Khamis, 30 Januari 2014

1/30/2014 03:49:00 PTG

Gambar Kes Dera Erwina Sulistyaningsih (Pembantu Rumah Indonesia) oleh Lo Wan Tung. Sangat Kejam!


Gambar Kes Dera Erwina Sulistyaningsih (Pembantu Rumah Indonesia) oleh Lo Wan Tung. Sangat Kejam!

Posted: 29 Jan 2014 06:30 PM PST

Email

Erwina Sulistyaningsih

Kasihan Berita Semasa melihatkan gambar Erwina Sulistyaningsih yang berumur 23 sekarang ini. Keadaan ini mengingatkan Berita Semasa kejadian yang menimpa pembantu rumah Indonesia di Malaysia, Nirmala Bonat yang yang pernah ddera termasuk diseterika di bahagian payudara. Untuk kes Erwina Sulistyaningsih…

Untuk kes Erwina Sulistyaningsih ini yang merupakan pembantu rumah yang berkerja di Hong Kong telah didera dengan teruk oleh majikannya bernama Lo Wan Tung. Pembantu rumah Indonesia ini, Erwina Sulistyaningsih ditemui dalam keadaan menyedihkan di sekitar lapangan terbang dengan kesan luka dan lecur yang teruk di seluruh badan Erwina Sulistyaningsih.

  • Lo Wan Tung dera Erwina Sulistyaningsih dan campakkan Erwina Sulistyaningsih ke lapangan terbang supaya pulang ke Indonesia
  • Lo Wan Tung mengugut Erwina Sulistyaningsih supaya tidak melaporkan kejadian ini kepada pihak berkuasa.
  • Erwina Sulistyaningsih kini kembali di Indonesia untuk menerima rawatan.
  • Majikan Erwina Sulistyaningsih  pula berjaya ditahan ketika cuba melarikan diri ke Thailand.

Gambar-gambar Kes dera Erwina Sulistyaningsih oleh Lo Wan Tung

Apa yang berlaku kepada Erwina Sulistyaningsih menimbulkan kemarahan komuniti pekerja asing Asia Tenggara yang dikatakan berjumlah 300 000 di Hong Kong. Majoritinya berasal dari Filipina dan Indonesia. Mereka mahu undang-udang diperketatkan bagi mengelakkan kejadian sebegini berlaku dan mahu majikan membenarkan orang gaji mengambil hari cuti pada hujung minggu. Kasihan Erwina.


Email

Kenaikan Harga Tol Naik 2014 Tidak Berlaku? Kadar Tol Bagi Semua Lebuh Raya Kekal!

Posted: 29 Jan 2014 05:21 PM PST

Email

Caj Tol 2014

Pengumuman untuk  kenaikan harga tol naik di Malaysia bermula tahun 2014 ini (KLIK SINI) & SEPERTI DI SINI)mendapat reaksi negatif daripada majoriti rakyat Malaysia. Yang mana kenaikan harga tol naik bakal memberikan kesan rantaian yang teruk kepada kos sara hidup rakyat Malaysia termasuklah menerusi kenaikan harga barangan yang sedia ada.

Kenyataan kalangan menteri mengenai isu kenaikan harga tol naik ini lebih banyak menyelebahi & kelihatan tunduk kepada pemegang konsesi tol. Alhamdulillah….

Alhamdulillah atas desakan & tekanan kuat daripada rakyat Malaysia kelihatan pengumuman kenaikan harga tol naik begitu sukar diputuskan untuk diumumkan sepertimana yang dirancang. Terbaru…..

KUALA LUMPUR – Kadar tol bagi semua lebuh raya masih kekal pada kadar semasa, demikian menurut Lembaga Lebuhraya Malaysia (LLM). Ketua Pengarah LLM Datuk Ismail Md Salleh dalam satu kenyataan hari ini berkata kerajaan sehingga kini belum lagi membuat sebarang keputusan berhubung kenaikan kadar tol.

"Tiada sebarang arahan dikeluarkan kepada syarikat-syarikat konsesi berhubung perkara ini (kenaikan kadar tol)," katanya.

Sehubungan itu, katanya, sebarang kenyataan atau laporan berhubung kenaikan kadar tol adalah tidak benar. Bernama

Berdasarkan kenyataan di atas, tidak dikatakan kenaikan harga tol naik tidak akan berlaku, tanggu pun bukan. Cuma hanya kenyataan "penenang" yang mengatakan tida perubahan buat masa ini disebabkan kerajaan masih belum buat keputusan. Jikalau anda semak laporan Berita Bernama versi Bahasa Inggeris memuatkan perkataan  `Remained Unchanged' bukannya batal.

Persoalannya sekarang ini, adakah perkataan `Remained Unchanged' sekarang ini akan bertukar menjadi "Change" selepas PRK Dun Kajang kelak? Adakah keputusan kenaiakn harga tol naik akan berlaku sekitar bulan mac 2014? Bukanlah Berita Semasa beriya-iya mahukan kenaikan harga tol naik menjadi realiti, tetapi berapa banyak janji seperti :

  • Minyak tidak akan naik?
  • Tol akan semak semula, malah akan turun selepas PRU
  Sumber asal Laporan & Analisis Berita Semasa : KLIK SINI  

Tetapi akhirnya naik juga. Jadi apa pilihan untuk rakyat Malaysia bersedia dengan sebarang kemungkinan kenaikan harga tol naik selepas ini?


Email

0 ulasan:

Catat Ulasan