Rabu, 1 Januari 2014

1/01/2014 05:28:00 PG

Najib: Saya faham kebimbangan rakyat, tapi...


Najib: Saya faham kebimbangan rakyat, tapi...

Posted: 31 Dec 2013 04:26 AM PST

Kita harus menerima hakikat bahawa kita perlu melaksanakan perubahan demi memastikan kewangan kita kekal terkawal. Dan kita perlu mengimbangi program ini seluas mungkin agar beban dapat diagih dengan saksama.

10,000 banjiri KL, kerajaan tak 'terguling'

Posted: 31 Dec 2013 04:22 AM PST

LANGSUNG 10,000 orang berkumpul di Dataran Merdeka bagi menyatakan bantahan terhadap kenaikan harga barangan dan perkhidmatan. Adakah mereka berjaya guling kerajaan?

Penjara 18 tahun kerana rogol, liwat kanak-kanak

Posted: 31 Dec 2013 04:19 AM PST

Seorang subkontraktor hari ini dijatuhi hukuman penjara 18 tahun dan lapan sebatan oleh Mahkamah Sesyen Ampang di Kuala Lumpur selepas didapati bersalah merogol dan meliwat anak perempuan bekas teman wanitanya yang berusia tujuh tahun 10 bulan, tahun lepas.

Mahkamah batal saman lelaki Bosnia isu sperma

Posted: 31 Dec 2013 04:16 AM PST

Seorang ahli perniagaan wanita berjaya membatalkan saman yang difail bekas teman lelakinya, yang merupakan warga Bosnia, berhubung dakwaan penggunaan sperma bagi menghasilkan anak baka Eropah.

10,000 bantah TNB naikkan tarif elektrik

Posted: 31 Dec 2013 01:52 AM PST

Memorandum itu yang turut disertakan dengan kira-kira 10,000 tandatangan, diserahkan oleh ketua pemudanya, Khairil Nizam Khirudin kepada wakil TNB di ibu pejabat syarikat tersebut di Bangsar, tengahari.

Mekanisme kurangkan kesan kenaikan kos hidup

Posted: 31 Dec 2013 01:42 AM PST

ULASAN Kita akan melaksanakan beberapa mekanismE untuk mengurangkan beban rakyat akibat kenaikan tarif elektrik dan tol. PEMANDU akan turut mengemukakan idea-idea baru.

Polis rampas baju-T 'provokasi'

Posted: 31 Dec 2013 01:31 AM PST

Polis Selangor merampas sebanyak 56 helai baju-T semalam yang mempunyai pelbagai tulisan berunsur provokasi dipercayai untuk dipakai pada perhimpunan ketika sambutan ambang tahun baharu malam ini.

Nazri minta penganjur berhimpun hari lain

Posted: 31 Dec 2013 01:17 AM PST

Datuk Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz meminta penganjur perhimpunan bagi membantah kenaikan kos sara hidup malam ini menukar tarikh perhimpunan supaya tidak diadakan serentak dengan sambutan ambang Tahun Baharu 2014 malam ini.

TPM: K'jaan akan kaji semula rasionalisasi subsidi

Posted: 31 Dec 2013 01:09 AM PST

Kerajaan akan melihat semula keputusan merasionalisasi subsidi supaya ia benar-benar dapat meringankan bebanan kumpulan sasaran, kata Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin.

TURUN dikaitkan dengan LGBT pula

Posted: 31 Dec 2013 01:00 AM PST

Koordinator Suaram Ahmad Syukri Ab Razab mendakwa nombor telefonnya digodam dan digunakan untuk menyebarkan kononnya himpunan malam ini menuntut hak golongan gay.

Asri: Penjimatan mesti termasuk golongan istana

Posted: 31 Dec 2013 12:05 AM PST

dikemaskini Bekas mufti Perlis Datuk Dr Mohd Asri Zainul Abidin pula berkata, pengurangan kos mesti melibatkan pelbagai pihak, termasuk golongan istana.

Wartawan tolak alasan teknikal KDN, demo terus

Posted: 30 Dec 2013 11:41 PM PST

Kumpulan wartawan menolak alasan KDN berhubung penggantunganThe Heatbahawa mingguan itu hanya digantung sementara, bagi menunggu jawapan kepada surat tunjuk sebab.

Jangan tambah sengsara rakyat, kata Saifuddin

Posted: 30 Dec 2013 11:21 PM PST

dikemaskini CEO Yayasan Pergerakan Moderat Global Datuk Saifuddin Abdullah menggesa kerajaan menyemak semula keputusan berhubung kos sara hidup agar tidak menambah lagi sengsara yang ditanggung oleh anggota masyarakat.

10,000 bantah TNB naikkan tarif elektrif

Posted: 30 Dec 2013 11:19 PM PST

Dewan Pemuda PAS Wilayah Persekutuan hari ini menghantar memorandum bersama 10,000 tandatangan kepada Tenaga Nasional Berhad (TNB) bagi membantah kenaikan tarif elektrik bermula tahun 2014.

Saifuddin: Jangan tambah sengsara rakyat

Posted: 30 Dec 2013 11:16 PM PST

Datuk Saifuddin Abdullah menggesa kerajaan menyemak semula keputusan berhubung kos sara hidup untuk tidak menambah lagi bebanan yang ditanggung oleh anggota masyarakat

Newsmaker 2013 pilihan pembaca ialah...

Posted: 30 Dec 2013 10:13 PM PST

Berdasarkan keputusan tinjauan ini, pembaca Malaysiakini pada tahun ini nampaknya memberi pengiktirafan kepada wanita paling kontroversi di Malaysia.

Suspek ditahan setengah jam selepas merompak

Posted: 30 Dec 2013 09:05 PM PST

Polis menahan seorang lelaki berusia 51 tahun dan merampas selaras M16, kira-kira setengah jam selepas suspek itu merompak sebuah kedai serbaneka di Tanah Merah, malam tadi.

Mayat reput tanpa kepala ditemui di pantai

Posted: 30 Dec 2013 08:55 PM PST

Ketua Polis Daerah Setiu DSP Ab Rahman Raja Mohamed berkata jantina mayat yang ditemui di Pantai Kuala Baru, Kampung Mangkok, Penarik itu tidak dapat dipastikan berikutan keadaannya yang telah reput.

300 penguatkuasa DBKL bertugas di Dataran

Posted: 30 Dec 2013 08:35 PM PST

Seramai 300 pegawai penguatkuasa Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) dikerah bertugas di sekitar Dataran Merdeka sempena sambutan ambang Tahun Baharu 2014 malam ini.

PKR: Potong elaun tak membantu sekat pembaziran

Posted: 30 Dec 2013 08:28 PM PST

Pengarah strategi PKR Rafizi Ramli berkata langkah terbaru Datuk Seri Najib Razak mengurangkan elaun keraian kesemua anggota jemaah menteri sebanyak 10 peratus tidak akan membantu usaha menghentikan pembaziran dalam pentadbiran kerajaan.

Laporan kait suspek kes bom, himpunan TURUN

Posted: 30 Dec 2013 07:22 PM PST

dikemaskini Tanpa menamakan sumber polis itu dengan jelas, laporan Utusan Malaysia bertarikh 30 Disember itu seterusnya mengaitkan suspek tersebut dengan penganjuran satu perhimpunan di ibu negara pada malam ini.

Apa lagi yang naik tahun 2014?

Posted: 30 Dec 2013 06:56 PM PST

Pengurangan subsidi ke atas beberapa bahan keperluan utama dinamakan kerajaan sebagai kesakitan jangka masa pendek yang perlu untuk kesihatan kewangan jangka panjang negara.

0 ulasan:

Catat Ulasan