Ahad, 16 Februari 2014

2/16/2014 03:39:00 PG

The Bos Gaurus buktikan


The Bos Gaurus buktikan

Posted: 14 Feb 2014 10:25 PM PST

  • The Bos Gaurus buktikanPemain muda, Ahmad Shukri Abd Hamid beraksi cemerlang mengemudi bahagian tengah pasukan Perak, musim ini.

PASUKAN belasahan, budak sekolah, katalah apa sahaja, kerana kesebelasan Perak musim ini berjaya membuktikan kewibawaan masing-masing menerusi aksi cemerlang pada beberapa aksi saingan liga musim ini.
 
Ketika ramai menjangkakan Perak bakal menjadi mangsa belasahan pada aksi sulung Liga Super menentang Johor Darul Ta'zim (JDT II), di Stadium Tan Sri Dato Haji Hassan Yunos Larkin, 18 Januari lalu, kesebelasan pemain muda skuad The Bos Gaurus tampil mantap di sepanjang perlawanan hingga mampu memberi saingan sengit.

TEMUI RENTAK

Biarpun tewas 0-2, momentum kecemerlangan Kejor Yeop Skor tetap berterusan pada aksi pusingan  pertama Piala FA 2014 yang menyaksikan juara Piala Sumbangsih 2014 yang juga penyandang juara Piala Malaysia musim lalu, Pahang, diheret hingga ke penentuan sepakan penalti sebelum mengesahkan kemaraan.

Perak mula menemui rentak kemenangan setelah menewaskan Terengganu 1-0, di Stadium Perak hasil jaringan pemain import, Eliel Da Cruz Guardiano sebelum tewas 0-1 kepada Angkatan Tentera Malaysia (ATM) di Stadium Majlis Perbandaran Selayang (MPS), 27 Januari lalu.

Bagaimanapun, skuad muda bimbingan ketua jurulatih, Abu Bakar Fadzim itu kembali ke mencipta kejutan apabila menewaskan juara Piala FA musim lalu, Kelantan 2-1 di gelanggang sendiri, 8 Februari lalu.

PENCETUS SEMANGAT

Paling mengujakan lagi, kejayaan berkenaan terhasil 90 peratus hasil usaha kesebelasan pemain tempatan apabila menyaksikan pemain muda, Ahmad Shukri Abdul Hamid dan Khairul Asyaraf Sahizah muncul wira Perak apabila masing-masing berjaya meledak jaringan bagi membantu kemenangan kedua skuad Kejor Yeop Skor itu.

Tambah membanggakan, kemenangan berkenaan direalisasikan biarpun tanpa kelibat pemain import yang juga kapten skuad bawah 23 tahun Myanmar, Kyaw Zayar Win yang menjalani penggantungan selain pertahanan import dari Burkina Faso, Martin Kafando terpaksa dikeluarkan akibat kecederaan.

TIDAK BENAR

Sementara itu, Presiden Die Hard Fanz (DHF), Roslan Mat Baharom menyifatkan tanggapan pihak tertentu yang melabel skuad Kejor Yeop Skor itu sebagai pasukan belasahan musim ini sebagai satu kesilapan besar.

Kesebelasan pemain muda Perak telah berjaya menafikan tanggapan berkenaan menerusi persembahan mantap sejak kebelakangan ini, khususnya ketika menewaskan Kelantan pada saingan di Stadium Perak, 8 Februari lalu.

"Pemain beraksi cemerlang setakat ini. Insya-Allah  jika komitmen serta semangat juang dipamerkan berterusan, Perak mampu muncul sebagai pencabar hebat musim ini.

"Justeru, semua tanggapan yang mengatakan Perak pasukan budak sekolah atau belasahan jelas tidak benar. Kita lihat siapa yang akan jadi 'mangsa' yang seterusnya," katanya lagi.

The Titans tetap utuh

Posted: 14 Feb 2014 10:14 PM PST

  • The Titans tetap utuhKhairan Ezuan (kiri) perlu mempertingkatkan prestasi.
  • The Titans tetap utuhBarisan pemain The Titans meraikan jaringan gol.

DI SEBALIK kontroversi 'insiden terowong Larkin', mungkin tidak keterlaluan untuk mengatakan prestasi pasukan berstatus kelab, T-Team semakin positif.
 
Meskipun memulakan aksi Liga Super dengan kekalahan 0-2 di tangan Selangor pada 18 Januari lalu, namun skuad kendalian Mohd Azraai Khor Abdullah nyata mengejutkan ramai pihak apabila berjaya menundukkan cabaran pasukan elit dari selatan tanah air, Johor Darul Ta'zim, 25 Januari lalu.
 
TIADA TUAH

Namun, nasib nyata tidak menyebelahi skuad The Titans dalam saingan Piala FA apabila Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) memberikan kemenangan percuma 3-0 kepada skuad Harimau Selatan itu untuk aksi pusingan kedua di Stadium Tan Sri Hassan Yunos, Larkin, 1 Februari lalu.

Berselang tujuh hari kemudian, The Titans berjaya mengikat pasukan pencabar Liga Super, Angkatan Tentera Malaysia (ATM) 2-2 di Stadium Sultan Ismail Nasiruddin Shah yang mana pemain tengah, Khairan Ezuan Razali menjadi penyelamat dengan meledak gol penyamaan pada masa kecederaan.

BUKAN HALANGAN

Beraksi di laman sendiri Sabtu lalu, terus memberi kekuatan kepada skuad The Titans untuk mencatat keputusan membanggakan apabila bangkit mengikat kedudukan 2-2 bertemu pendahulu liga ATM.

Lebih membanggakan pada perlawanan itu, tuan rumah terlebih dahulu mengejutkan pasukan pelawat menerusi rembatan kencang Azlan Ismail  dua belas minit perlawanan bermula dan jentera tengah, Khairan Ezuan muncul wira skuad The Titans apabila berjaya mengikat kedudukan 2-2 tiga minit sebelum tamat perlawanan.

Kemenangan itu jelas menggembirakan pengendalinya, Mohd Azraai apabila mengakui amat berpuas hati dan memuji kesungguhan yang ditunjukkan anak buahnya sepanjang 90 minit perlawanan itu dengan memberi saingan sengit sehingga tiupan wisel penamat.

MASIH KEKAL

Berdasarkan statistik, T-Team sekadar berjaya meraih satu kemenangan, satu seri dan dua tewas (kalah 0-2 kepada Selangor dan Terengganu) sepanjang empat perlawanan liga musim ini.

Begitu pun, skuad kendalian Azraai Khor layak diberikan pujian tinggi kerana masih berjaya mengekalkan fokus dan mental walaupun ketika itu pemain masih dibelenggu isu semasa namun pasukan berstatus kelab ini dilihat masih berupaya melakukan kejutan.

BISA WANGGAI

Sepanjang mengharungi empat perlawanan saingan Liga Super, pemain import, Patrich Wanggai bukan sahaja berjaya memecah kebuntuan gol skuad The Titans apabila jaringan tunggal bekas penyerang pasukan Pasipura Jayapura itu turut membenam ego pasukan yang berpangkalan di selatan tanah air dengan menewaskan JDT 1-0 di Stadium Sultan Ismail Nasiruddin Shah pada 25 Januari lalu.

Aura Tok Gajah

Posted: 14 Feb 2014 10:03 PM PST

  • Aura Tok Gajah
  • Aura Tok GajahAksi Conti selepa menjaringkan gol pertama pasukan.
  • Aura Tok GajahKojie cemerlang bergandingan dengan Conti dibahagian serangan.

SEMANGAT luar biasa dan penangan beraksi di gelanggang keramat, Stadium Darul Makmur nyata memberikan suntikan ajaib buat Tok Gajah yang berjuang bermati-matian hingga ke wisel penamat sekali gus membenam cabaran Johor Darul Ta'zim (JDT II), 3-2 dalam aksi Liga Super pada Jumaat lalu.

Pastinya, jentera tengah Pahang beraksi cemerlang pada malam itu dengan gandingan Azidan Saruddin dan Mohd Hafiz Kamal selain kemasukan pemain tengah, R Surendren mendapat pujian Ronald Smith.

KENA TEMPAT

Bagi pengendali berusia 64 tahun itu, Suren membantu pasukan dengan gerakan dan hantaran berkualiti sekali gus dilabelkan "Man of The Match" pada malam tersebut.

Gerakan mereka mengucar-ngacirkan pertahanan JDT yang sedikit kelam kabut dan penyudah dilakukan barisan penyerang Pahang turut berjaya beraksi dengan cemerlang pada malam itu menerusi jaringan Matias Ruben Conti dan Mohd Fauzi Rozlan.

Malah barisan pertahanan Tok Gajah yang diketuai Damion Delano Stewart terus berperanan memainkan peranan mengawal benteng Pahang biarpun masih dilihat Zesh Rehman masih kurang menyerlah dan serasi bersama pemain kelahiran Jamaica itu.

AKSI TEGANG

Kombinasi antara Stewart dan Zesh masih kurang menjadi dengan beberapa kali cubaan lawan yang nyaris mencemaskan Pahang dan gol penyamaan menerusi Pablo Aimar juga hasil kesilapan pertahanan yang memberikan ruang buat penyerang kelahiran Argentina itu.

Dan biarpun aksi sedikit panas dengan pertengkaran kecil di atas padang, semangat berpasukan yang memang menjadi inti pati kekuatan Tok Gajah selama ini menjadi faktor kejayaan Pahang membenam pelawat.

ADA TONIK

Walaupun dilihat keputusan mungkin berakhir dengan keputusan seri, pemain tidak mudah mengalah dan terus berusaha dan jaringan di minit terakhir masa tambahan menerusi Hafiz kamal membuktikan kekuatan Pahang.

Sokongan padu peminat yang teruja melihat aksi pasukan beraksi di gelanggang sendiri juga menjadi tonik buat Tok Gajah selepas beberapa kali beraksi di gelanggang lawan.

Balotelli belum bergelar perwira

Posted: 14 Feb 2014 07:59 PM PST

  • BalotelliBalotelli

PENGENDALI AC Milan, Clarence Seedorf berharap Mario Balotelli boleh mencapai level permainan yang lebih tinggi berbanding sekarang.

Menurutnya, Balotelli belum mampu menjadi seorang perwira sejati.

"Mario pemain berbakat besar dan kami berharap dia boleh meledak dan menjadi juara.

"Saya yakin cepat atau lambat, dia akan melakukannya kerana memiliki hasrat yang besar," katanya.

Dalam usianya yang baharu 23 tahun, Balotelli telah memenangi cukup banyak trofi. Dia memenangi enam gelaran bersama Inter Milan, termasuk satu trofi Liga Juara-Juara.

Ketika memperkuat Manchester City, Balotelli juga mengangkat tiga piala dengan salah satunya ialah Liga Perdana Inggeris.

Penampilannya bersama Rossoneri cukup baik apabila hasilkan 25 gol dalam 39 pertandingan.

Vucinic cedera

Posted: 14 Feb 2014 07:57 PM PST

  • Vucinic cederaVucinic (kiri) terlepas beberapa minggu akibat cedera lutut.

MIRKO Vucinic terpaksa berehat beberapa minggu akibat cedera lutut.

Penyerang Juventus ini alami masalah berkenaan selepas mengikuti sesi latihan di Turin, Khamis lalu.

Setelah melalui pemeriksaan petugas medik pasukan Bianconeri, Vucinic yang nyaris bergabung dengan Inter Milan pada jendela perpindahan kedua bulan lalu disahkan harus beristirahat beberapa minggu bagi memulihkan cederanya itu.

Natijahanya, Vucinic tidak dapat bermain dalam aksi Serie A menentang Chievo dan Torino serta pusingan pertama babak 32 besar Liga Europa bertemu Trabzonspor, 20 Februari depan.

Musim ini, Vucinic kalah bersaing dengan Fernando Llorente serta Carlos Tevez di posisi hadapan dan n hanya mengumpulkan 11 penampilan dan dua gol di seluruh kejohanan.

Leverkusen mahu pertahan Hyypia

Posted: 14 Feb 2014 07:53 PM PST

  • Leverkusen mahu pertahan HyypiaSami Hyypia (kiri) jalankan tugas begitu baik bersama Leverkusen.

KARIER Sami Hyypia sebagai pelatih Bayer Leverkusen akan berjalan lebih lama, setelah pengurusan Die Bayer difahamkan memberinya kontrak baharu untuk terus kekal di Bay Arena.

Hyypia miliki kontrak hingga 2015 namun persembahan mantap membimbing Leverkusen dalam dua musim terakhir membuatkan kelab berpuas hati cara kerja individu asal Finland itu.

Musim lalu Hyypia, 40 membawa Leverkusen duduk di posisi ketiga saingan Bundesliga dan lolos ke Liga Juara-Juara, sementara musim ini mereka berada di kedudukan kedua selepas liga berlangsung 20 minggu.

Pengurus umum kelab, Rudi Voeller yakin mereka akan segera duduk bersama dan mencapai kesepakatan soal kontrak baharu Hyypia.

"Dia tahu semua tujuan kami dan sebaliknya. Kami belum tetapkan tarikh bila ia akan dilakukan namun yang pasti akan berlaku (rundingan).

"Sami menikmati waktunya di kelab ini dan dia sedang melakukan tugas yang fantastik. Dia sedikit berbeza daripada pelatih lain," katanya.

0 ulasan:

Catat Ulasan