Khamis, 30 Mei 2013

5/30/2013 09:07:00 PTG
KEMELUT rumah tangga penyanyi dan pelakon popular, Erra Fazira akhirnya terjawab apabila dia disahkan bercerai talak satu dengan suaminya, Engku Emran Engku Zainal Abidin di Mahkamah Tinggi Syariah Shah Alam, sebentar tadi.
Menurut sumber Berita Harian, Hakim Syarie, Mohammad Adib Hussain mengesahkan lafaz dibuat Engku Emran itu selepas kedua-dua pihak bersetuju untuk berpisah secara baik.

Susulan berita perceraian penyanyi Erra Fazira dan Engku Emran yang berlangsung hari ini, Mahkamah Tinggi Syariah Shah Alam memutuskan hak penjagaan anak, Engku Aleesya diberikan kepada Engku Emran dan hak bermalam serta lawatan bersama diberikan kepada Erra Fazira apabila kedua-dua pihak bersetuju mengenainya.
"Mahkamah turut meluluskan permohonan plaintif (Erra Fazira) untuk tidak membuat sebarang tuntutan nafkah edah dan mutaah," ujar Hakim Syarie, Mohammad Adib Husin.
Ketika prosiding berlangsung, Erra Fazira dan Engku Emran juga mengesahkan mereka sudah tidak tinggal sebumbung selama setahun enam bulan.
Sementara itu, Erra turut meluahkan rasa syukur apabila semuanya selesai dan berjalan dengan baik.
"Segala spekulasi telah terjawab. Saya mohon jangan tanya lagi. Kerjaya menjadi fokus utama saya kini," ujar Erra yang dipetik menerusi Sinar Harian Online.
Erra dan Engku Emran berkahwin pada 25 Oktober 2007 dan hasil perkahwinan itu mereka dikurniakan seorang anak perempuan, Engku Aleesya, 5.
Pasangan berkenaan bersetuju untuk menyerahkan hak penjagaan Engku Aleesya kepada Engku Emran.
Image_11
Sebelum ini memang terdapat ura-ura mengatakan hubungan pasangan ini bermasalah namun Erra tidak pernah mengulas lanjut mengenai perkara itu di mana-mana media.
Sebelum berkahwin dengan Engku Emran, Erra pernah mengahwini pengarah filem, Yusry KRU  pada Jun 2003.


p1erra
Namun mereka bercerai tiga tahun kemudiannya.
_erra_dan_hans_06
Erra-Awie-565x377
Erra yang sinonim dengan gelaran Primadona Filem Melayu, juga pernah dilaporkan bercinta dengan Awie dan Hans Isaac.
Oleh:  AUDREY LEE 

0 ulasan:

Catat Ulasan