Ahad, 30 Mac 2014

3/30/2014 02:16:00 PG

ATM perlu bangkit


ATM perlu bangkit

Posted: 28 Mar 2014 10:23 PM PDT

  • ATM perlu bangkitAksi Muhd Safwan Hashim (kanan) ketika menentang Terengganu, Selasa lalu.

SELEPAS tewas di tangan Pahang 1-4 sebelum seri 1-1 dengan Selangor, The Gladiators terus dirundung malang apabila mengutip satu mata ketika bertandang di Stadium Larkin, Sabtu lalu dan terbaru tewas 0-3 kepada Terengganu di Selayang.

Berada di tangga ke 11 hasil dua kemenangan, tiga seri dan empat kalah mengutip sembilan mata ia sesuatu yang mengecewakan jika dilihat persembahan pada awal musim.

PUTIH MATA

Mendahului menerusi jaringan sulung Ridwan Maon musim ini minit ke-39 selepas menerima hantaran lintang Juan Manuel Arostegui, Safee muncul penyelamat apabila menanduk masuk gol penyamaan pada minit untuk mengekalkan rekod tanpa kalah barisan bimbingan Cesar Jimenez di tempat sendiri.

Aksi Selasa lalu melayan kunjungan Terengganu turut memperlihatkan sesuatu perlu diperbaiki segera andai tidak mahu terus tercicir mata dan terus terjerumus di kelompok bawah liga.

Tiga gol pelawat hadir pada minit ke-23 menerusi penyerang Abdul Manaf Mamat sebelum Norfarhan Mohammad menjadikan kedudukan 2-0 pada minit ke-77 dan Faiz Subri menambah derita ATM untuk keputusan 3-0 di masa kecederaan.

PERLU JELMA

Menjelang pertemuan menentang lawan setempat, Sime Darby FC malam ini di Stadium Selayang, The Gladiators perlulah mengutip tiga mata jika tidak mahu menghuni tangga tercorot liga.

Pernah dikecewakan ketika aksi pertama Piala FA kepada lawan dan di gelanggang yang sama, corak permainan berbeza seharusnya dipersembahkan.

Menyedari beberapa pemain utama khususnya di benteng terpaksa disisihkan akibat kecederaan, bisa penyerang prolifik Marlon Alex James dan Hairuddin Omar perlu dijelmakan kembali.

Keluar zon bahaya

Posted: 28 Mar 2014 10:06 PM PDT

  • Keluar zon bahayaT-Team meraikan jaringan pembukaan Evaldo Rodrigues ketika bertemu Sime Darby FC di Stadium Sultan Ismail Nasiruddin Shah.

SELEPAS mengharungi sembilan perlawanan dalam aksi saingan Liga Super musim ini, pasukan berstatus kelab, T-Team akhirnya menemui rentak sebenar apabila berjaya keluar daripada zon penyingkiran setelah bangkit meraih kemenangan ketika bertemu Sime Darby FC Selasa lalu dengan mengutip 11 mata di kedudukan ke sembilan carta liga.

Lebih manis, meskipun bergelut di dalam zon penyingkiran sejak tirai liga bermula Januari lalu, namun skuad The Titans itu masih utuh  mempertahankan rekod tanpa kalah ketika beraksi di hadapan penyokong sendiri
bermula dengan Johor Darul Ta'zim (JDT), Angkatan Tentera Malaysia (ATM), Sarawak dan Perak.

TERUS USAHA

Kejayaan itu jelas melegakan pengendalinya, Mohd Azraai Khor Abdullah untuk terus mencari ramuan terbaik memantapkan pasukan sekaligus memperbaiki kedudukan liga yang dilihat  hanya lima mata memisahkan dengan
pendahulu liga, Terengganu (16 mata).

Begitu pun, bekas ketua jurulatih Perak itu enggan dibuai mimpi sebaliknya melaungkan amaran agar pemainnya terus mengekalkan komitmen mereka sekiranya ingin terus berada dalam kesebelasan utama pasukan dan ia tidak terkecuali buat empat pemain import yang menyarung jersi The Titans musim ini.

BUKAN JAMINAN

Baginya buat masa ini tiga mata cukup penting dalam setiap perlawanan bagi membolehkan pasukan berada dalam zon selesa memandangkan saingan liga masih panjang dan sebarang kemungkinan boleh berlaku.

Jelas Azraai, pihaknya juga sudah membuat keputusan untuk mencari pengganti jentera serangan khususnya pemain import yang kini diterajui Evaldo Rodrigues dan Patrich Steve Wanggai sebelum tarikh perpindahan pemain ditutup April depan.

"Kita akan membuat keputusan muktamad berhubung pemain import dan apa yang boleh katakan, walaupun kita lihat prestasi Rodrigues dan Wanggai dalam perlawanan menentang Sime Darby ini amat memuaskan, namun ia
bukan satu jaminan untuk saya kekalkan mereka berdua bersama pasukan.

"Apa yang pasti kita sedang berusaha mencari penyerang terbaik dan beberapa pemain sudah kita kemukakan kepada pihak pengurusan sebelum pintu  perpindahan pemain ditutup," katanya.

Antara nama pemain import yang dikatakan bakal menyarung jersi skuad The Titans selepas jendela perpindahan pemain antaranya termasuklah, penyerang kelab  Portugal, Sporting Lisbon, Carlos Saleiro dan beberapa lagi yang dijadualkan akan berada di negeri ini dalam masa terdekat.

BELUM PUAS

Pengendali kelahiran Kedah itu berkata, pihaknya akan akan merencanakan sesuatu untuk kebaikan pasukan dan hanya pemain import yang betul-betul berkualiti saja akan dipilih nanti.

Mengulas kejayaan membenam Sime Darby FC Selasa lalu itu, Azraai mengakui secara keseluruhan dia masih belum berpuas  hati dengan corak permainan yang dipamerkan pasukannya dan yakin menjelang pertemuan
bertemu Lion XII, malam ini, pemainnya mampu memberikan aksi yang lebih baik.

Tiada jaminan siapa juara

Posted: 28 Mar 2014 09:58 PM PDT

  • Tiada jaminan siapa juaraNorsahrul Idlan (kanan) masih berbisa merobek gawang lawan.

SAINGAN Liga Super 2014 cukup menarik dan mendebarkan berbanding musim sebelumnya apabila kedudukan setiap pasukan hanya dipisahkan mata tidak terlalu jauh dengan perlawanan hampir menamatkan pusingan pertama.

Terengganu, Pahang, Selangor,Johor Darul Ta'zim (JDT) dan penyandang juara Lions XII mampu mencabar kejuaraan liga seandainya konsisten mengekalkan prestasi semasa baki perlawanan berikutnya.

Namun begitu, Kelantan dan Sarawak juga tidak boleh dipandang sepi berikutan tiada jaminan bahawa lima pasukan teratas mampu mengekalkan prestasi cemerlang hingga penghujung musim.

Persaingan mengelakkan zon penyingkiran juga tidak kurang hebatnya antara PKNS, T-Team , Sime Darby, ATM dan Perak dengan pasukan yang mencatat kemenangan aksi malam ini boleh mengeluarkan diri mereka daripada kelompok zon penyingkiran.

SEDIA GEGAR

Adunan jurulatih Sang Penyu, Abdul Rahman Ibrahim berjaya meletakan seketika antara kuasa bola sepak pantai Timur itu menerajui liga dengan 16 mata kurang satu perlawanan berbanding pesaing terdekat mereka Pahang dan Selangor.

Tiga kemenangan daripada lima perlawanan terakhir dengan hanya bolos lima gol membuktikan bahawa skuad Peteh Ganu Peteh ini lebih bersedia mencabar kejuaraan liga dengan gandingan peledak import serta tempatan, Mamadou Barry yang kini meledak dua gol dikuti Ismail Faruqi (2) dan Norfarhan Muhammad (2).

KIAN DI GERUNI

Cengkaman juara Piala Malaysia 2013 ini tampak lebih kemas mencabar kejuaraan liga selepas dikemudikan bekas pemain kebangsaan  Zainal Abidin Hassan yang mengambil alih tugas daripada ketua jurulatih, Ronald Smith.

Tok Gajah hanya tewas sekali dan seri sekali dalam lima perlawanan terakhir mereka terus digeruni gandingan peledak Matias Conti dan Dickson Nwakaeme mengepalai jentera depan gah membolosi gawang lawan dengan 16
jaringan.

TAMAT KEMARAU

The Red Giants kendalikan Mehmet Durakovic kurang satu perlawanan mengungguli tempat ketiga dengan 16 mata berada pada landasan terbaik mengembalikan keceriaan dalam kalangan penyokong mereka selepas kemarau trofi beberapa ketika.

Kehadiran Paulo Rangel yang kini mendahului senarai penjaring dengan lapan memungkinkan hasrat dua piala kembali bumi Selangor hujung musim bakal menjadi realiti seandainya jagoan elit Lembah Klang ini serius baki perlawanan berikutnya.

SEMAKIN NYATA

JDT, calon juara Liga Super 2014 bermula cemerlang aksi pertama, namun kegoyahan pertahanan bolos 10 gol daripada sembilan perlawanan nyata menggusarkan penyokong skuad kendalian Cesar Ferrando Jimeneztetapi  masih mampu konsisten melakar tiga kemenangan daripada lima perlawanan terakhir mereka.

Bintang import skuad Luaskan Kuasamu Luciano Figueroa dan Pablo Aimar masingmasing gah dengan empat serta dua gol dalam senarai penjaring The Southern Tigers terus menjadi nadi kebangkitan kuasa bola sepak dari
Selatan itu musim ini.

BOLEH BANGGA

Kemenangan 1-0 ke atas Perak di Stadium Perak meletakan semula penyandang juara ini berada di pertengahan liga suatu perkhabaran gembira bagi penyokong The Young Lions dari Seberang Tambak Johor ini apatah lagi produk tempatan mereka Khairul Amri mengetuai senarai penjaring dengan empat gol.

Skuad kendalian Fandi Ahmad ini yang kebanyakan dibarisi pemain baharu boleh berbangga kerana masih mampu mencatat tiga kemenangan daripada lima aksi terakhir mereka walaupun Stadium Jalan Besar bukan lagi kubu
kebal untuk skuad republik berkenaan.

ADA AURA

Dua kekalahan berturut-turut termasuk rebah kepada JDT pada aksi terakhir di Kota Bharu cukup membimbangkan penyokong The Red Warriors ini walaupun sebelum itu seri dan menang dua perlawanan dalam lima perlawanan terakhir mereka.

Namun demikian skuad kendalian Steve Darby ini masih tetap mempunyai aura berikutan masih lagi meneruskan perjuangan dalam saingan Piala FA dan Piala AFC berbekalkan peledak berbisa, Mohammed Ghaddar yang
mengetuai senarai penjaring skuad Gomo Kelate Gomo ini dengan empat gol.

PERLU REBUT

Perebutan zon penyingkiran tumpuan pastinya terarah pada ATM dan Perak memandangkan persembahan awal musim membuktikan mampu pergi jauh namun selepas sembilan perlawanan perkara sebaliknya berlaku.

Tiada jalan lain perlu difikirkan hanya tiga mata perlu dikutip malam ini seandainya tidak mahu terus ketinggalan dari pasukan lain. 

Red Warriors terkulai layu

Posted: 28 Mar 2014 09:41 PM PDT

  • Red Warriors terkulai layuAhmad Fakri terpaksa melupakan hasratnya untuk membantu Kelantan setelah digantung satu perlawanan.

SELEPAS PKNS FC, Perak dan Selangor, kali ini giliran Johor Darul Ta'zim (JDT) pula menjadi pasukan keempat mencalarkan reputasi The Red Warriors dalam saingan Liga Super musim ini.

Kekalahan 1-2 kepada JDT cukup memeritkan apatah lagi ia berlaku di hadapan hampir 25,000 penyokong setia mereka yang begitu mengharapkan kemenangan dalam perlawanan berprofil tinggi itu.

Kekalahan tersebut meletakkan Kelantan di tangga pertengahan ketika saingan liga sudah pun memasuki fasa penghujung pusingan pertama dengan berbaki dua perlawanan termasuk menentang Terengganu, malam ini dan Angkatan Tentera Malaysia pada 5 April nanti.

GARANG SEKETIKA

Kelantan menampilkan kegarangan lebih awal namun mereka gagal mengekalkan rentak konsisten untuk sekurang-kurangnya mencatatkan keputusan seri apabila terkulai layu ketika perlawanan hanya berbaki 15 minit untuk ditamatkan.

Jaringan awal Mohd Ghaddar tidak mampu menghadirkan kemenangan buat pasukannya apabila JDT di bawah kendalian Cesar Fernando Jiminez bangkit menerusi gol Mohd Amri Yahyah dan Mohd Fazly Mazlan.

Kelekaan benteng pertahanan menyaksikan skuad Harimau Selatan itu berjaya memperoleh dua gol penting apabila bahagian kiri yang dikawal Muhammad Nazri Ahmad mudah ditembusi dalam perlawanan  tersebut.

SKUAD TEMPANG

Kunjungan Kelantan ke Stadium Sultan Ismail Nasiruddin Shah, bagi menghadapi Terengganu malam ini boleh disifatkan  sebagai skuad tempang. Skuad kendalian Steve Darby itu sah kehilangan dua penyerang, iaitu Ahmad Shakir Md Ali dan Ahmad Fakri Saarani.

Dengan skuad Sang Penyu dilihat berada pada prestasi sebenar mereka ketika ini, apa yang mampu dilakukan oleh Kelantan untuk memburu kemenangan sedangkan mereka dilihat berdepan tekanan ketika ini.

Tanggungjawab berat digalas di atas bahu Darby, pengendali kelahiran England itu untuk memulihkan bukan sahaja reputasi pasukannya tetapi juga moral anak buah dalam pertemuan "East Coast Derby" itu.

Sedikit melegakan, dengan kemasukan Mohd Fitrie Omar dan Brendan Gan setidak-tidaknya mampu menyuntik kekuatan skuad tempang itu berikutan kehilangan dua penyerang tempatan pada perlawanan malam ini.

Sikap sambil lewa undang padah

Posted: 28 Mar 2014 09:37 PM PDT

  • Elak KejutanZainal mengharapkan gandingan Conti dan Nwakaeme terus menjadi untuk merobek gawang Perak, malam ini.

KEKAL fokus hingga ke wisel penamat, itu yang harus menjadi tumpuan pemain Tok Gajah selepas sering kali dibolosi lawan biarpun terlebih dulu mendahului lawan dengan selesa.

Skrip sama berulang Selasa lalu, selepas lawan, PKNS mendapat gol sagu hati ketika permainan menghampiri penghujung walaupun Pahang di depan dengan tiga gol tanpa balas.

Sebelum itu, keputusan sama berlaku ketika berdepan Sarawak apabila lawan berjaya memperolehi gol di minit-minit terakhir permainan.

ELAK KEJUTAN

Kelemahan itu mendapat teguran pengendalinya, Zainal Abidin Hassan yang mahukan pemain kekal fokus dan  berdisiplin hingga tamat permainan kerana tidak mahu kesilapan sebegitu boleh mengundang padah buat Tok Gajah.

Menjelang pertemuan menentang Perak di laman sendiri malam ini, Pahang tidak boleh memandang mudah walaupun berdepan pasukan tercorot liga Super setakat ini.

Memang di atas kertas, Pahang dilihat pasukan pilihan utama memenangi perlawanan namun dalam bola sepak, kejutan boleh berlaku pada pasukan yang gagal memanfaatkan peluang dan tidak berhati-hati selain faktor tuah.

KIAN MENJADI

The Bos Gaurus yang dibimbing Abu Bakar Fadzim itu semestinya mahu kembali bangkit meraih kemenangan untuk memperbaiki kedudukan tercorot selepas hanya mengumpul 8 mata dengan 9 perlawanan.

Namun dengan kehadiran penyerang sensasi, Dickson Nwakaeme yang semakin berbisa dan tidak pernah gagal menjaringkan gol dalam beberapa perlawanan setakat ini, semestinya tugas sukar buat lawan mengekang penyerang kelahiran Nigeria itu.

Semakin selesa berganding dengan Matias Ruben Conti, Zainal boleh menarik nafas lega jika gandingan itu terus berjaya mempamerkan taringnya.

KERJA KERAS

Dibantu arkitek tengah, Azidan Sarudin dan pakar sepakan percuma Tok Gajah, Mohd Hafiz Kamal yang semakin menyerlah selepas beraksi bersama Harimau Malaya, Pahang dilihat memiliki kelebihan besar meraih tiga mata apatah lagi beraksi di gelanggang keramat yang masih kebal tanpa kekalahan.

Benteng pertahanan diketuai "Kereta Kebal", Damion Delano Stewart, pemain Perak perlu bekerja keras untuk melepasinya yang turut diperkuatkan
dengan penjaga gol, Mohd Khairul Azhan Mohd Khalid.

Penyokong United sewa pesawat khas

Posted: 28 Mar 2014 07:42 PM PDT

  • Penyokong United sewa pesawat khasPenyokong tidak gembira dengan sepanduk 'The Chosen One' selepas Moyes gagal mengemudi United ke kelompok teratas EPL.

PERLAWANAN Liga Perdana Inggeris (EPL) membabitkan Manchester United dan Aston Villa di Old Trafford malam ini, bakal 'dihiasi' protes oleh penyokong tegar The Red Devils.

Difahamkan, sebuah pesawat ringan yang disewa khas oleh penyokong akan diterbangkan sekitar kawasan stadium dengan membawa sepanduk bertulis 'Wrong One - Moyes Out'.

Sepanduk itu bakal diterbangkan 10 minit sebelum perlawanan bermula dan sekali lagi pada lima minit pertama sebaik sahaja aksi menentang Villa dimulakan.

Menurut salah seorang jurucakap gerakan tersebut, idea berkenaan datangnya dari seorang ahli forum Red Issue setelah berasa sudah muak dengan pengurus United, David Moyes.

"Boleh dikatakan, hampir 90 peratus penyokong United melahirkan rasa marah terhadap Moyes.

"Bukan sahaja marah dengan prestasi pemain tetapi juga dengan alasan yang diberinya.

"Oleh itu, kami sudah malas untuk menyokongnya lagi, jadi sudah tiba masanya untuk Moyes berundur," katanya.

Untuk rekod, United kini menghuni tangga ketujuh liga dengan mengumpul 51 mata selepas 31 perlawanan.

Sebelum kempen musim ini bermula, penyokong United telah menggantung kain rentang gergasi bertulis 'The Chosen One' bagi menyambut kehadiran Moyes di Old Trafford.

0 ulasan:

Catat Ulasan