Jumaat, 10 Januari 2014

1/10/2014 04:09:00 PG

Tengku Abdullah temui KJ hujung bulan ini


Tengku Abdullah temui KJ hujung bulan ini

Posted: 08 Jan 2014 07:45 PM PST

  • Tengku Abdullah temui KJ hujung bulan ini.Tengku Abdullah (tengah) berkenan menyampaikan sumbangan kemenangan kepada barisan pegawai dan pemain hoki remaja negara, semalam.

TIMBALAN Presiden Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM), Tengku Abdullah Sultan  Ahmad Shah, akan mengadakan pertemuan bersama Menteri Belia dan Sukan, Khairy Jamaluddin yang telah tertangguh hampir tujuh bulan bagi membincangkan pelbagai isu berkaitan masa depan bola sepak negara.

"Sebelum ini masing-masing sibuk. Saya sibuk dia pun sibuk dengan tugas dan tanggungjawab masing-masing.

"Penghujung  bulan ini saya dan wakil FAM yang lain akan bertemu dengan beliau. Banyak perkara yang akan dibincangkan pada pertemuan itu nanti," katanya ketika ditemui pada sidang media majlis minum petang meraikan pasukan hoki remaja negara, di Kuala Lumpur, semalam.
 
Menurut Tengku Abdullah, FAM sentiasa terbuka untuk berbincang dengan mana-mana pihak asalkan ianya demi kebaikan bola sepak negara.

Dalam perkembangan sama, Timbalan Presiden FAM itu meluahkan rasa hampanya dengan perkembangan terkini mengenai rasuah yang melanda skuad bola sepak warga kota.

"Saya baharu tiba dari Pahang, dan saya tidak boleh komen lebih mengenai keputusan penangguhan hukuman ke atas pemain Kuala Lumpur.

Saya akan berjumpa dan mendapatkan laporan penuh daripada Pengerusi Jawatankuasa Tatatertib FAM, Datuk Taufek Abdul Razak berkaitan kes itu.

"Namun yang jelas, saya amat kecewa dengan apa yang berlaku pada pasukan Kuala Lumpur. Saya berharap penyakit rasuah  ini tidak melanda pula sukan hoki," katanya.

Sebelum itu, Tengku Abdullah berkenan menyampaikan sumbangan hadiah berupa wang tunai  kepada kesemua barisan pegawai dan pemain hoki remaja negara yang berjaya memenangi tempat ke empat di Piala Dunia Remaja, di India, bulan lalu.

Forkey Doe sasar dua misi peribadi

Posted: 08 Jan 2014 07:33 PM PST

  • Forkey Doe sasar dua misi peribadiForkey Doe (kiri) sasar dua misi peribadi setelah memilih beraksi bersama Kelantan pada saingan Liga-M musim ini.

PENYERANG import baharu The Red Warriors (TRW), Francis Forkey Doe memasang dua misi peribadi bersama pasukannya bagi menghadapi saingan Liga Malaysia (Liga-M) yang membuka tirainya pada 17 Januari ini.

Ia ibarat serampang dua mata apabila Forkey Doe bukan sahaja mahu memastikan pasukannya merangkul kejuaraan, bahkan meletakkan sasaran peribadi untuk merampas anugerah Kasut Emas yang pernah dimenanginya daripada penyerang Angkatan Tentera Malaysia (ATM), Marlon Alex James pada musim lalu.

"Saya adalah pemenang Kasut Emas Liga-M musim 2012 ketika mewakili Terengganu. Memang saya kecewa apabila anugerah ini bertukar tangan kepada penyerang ATM, Alex James tahun lalu.

"Musim ini bersama pasukan baharu, saya bertekad mahu merampas kembali anugerah ini dan membantu Kelantan meraih sebarang kejuaraan dalam Liga-M," katanya kepada Sinar Harian, kelmarin.

Pemain berusia 28 tahun itu muncul selaku penjaring terbanyak Liga-M musim 2012 apabila menjaringkan 15 gol dan berkongsi anugerah itu dengan penyerang import Negeri Sembilan, Jean Emmanuel Effa Owona.

Dalam pada itu, biar pun hanya beraksi selama 45 minit ketika Kelantan menewaskan Perlis 3-1 dalam aksi persahabatan, namun persembahan penyerang kebangsaan Liberia itu ternyata tidak mengecewakan, malah turut membantu Ahmad Fakri Saarani menjaringkan gol pada perlawanan tersebut.

Menurutnya, dia berharap penyokong setia gergasi pantai timur memberi peluang kepadanya untuk membuktikan keupayaan sebenar memandangkan itu aksi kompetitif pertamanya sejak menyertai pasukan berkenaan pada 10 Disember tahun lalu.

"Ini satu permulaan ke arah usaha untuk membentuk kombinasi mantap dengan rakan sepasukan lain. Mereka (pemain tempatan) bekerja keras dan saya seorang pemain profesional.

"Kami harap dapat mengekalkan semangat berpasukan bagi mencapai keputusan bagus untuk pasukan ini," katanya.

United tersungkur lagi

Posted: 08 Jan 2014 07:30 PM PST

  • United tersungkur lagiVidic (kiri) menyamakan kedudukan buat United namun keputusan itu tidak kekal lama.

SUNDERLAND berjaya menundukkan Manchester United, 2-1, dalam pusingan separuh akhir pertama Piala Liga, awal pagi semalam.

The Black Cats mendahului pada separuh masa pertama melalui gol sendiri pemain veteran The Red Devils, Ryan Giggs, pada minit ke-45.

Tersentak dengan jaringan tersebut, United kembali mengikat kedudukan pada m-52 melalui pemain pertahanan, Nemanja Vidic.

Kedudukan itu bagaimanapun tidak kekal lama di mana Sunderland memperoleh gol kemenangan menerusi sepakan penalti yang disempurnakan oleh Fabio Altidore.

Kekalahan itu merupakan kekalahan ketiga berturut-turut dalam tempoh seminggu buat United.

Kali terakhir United merekodkan tiga kekalahan dalam tempoh seminggu adalah pada April 1992.

"Situasi ini tidak pernah terjadi buat United sejak 1992," kata pengendali United, David Moyes.

United selepas ini akan melayan kunjungan Sunderland di Old Trafford dalam pusingan kedua, 23 Januari nanti.

Kebolehan Moses dipertikai

Posted: 08 Jan 2014 07:27 PM PST

  • Kebolehan Moses dipertikaiKebolehan Moses (kanan) dipertikaikan sejak menyertai Liverpool.

SEJAK dipinjamkan ke Liverpool, Victor Moses masih belum membuktikan kemampuannya di atas padang.

Situasi ini terus mendapat kritikan daripada bekas penyerang The Kop, John Aldridge yang menyifatkan kehadiran Moses merupakan pelaburan yang sia-sia.

"Moses mempunyai peluang besar ketika Brendan Rodgers membawanya ke Liverpool dari Chelsea.

"Tetapi saya lihat dia tidak mengambil kesempatan itu untuk meningkatkan prestasi berbanding di Chelsea," katanya.

Moses tidak menjadi pilihan utama Jose Mourinho yang memiliki barisan penyerang yang lebih baik.

Disebabkan itu, dia mengambil keputusan menyertai Liverpool secara pinjaman demi menjaga peluangnya untuk tampil bersama pasukan kebangsaan, Nigeria di Piala Dunia 2014 di Brazil.

Ozil selesa di EPL

Posted: 08 Jan 2014 07:25 PM PST

  • Ozil selesa di EPL Ozil mendapat pengalaman baru bermain di EPL.

PERANCANG kreatif Arsenal, Mesut Ozil, mengakui Liga Perdana Inggeris (EPL) merupakan liga yang memiliki jadual perlawanan yang padat.

Jelas pemain Jerman itu, ia merupakan satu pengalaman baru buat dirinya.

"Sebelum ini saya dapat bercuti dalam musim sejuk tetapi di sini situasinya berbeza.

"Kami bermain dan tidak mempunyai waktu untuk bersantai. Namun saya selesa dengan situasi ini," katanya.

Bekas pemain Real Madrid itu menyertai Arsenal awal musim ini dan perpindahannya dilihat sebagai pembelian yang menguntungkan buat Arsene Wenger.

Black Cats tekad bangkit

Posted: 08 Jan 2014 07:20 PM PST

  • PEMAIN Sunderland bertekad untuk kembali bangkit daripada berada dalam kedudukan zon penyingkiran LiPemain Sunderland dituntut agar meneruskan rentak kemenangan.

PEMAIN Sunderland bertekad untuk kembali bangkit daripada berada dalam kedudukan zon penyingkiran Liga Perdana Inggeris.

Keyakinan itu timbul selepas The Black Cats berjaya menjinakkan The Red Devils dalam pusingan pertama Piala Liga, 2-1, awal pagi semalam.

Pemain pertahanan Sunderland, John O'Shea menjelaskan, kemenangan itu merupakan kunci dan tonik buat rakan sepasukannya.

"Kami perlu bawa momentum kemenangan ini ke dalam saingan liga secepat mungkin," katanya.

Pasukan bimbingan Gustavo Poyet yang kini menduduki tangga terakhir liga dengan 14 mata akan bertemu Fulham, Sabtu ini.

0 ulasan:

Catat Ulasan