Rabu, 12 Februari 2014

2/12/2014 03:53:00 PTG




Polis buru Jomar bagi membantu siasatan pembunuhan pegawai operasi AmBank.

KUALA LUMPUR – Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar memberitahu polis kini sedang memburu rakan pengawal keselamatan yang terlibat dalam kes pembunuhan kejam pegawai operasi AmBank, Norazita Abu Talib, 37, bagi membantu siasatan.

Khalid berkata, lelaki itu yang dikenali sebagai Jomar dipercayai turut terlibat dalam rompakan bank tersebut pada 23 Oktober lalu.

Katanya, polis percaya sebahagian daripada hasil rompakan disimpan oleh Jomar yang dipercayai masih berada di dalam negara.

“Hasil soal siasat kita juga telah mengetahui nama sebenar pengawal keselamatan yang ditahan semalam iaitu Laode Ardina Laode Rasila, 35 tahun, berasal dari Suluwesi, Indonesia” kata pada sidang akhbar selepas merasmikan Seminar Pencegahan Jenayah Dari Perspketif Islam di sini .hari.

0 ulasan:

Catat Ulasan