Jumaat, 28 Februari 2014

2/28/2014 03:51:00 PG

Enggan sejarah berulang


Enggan sejarah berulang

Posted: 26 Feb 2014 04:06 PM PST

  • Enggan sejarah berulangKompany tidak mahu tewas sekali lagi dalam final Piala Liga.

MANCHESTER City tidak mahu menelan sekali lagi keperitan tewas dalam final Piala Liga.

Musim lalu menyaksikan The Citizens terpaksa akur dengan kekalahan tipis, 1-0, di tangan Wigan Athletic.

Kekalahan itu melepaskan peluang City untuk merangkul sekurang-kurannya satu kejuaraan dan musim itu juga menyaksikan pengendali mereka, Roberto Mancini, dipecat setelah gagal membawa City menjulang sebarang piala.

Ahad ini menyaksikan City sekali lagi beraksi di pentas final menentang Sunderland dan kapten The Citizens, Vincent Kompany menegaskan mereka tidak mahu kekalahan itu berulang kembali.

Kompany juga menjelaskan, perasaan sedih dan kecewa jelas dirasai oleh setiap rakan sepasukannya setelah tewas di tangan Wigan.

"Kekalahan di tangan Wigan masih terpalit dalam diri. Jika anda mengetahui sejarah City, anda tidak dapat melupakan detik kekalahan itu.

"Saya banyak belajar dalam perlawanan tersebut dan kami akan berusaha untuk memenangi perlawanan akhir itu nanti," katanya.

City melangkah ke final selepas menang dengan agregat, 9-0, ke atas West Ham United manakala Sunderland mengatasi Manchester United, 2-1, melalui penentuan sepakan penalti selepas perlawanan terikat, 3-3.

Eto’o penyerang genius

Posted: 26 Feb 2014 04:03 PM PST

  • Eto'o penyerang geniusEto'o disifatkan sebagai pemain yang genius.

PENYERANG Chelsea, Fernando Torres menyifatkan rakan sepasukannya, Samuel Eto'o sebagai seorang penyerang yang genius.

Musim ini menyaksikan Torres hanya tampil dalam 26 perlawanan bersama The Blues manakala Eto'o tampil lebih tujuh perlawanan daripada penyerang Sepanyol itu.

Torres bagaimanapun tidak terkilan walaupun sering digantikan dengan penyerang Cameroon itu dan menyifatkan ia perlu demi kebaikan The Blues.

"Jose Mourinho sudah membuktikan bahawa setiap pemain akan mendapat tempat dan dia akan melakukan gantian pemain bergantung pada lawan yang akan dihadapi.

"Ini merupakan situasi yang biasa, dan Eto'o merupakan seorang pemain yang genius. Dia akan melakukan yang terbaik untuk meledakkan gol," katanya.

Eto'o setakat ini sudah meledakkan lapan gol dan mencipta enam assist bagi membantu The Blues menduduki tangga teratas Liga Perdana Inggeris dengan 60 mata selepas mengharungi 27 perlawanan.

Dortmund mahu pergi lebih jauh

Posted: 26 Feb 2014 03:57 PM PST

  • Dortmund mahu pergi lebih jauhPemain Zenit, Nicolas Lombaerts (tengah) cuba bersaing bagi merebut bola dengan pemain Dortmund, Reus (kiri) dan Kevin Grosskreutz (kanan) dalam perlawanan, awal pagi semalam.
  • Dortmund mahu pergi lebih jauhReus (kiri) bersaing mendapatkan bola dengan Luis Neto.
  • Dortmund mahu pergi lebih jauhPemain Dortmund meraikan kemenangan 4-2 yang diraih dalam pertemuan menentang Zenit, awal pagi semalam.

ROBERT Lewandowski membuktikan dirinya masih berbisa di mana dua jaringannya membantu Borussia Dortmund mengatasi Zenit, 4-2, dalam perlawanan pertama 16 pasukan terbaik Liga Juara-Juara, awal pagi semalam.

Lewandowski yang bakal menamatkan kariernya bersama Dortmund musim ini meledakkan gol pada minit ke-61 dan 71.

Finalis musim lalu sebelum itu berada di hadapan selepas lima minit perlawanan dimulakan melalui jaringan Henrik Mkhitaryan, m-4, dan Marco Reus seminit kemudian.

Separuh masa kedua menyaksikan Zenit yang bermain di halaman sendiri merapatkan kedudukan melalui Oleg Shatov, m-57, dan sepakan penalti yang disempurnakan bintang Brazil, Hulk, m-69.

Lewandowski menjelaskan, perpindahannya ke Bayern Munich musim hadapan tidak mengganggu rentaknya bersama Dortmund.

Jelasnya, dia akan berasa lebih puas andai dapat memberikan sumbangan yang lebih besar buat pasukannya.

"Tentu sahaja saya berasa puas dengan perlawanan itu apatah lagi kami menang dan saya meledakkan dua gol.

"Namun, ada sesuatu yang saya ingin tegaskan di sini di mana dua gol itu bukan gol terakhir saya buat Dortmund," katanya.

Penyerang berusia 25 tahun itu menjelaskan, dia dan rakananya akan berusaha untuk membawa Dortmund ke peringkat akhir Liga Juara-Juara, sama seperti musim lalu.

"Kami ingin terus melangkah dalam saingan Liga Juara-Juara dan saya juga berharap akan meledakkan gol selepas ini," katanya.

Sementara itu, pengendali Dortmund, Jurgen Klopp menjelaskan, kemenangan itu menjadi pembakar semangat buat pasukannya untuk mengulangi pencapaian mereka musim lalu.

"Kami hampir bermain dalam level yang maksimum. Perlawanan ini merupakan perlawanan yang terbaik buat kami,'' katanya.

Dortmund akan melayan kunjungan Zenit di Signal Iduna Park dalam perlawanan kedua, 20 Mac depan.

Kekalahan memalukan United

Posted: 26 Feb 2014 03:52 PM PST

  • Kekalahan memalukan UnitedPemain United gagal menyembunyikan perasaan kecewa selepas tewas di tangan Olympiakos.
  • Kekalahan memalukan UnitedAksi penjaring kedua Olympiakos, Joel Cambell (tengah) ketika melepasi halangan pemain United, Michael Carrick (kanan) dan Tom Cleverley.
  • Kekalahan memalukan UnitedPerancang tengah Olympiakos, Giannis Maniatis (kiri) meraikan jaringan pertama pasukannya.

OLYMPIAKOS...Bukan kelab seperti Bayern Munich atau Barcelona. Bukan diterajui oleh jurulatih berpengalaman seperti Pep Guardiola atau Gerardo Martino.

Hakikatnya, Manchester United tewas, 0-2, di tangan Olympiakos dalam perlawanan pertama 16 pasukan terbaik Liga Juara-Juara, awal pagi semalam.

Tidak seperti Manchester City atau Arsenal yang bermain dengan 10 pemain, United mempunyai kelebihan dengan kekuatan penuh di dalam padang.

Namun, United tetap tewas di tangan Olympiakos yang tidak diletakkan sasaran untuk melangkah jauh dalam saingan Liga Juara-Juara, musim ini.

Malah, kekalahan itu melenyapkan rekod The Red Devils di mana mereka sebelum ini tidak pernah tewas menentang kelab dari  Greece.

Dalam 10 pertemuan menantang kelab dari Greece, United mencatatkan lapan kemenangan dan dua keputusan seri namun perlawanan awal pagi semalam memusnahkan terus rekod tersebut.

Bagi pengendali United, David Moyes, beliau mengaku bertanggungjawab di atas kekalahan pasukannya itu.

"Saya bertanggungjawab dengan kekalahan ini. Kami bermain buruk dan tidak layak untuk menang," katanya.

Moyes juga mengakui pasukannya tidak berpeluang untuk mencipta sebarang jaringan dalam perlawanan tersebut.

"Saya terkejut kerana saya tidak pernah menduga kami akan bermain seburuk ini. Ini adalah permainan terburuk kami di peringkat Eropah. Kami tidak cukup berusaha untuk mencipta sebarang jaringan," katanya.

Dalam pada itu, Moyes berjanji untuk kembali bangkit dalam perlawanan kedua di Old Trafford, 20 Mac depan.

"Para pemain begitu kecewa dengan kekalahan ini. Old Trafford sudah menyaksikan banyak perlawanan yang luar biasa di masa lalu dan kami berharap akan dapat mengembalikan suasana itu nanti," katanya.

Sementara itu, jurulatih Olympiakos, Michel Gonzalez menjelaskan pasukannya layak untuk menang berdasarkan corak menyerang dan bertahan yang baik dipamerkan anak buahnya.

Gol Olympiakos dijaringkan oleh Alejandro Dominguez pada minit ke-38 dan Joel Campbell, m-55.

"Kami melakukan apa yang direncanakan sebelum ini. Kami berusaha dan melakukan dengan sedaya mungkin," kata Gonzalez.

Dengan kemenangan itu, langkah Olympiakos ke peringkat suku akhir terbuka luas di mana keputusan seri atau tewas 0-1 pada perlawanan selepas ini sudah cukup untuk menunjukkan jalan keluar buat United.

Pahang mahu kekal rekod

Posted: 26 Feb 2014 03:45 PM PST

  • Pahang mahu kekal rekodAzaruddin (tengah) giat membuat persediaan bersama pemain Pahang untuk menghadapi Melaka di Stadium Darul Makmur, petang ini.

SKUAD bawah 21 tahun Pahang yang kini menghuni di kedudukan teratas Kumpulan B saingan Liga Piala Presiden 2014 ingin meneruskan rekod tanpa kalah. 

Pahang kini mengumpul 14 mata, dibezakan dua mata dengan Johor, selepas mencatatkan empat rekod kemenangan dan dua keputusan seri.

Pengendalinya, Azaruddin Aziz, berkata, beliau mengharapkan anak buahnya terus memainkan peranan masing-masing dengan cemerlang apabila berdepan Melaka di Stadium Darul Makmur, di sini, petang ini.

Menurutnya, walaupun Melaka berada di kedudukan kelapan daripada 10 pasukan yang bersaing, Azaruddin menggesa pemain tidak memandang mudah keupayaan lawan.

"Kita tidak tahu kekuatan sebenar lawan pada musim ini dan sebab itu  saya mahukan pemain tidak terlampau yakin walaupun saya memang meletakkan sasaran untuk mencari mata bagi perlawanan ini.

"Seperti biasa, saya mahukan jentera serangan terus memainkan peranan mereka kerana setakat ini, barisan pemain di posisi ini tidak pernah gagal mendapatkan gol buat Pahang," katanya di sini, semalam.

Dalam masa sama, bekas pemain kebangsaan itu mengharapkan pemain menggunakan kesempatan beraksi di gelanggang sendiri sebaik mungkin untuk memastikan rekod tanpa kalah itu kekal.

"Itu sasaran kita dan selepas esok (hari ini) ada dua lagi perlawanan perlu dihadapi dan jika boleh mengekalkannya sebelum menamatkan pusingan pertama peringkat kumpulan ini," katanya.

Durakovic puas hati aksi pemain

Posted: 26 Feb 2014 03:42 PM PST

  • Durakovic puas hati aksi pemainKunanlan (kiri) cuba merampas bola daripada kawalan pemain Arema, malam kelmarin.

SEKALIPUN sekadar meraih satu mata selepas mencatat keputusan seri 1-1 dengan Arema Cronous dari Indonesia pada perlawanan pertama AFC 2014 di Stadium Selayang malam kelmarin, Ketua Jurulatih Selangor, Mehmet Durakovic tetap berpuas hati dan menyifatkan ia sebagai permulaan baik buat skuad bimbingannya itu.

Baginya, keputusan itu boleh dijadikan sebagai pembakar semangat kepada setiap pemain bagi meneruskan aksi cemerlang dan kembali meletakkan pasukan pada landasan kemenangan selepas ini.

"Kami mempunyai banyak peluang terutama menerusi Shukur Jusoh, Junior Aparecido dan K Gurusamy. Sepatutnya Selangor boleh mendahului 3-0 sebelum kesilapan sekali lagi menerusi set-piece menyebabkan gawang kami dibolosi.

"Memang saya kecewa dengan keputusan perlawanan tetapi gembira dengan cara kami bermain. Apa pun, saya harap kita akan bangkit dan mencuri tiga mata perlawanan akan datang" katanya.

Bagaimanapun Durakovic meluahkan rasa kesal dengan sikap penyokong Selangor yang gagal mengawal emosi apabila melakukan pembakaran suar di dalam stadium di mana ia mampu mengakibatkan Persatuan Bola Sepak Selangor (FAS) itu dikenakan denda oleh Konfederasi Bola Sepak Asia (AFC).

"Saya harap segelintir penyokong tidak mengulangi perbuatan membaling mercun kerana majoriti yang lain tampil memberikan sokongan cukup menakjubkan," katanya.

Sementara itu, Jurulatih Arema, Suharno memuji semangat juang pemainnya yang berjaya bangkit untuk menyamakan kedudukan bagi membolehkan mereka membawa pulang sekurang-kurangnya satu mata.

"Bagi saya, satu mata yang kita kutip pada perlawanan malam ini sudah memadai, namun kita mampu menang sekiranya  pemain menyempurnakan peluang menjaringkan gol," katanya.B

0 ulasan:

Catat Ulasan