan Real.
  • El Clasico: Real, Barca buru menangPertemuan El Clasico sering dihiasi dengan insiden kekasaran

AWAL pagi esok, peminat bola sepak seluruh dunia bakal dihidangkan perlawanan 'blocbuster' membabitkan Real Madrid dan Barcelona di Santiago Bernabeu.

Bagi Real, pertembungan El Clasico itu amat penting kerana ia platform terbaik buat mereka melebarkan jurang mata, sekali gus mencerahkan peluang menjuarai kempen La Liga, musim ini.

Andai menang, Real berkelebihan tujuh mata dan situasi itu pasti menyukarkan Barca.

Real kini berada di tangga teratas, mengumpul 70 mata. Manakala The Catalan menghuni tangga ketiga liga dengan 66 mata.

Tangga kedua La Liga ketika ini milik Atletico Madrid yang mengumpul 67 mata selepas 28 perlawanan.

Ronaldo, Messi jadi tumpuan

TUMPUAN perlawanan sudah pasti terarah kepada Cristiano Ronaldo dan Lionel Messi.

Namun, kali ini Ronaldo dilihat memiliki kelebihan berbanding musuhnya itu.

Ronaldo sudah meledak 25 gol daripada 24 penampilan musim ini.

Bagi Messi pula, reputasinya sebagai mesin penjaring gol sedikit terjejas susulan masalah kecederaan dan skandal mengelak cukai.

Penyerang dari Argentina itu sekadar merekodkan 18 jaringan daripada 21 penampilan.

 'Semangat Real berapi-api'

PERTEMUAN terakhir El Clasico pada Oktober 2013 menyaksikan Real tumpas 1-2 di Nou Camp.

Perlawanan itu turut menyaksikan lima kad kuning dilayangkan kepada pemain Real termasuk Ronaldo.

Bagi kapten Real, Sergio Ramos, kekalahan itu sudah berlalu dan mereka harus menumpukan perlawanan awal pagi esok.

Katanya, pertemuan itu amat penting dan mereka tidak boleh melakukan kesilapan atau kehilangan mata.

"Kekalahan di Nou Camp telah menyuntik motivasi pemain untuk mengalahkan Barca di Santiago Bernabeu.

"Kami turun bukan sahaja untuk mencari kemenangan tapi kami juga mahu membalas dendam.

"Apa pun, kempen musim ini berbaki beberapa perlawanan sahaja lagi, jadi penting untuk kami menang di laman sendiri," katanya.

Barca mesti menang

PEMAIN tengah Barcelona, Andres Iniesta berkata, mereka perlu menampilkan permainan sempurna dalam usaha mencuri mata di Santiago Bernabeu.

Katanya, keputusan seri bukan pilihan kerana matlamat utama Barca ketika ini adalah untuk merapati kedudukan Real.

"Kalau menang, jurang mata antara Barca dan Real hanya satu mata. Jadi, kami perlu tampil semaksimum mungkin untuk bawa pulang tiga mata.

"Kami kena yakin. Apa yang penting, kami perlu bermain seperti biasa dan elak perangkap mereka," katanya.
 

Tuah Shah Alam

Posted: 22 Mar 2014 05:51 PM PDT

  • SELANGORRangel meraikan jaringan gol pertama bersama rakan pasukan semasa perlawanan Liga Super 2014 menentang Kelantan di Stadium Shah Alam malam tadi. Selangor menewaskan Kelantan 1-0.

SELANGOR yang pertama kali beraksi di Stadium Shah Alam pada musim ini berjaya menuai tiga mata penuh dengan menumpaskan Kelantan dalam saingan Liga Super, malam tadi.

Merah Kuning terlebih dahulu menguji kecekapan penjaga gawang lawan, Khairul Fahmi Ce Mat menerusi rangkaian Andik Vermansyah dan Paulo Rangel.

Kelantan dihadiahkan sepakan penalti apabila Mohd Shawky dijatuhkan tetapi gagal disempurnakan Francis Forkey Doe m-19.

Seminit berselang, giliran tuan rumah pula mendapat penalti yang terus diledakkan Rangel menewaskan Khairul Fahmi.

Rangel hampir menambah jaringan namun tindakan susulannya menyaksikan bola bergolek ke luar  sebelah kanan tiang gol m58.

Usaha pelawat memburu sekurang-kurangnya gol penyamaan terus hampa apabila sepakan percuma m-78 diambil Badhri Radzi melewati palang Selangor juga tendangannya selang tiga minit tepat ke arah Farizal Marlias.

Sementara itu aksi di Selayang, Sime Darby menewaskan Terengganu 3-2 manakala aksi di Darul Makmur menyaksikan Pahang menewaskan Sarawak, 3-1 sebelum itu  di Jalan Besar pula Lions XII mengatasi PKNS, 2-1.

Dua keputusan seri dicatatkan di dua venue lain dengan di Kuala Terengganu, T-Team seri 1-1 ketika melayan kunjungan Perak sementara di Stadium Tan Sri Hassan Yunos Larkin, Johor Darul Ta'zim terikat 1-1 menentang ATM.

Blues kukuh cengkaman

Posted: 22 Mar 2014 05:47 PM PDT

  • CHELSEAPemain Chelsea meraikan gol kedua yang dijaringkan Andre Schurrle pada minit ke-7.

CHELSEA terus mengukuhkan kedudukan selaku pendahulu Liga Perdana Inggeris (EPL) selepas membelasah Arsenal 6-0 di Stamford Bridge, malam tadi.

Kemenangan di laman sendiri itu menyaksikan The Blues kini mengumpul 69 mata.

Pada perlawanan tersebut, Chelsea mendahului seawal minit kelima menerusi Samuel Eto'o. Dua minit selepas itu, gawang Arsenal kembali digegarkan kali ini menerusi rembatan Andre Schurrle.

Eden Hazard menyempurnakan penalti pada m-17 untuk The Blues mendahului 3-0. Pemain Brazil, Oscar turut mencatat nama selaku penjaring m-42 dan m-66.

Pemain gantian, Mohamed Salah melengkapkan kemenangan bergaya Chelsea pada m-71.

Aksi malam tadi juga menyaksikan pengadil perlawanan, Andre Marriner tersilap melayangkan kad merah kepada Kieran Gibbs susulan insiden menampan bola dalam kotak penalti oleh Alex Oxlade-Chamberlain pada m-16.

Perak sudah lesu

Posted: 21 Mar 2014 10:59 PM PDT

  • Perak sudah lesuAksi Muhamad Ridzuan (tengah ) ketika menentang PKNS FC.
  • Perak sudah lesuMuhamad Ridzuan (kiri) perlu berani dan bijak mempelbagaikan corak permainan.
  • Perak sudah lesuFaktor usia bukan halangan Muhammad Ridzuan untuk bersaing dengan pemain lawan.
  • Perak sudah lesuSuasana kegembiraan seumpama ini pastinya dinantikan penyokong Perak.

"Ate, apa ke hey yeop?" Itu antara rungutan serta persoalan yang sudah mula kedengaran daripada kalangan penyokong Perak setelah menyaksikan aksi 'lesu' barisan pemain Perak apabila tewas mengejut 0-2 kepada Sime Darby di laman sendiri, minggu lalu.

Apa tidaknya, kekalahan berkenaan nyata sesuatu mengejutkan kerana ramai pemerhati serta pencinta bola sepak Perak meramalkan  kemenangan skuad The Bos Gaurus itu.

ATAS PADANG

Bagaimanapun, aksi kesebelasan pemain di atas padang menceritakan segala-galanya. Semua gerakan termasuk percubaan ke gawang lawan gagal menepati sasaran selain berjaya dipatahkan dengan mudah oleh benteng pertahanannya.

Justeru mungkin tidak keterlaluan andai aksi menentang Sime Darby itu dilihat sebagai aksi terburuk The Bos Gaurus itu sejak sepak mula saingan Liga Malaysia (Liga-M), awal Januari lalu, hingga menyaksikan kedudukannya semakin terperosok ke dasar liga dengan berkongsi mata bersama skuad tercorot, T-Team dengan tujuh mata.
 

TANDA TANYA

Apatah lagi dengan prestasi hambar yang menyaksikan kawalan bola longgar hampir di setiap posisi pada perlawanan berkenaan semakin menimbulkan tanda tanya khususnya dalam kalangan penyokong terhadap hala tuju skuad Kejor Yeop Skor itu musim ini.

Ketiadaan pemain import berwibawa sebenarnya tidak wajar dijadikan alasan kerana semua pemain tempatan seharusnya  bersedia untuk menggalas tugas apabila diturunkan.

ADA MASA

Apa pun, masih belum terlewat untuk pihak pengurusan merencana sesuatu dalam  usaha memantapkan pasukan menjelang aksi seterusnya dimulai dengan menentang T-Team yang dikemudi bekas jurulatih Perak musim lalu, Mohd Azraai Khor Abdullah, di gelanggang lawan malam ini.

Mahu tidak mahu, suka atau tidak, skuad bimbingan Abu Bakar Fadzim itu perlu mencatat kemenangan apabila berdepan skuad The Titans itu di gelanggang lawan malam ini dan seterusnya membawa pulang tiga mata berharga ke Ipoh dalam usaha mengukuhkan kedudukan dalam carta liga musim ini
 
Kejor Yeop Skor!

Harimau Selatan perlu berubah

Posted: 21 Mar 2014 10:49 PM PDT

  • Harimau Selatan perlu berubahShakir (kiri) dan Mahali tidak menghampakan setiap kali diturunkan beraksi.
  • Harimau Selatan perlu berubahHarris perlu pantas dibahagian tengah.
  • Harimau Selatan perlu berubahPeranan Mat Yo selaku peledak semakin tenggelam.
  • Harimau Selatan perlu berubahAsraruddin (kiri) perlu diberikan lebih peluang beraksi.

DI MANAKAH silapnya Johor Darul Ta'zim (JDT) yang kempunan tiga mata penuh tewas kepada Terengganu di tempat lawan tempoh hari?

Meskipun dibarisi wajah sama ketika menentang Sime Darby melainkan Hariss Harun menggantikan Safiq Rahim, Harimau Selatan tidak mampu merobek gawang skuad Penyu.

Harus diakui juga corak dan gaya permainan bertahan tuan rumah selepas Vincent Bikana menjaringkan gol dipersembahkan pasukan bimbingan Abdul Rahman Ibrahim amat mengagumkan kerana JDT tidak mampu menghasilkan jaringan penyamaan.

SEDIKIT LEKA

Jaringan minit ke-16 pemain pertahanan itu sudah memadai untuk memadam hasrat pasukan kendalian Cesar Ferrando Jimenez yang mempunyai cita-cita mencabar takhta liga bersama juara Piala FA musim lalu, Kelantan jika menang di Kuala Terengganu.

Kealpaan benteng pertahanan Harimau Selatan yang tidak mengekori pergerakan pemain import Terengganu itu membolehkan jaringan terhasil.

Bagaimanapun, pujian seharusnya diberikan kepada penjaga gol muda JDT, Izham Tarmizi yang beraksi dengan cemerlang mengekang setiap percubaan lawan meskipun terpaksa akur dengan jaringan mudah dilakukan Bikana.

PERLU UBAH

Malam ini Harimau Selatan menerima kunjungan ATM  di Stadium Tan Sri Dato' Haji Hassan Yunos, Larkin dan JDT perlu meningkatkan kualiti permainan berdepan dengan anak buah B Sathianathan.

Barisan tengah JDT sekiranya terus dikekalkan iaitu Shakir Shaari dan Hariss Harun perlu memastikan permainan seimbang dengan menyalurkan bantuan kepada pertahanan selain mencipta peluang kepada serangan membuat jaringan.

BERI PELUANG

Melihat kemampuan dimiliki Mohd Nazrin Nawi dan Amirulhadi Zainal, pemain ini wajar diberikan peluang diserapkan selaku kesebelasan utama bagi memperkasakan sayap selain menghasilkan lebih banyak gerakan berbahaya dari hantaran lintang.

Peranan Amri Yahya pula diletakkan di belakang penyerang utama iaitu sebagai 'support striker' di mana posisi berkenaan kini menempatkan Norshahrul Idlan Talaha.

Tidak menafikan sumbangan besar Figueroa membantu pasukan meraih kemenangan, Jimenez berkemungkinan boleh menukar taktik dengan meletakkan Norshahrul selaku penyerang utama, sementara Amri di belakangnya.

MANFAAT BAKAT

JDT sebenarnya memiliki banyak pemain berpengalaman dan mempunyai bakat serta kemampuan tersendiri dalam posisi masing-masing. Kelebihan itu tidak seharusnya dinafikan sebaliknya dimanfaatkan.

Harimau Selatan pada masa kini bukan tidak memiliki 'chemistry' sehingga perlu ada perubahan taktikal atau pemain, tetapi peluang juga harus diberikan kepada pemain bagi membuktikan apa yang boleh mereka lakukan demi pasukan.
 

Taring Sime Darby tumpul

Posted: 21 Mar 2014 10:24 PM PDT

  • Taring Sime Darby tumpulBarisan pemain SDFC gigih menjalani latihan menjelang aksi malam ini.
  • Taring Sime Darby tumpulPemain perlu fokus dan elak kesilapan mudah.
  • Taring Sime Darby tumpulIsmail mahu anak didiknya tidak terlalu menghormati lawan.
  • Taring Sime Darby tumpulKembalinya Mahmoud menjalani latihan selepas mengalami kecederaan memberi kelegaan .
  • Taring Sime Darby tumpulAksi dipamerkan Dilshod setaraf dengan statusnya.

MENGHUNI tangga ke-10 dalam saingan Liga Super pastinya memberi tekanan buat pasukan berstatus kelab, Sime Darby untuk memastikan terus kekal dalam saingan musim depan.

Hanya dua kemenangan, empat kalah, satu seri dan berkongsi tujuh mata dengan Perak serta T-Team  yang berada di tangga tercorot sesuatu perlu dijelmakan pendatang baharu ini.

Tiga mata dikutip ketika bertandang di Ipoh, Sabtu lalu pastinya melegakan pengendalinya Ismail Zakaria yang rata-rata mempertaruhkan bisa pemain tempatan.

CICIR MATA

Jelasnya, beberapa aksi sebelum ini khususnya dalam saingan Piala FA memberi gambaran jentera serangan perlu dipertajam jika dilihat beberapa peluang terhidang.

"Sebenarnya kita beraksi baik di bahagian tengah dan juga benteng namun jentera serangan sebaliknya apabila deretan peluang terhidang gagal diterjemahkan dengan jaringan.

"Semua ini memberi kesan pada pasukan, tidak dinafikan perlawanan masih awal namun jika kita sering keciciran mata pastinya padah menimpa," katanya.

BUANG MASA

Ismail turut menjelaskan, harapan peledak kini diletakkan sepenuhnya kepada pemain tempatan memandangkan pemain import, Wisdom Agblexo gagal memberikan impak menyeluruh buat pasukan.

"Kita mengharapkan pemain ini mampu memberikan kesan namun sebaliknya berlaku apabila penyerang tempatan lebih menyerlah berbanding Wisdom, kita ambil keputusan menamatkan kontrak pemain tersebut dan bakal membawa muka baharu.

"Beberapa ujian penyerang baharu telah dijalankan dan kita hanya menunggu masa jendela perpindahan bermula 23 Mac," katanya.

Pasukan yang sinonim dengan gelaran Pembunuh Gergasi ini turut mengikat kontrak tiga pemain import William Mensah (Ghana), Mahmoud Amnah (Syria) dan Dilshod Sharofetdinov (Uzbekistan) yang beraksi cemerlang.

TIDAK MUSTAHIL

Bakal berhadapan di laman sendiri malam ini menentang peneraju takhta liga ketika ini, Terengganu pastinya bukan jalan mudah namun Ismail percaya anak didiknya mampu melakukan sesuatu.

"Kita akui Terengganu kini berada dalam prestasi yang baik terutamanya selepas menewaskan Johor Darul Ta'zim tempoh hari namun ia bukan mustahil untuk ditewaskan jika pemain fokus dan tidak terlalu menghormati lawan.

"Perak berjaya ditewaskan, tidak mustahil Terengganu juga bakal menerima nasib yang sama  malam ini, bagi saya peluang tetap ada kerana aksi 90 minit yang menentukan keputusan," ujarnya.

0 ulasan:

Catat Ulasan