Selasa, 6 Januari 2015

1/06/2015 03:42:00 PG

FIC 2015: Peluang FUI semakin tipis


FIC 2015: Peluang FUI semakin tipis

Posted: 05 Jan 2015 07:20 AM PST

PELUANG wakil tuan rumah, Frenz United Indonesia (FUI) untuk melangkah ke pusingan suku akhir semakin sukar selepas hanya merekodkan keputusan seri, 1-1, berdepan pasukan dari Belanda, Feyenoord dalam aksi kedua Kumpulan A, Piala Antarabangsa Frenz U-18 (FIC), 2015, petang tadi.

Bagi Feyenoord, satu mata itu sudah memadai, bagi membolehkan mereka unggul dengan empat mata.

Dalam aksi di Stadium Gelora Sriwijaya, Palembang, Indonesia itu, FUI menguasai perlawanan dan memperoleh beberapa peluang daripada gerakan berbahaya penyerang kelahiran Iran, Reza Habil.

Bagaimanapun, penyudah Reza tidak menemui sasaran selain pergerakannya dikunci pemain pertahanan lawan sejak perlawanan dimulakan.

FUI akhirnya menceriakan hampir 200 penyokong melalui gol pembukaan di penghujung saingan babak pertama melalui jaringan pemain pertahanan, Nima Hamid Daghestani.

Memasuki babak kedua perlawanan, FUI yang berkelebihan jaringan mengurangkan tempo perlawanan dengan hanya banyak bertahan.

Pada minit ke-55, berlaku pergelutan antara pemain kedua-dua pasukam sehingga memaksa pengadil perlawanan dari Malaysia, Zulkifli Ahmad melayangkan kad merah kepada penyerang FUI, Yugan Poobathy dan perancang tengah Feyenoord, Mohammed El Hankouri.

Feyenoord akhirnya berjaya mengikat kedudukan, m-72, melalui jaringan kapten pasukan, Danny van Haaren.

Bagi Jurulatih FUI, Mohamad Zahid Hashim, dia mengakui peluangnya pasukannya untuk melangkah ke pusingan kedua sangat tipis.

"Kami melakukan satu kesilapan iaitu kesilapan komunikasi antara penjaga gol dan pemain pertahanan sehingga membolehkan Feyenoord menjaringkan gol mudah.

"Gol itu tidak seharusnya terjadi. Kami seharusnya menang kerana Feyenoord hanya bermain untuk seri," katanya pada sidang media selepas perlawanan berakhir.

Namun bagi Zahid, dia masih percaya pasukannya mampu membuat kejutan melangkah ke suku akhir selain mengharapkan Liverpool menewaskan Feyenoord dalam aksi terakhir kumpulan, Rabu ini.

"Lawan kami selepas ini adalah Guangzhou Evergrande dan kami perlu menang dengan jaringan yang besar," katanya.

Sementara itu, bagi jurulatih Feyenoord, Johannes Martinus, dia menganggap keputusan seri ini sebagai keputusan yang mengejutkan buat pasukannya.

Katanya, dia tidak menyangka perlawanan ini berkesudahan dengan seri memandangkan FUI memberi tekanan kepada pemainnya pada separuh masa pertama.

"Kami ingatkan FUI akan terus memberi tekanan pada separuh masa kedua tetapi perkara itu tidak berlaku. Mereka banyak bertahan.

"Kami ambil kesempatan itu untuk mencari gol penyamaan dan akhirnya ia terjadi," katanya.

Jelas Martinus, keputusan seri ini memberi kelebihan kepada pasukannya sebelum berdepan aksi sengit menentang Liverpool, Rabu nanti.

FIC 2015: Liverpool isi slot suku akhir

Posted: 05 Jan 2015 07:16 AM PST

SKUAD muda Liverpool mengesahkan slot ke suku akhir Piala Antarabangsa Frenz U-18 (FIC) 2015 selepas menundukkan wakil China, Guangzhou Evergrande Taobao, 2-0, dalam aksi kedua Kumpulan A, malam tadi.

Beraksi di Stadium Gelora Sriwijaya, Palembang Indonesia, The Reds pada awalnya sukar untuk menandingi kehebatan Guangzhou yang memburu kemenangan pertama.

Pemain Guangzhou bijak membaca setiap hantaran Reds malah penjaga gawang mereka, Fang Zihong turut cemerlang menafikan percubaan pemain lawan sepanjang 45 minit perlawanan.

Guangzhou juga memperoleh satu peluang untuk menggegar jaring Reds namun rembatan jarah jauh daripada salah seorang pemain mereka hanya singgah di palang.

Namun semangat Guangzhou untuk meraih sekurang-kurangnya satu mata berharga musnah selepas pemain Liverpool mengambil kesempatan di atas kelekaan mereka dengan meraih jaringan pembukaan yang disumbangkan oleh Canos Sergi, pada minit ke-65.

Sergi sekali lagi mempamerkan bisanya dengan meledakkan gol kedua, m-76, bagi mengesahkan kemenangan Reds ke atas Guangzhou.

Bagi ketua jurulatih Reds, Critchley Neil, dia ternyata gembira dengan kejayaan pasukannya mara ke pusingan suku akhir walaupun berdepan kesukaran pada separuh masa perlawanan.

"Target kami untuk mara ke pusingan suku akhir tercapai, malah pemain saya juga bermati-matian bagi memastikan gawang kami tidak dibolosi.

"Guangzhou bukan lawan yang mudah namun kejayaan malam ini berpihak kepada kami," katanya pada sidang media selepas berakhinya perlawanan sebentar tadi.

Reds yang menerajui Kumpulan A dengan enam mata selepas ini berdepan Feyenoord dalam aksi terakhir, Rabu nanti.

"Misi kami untuk menang. Kami tidak akan memandang rendah keupayaan Feyenoord," katanya.

Sementara itu, ketua jurulatih Guangzhou, Pezzaiuoli Federico menjelaskan, dirinya tidak kecewa dengan dua kekalahan yang sekaligus menutup pintu mereka ke pusingan suku akhir.

Katanya, dia cukup berbangga dengan apa yang dipamerkan oleh anak buahnya malam ini selepas berdepan kekalahan pertama, 5-1, menentang Feyenoord, Sabtu lalu.

Federico menegaskan, pemain muda Guangzhou tampil dengan aksi berbeza sehingga memberi kesulitan buat pemain Liverpool.

"Apa yang membezakan kami dengan Liverpool adalah mereka bijak mengambil peluang yang diberikan oleh pengadil walaupun ketika itu pemain saya sedang minum," katanya.

Mengulas aksi terakhir menentang Frenz United Indonesia (FUI), Rabu nanti, Federico mengakui aksi itu bakal menjadi aksi yang sengit buat kedua-dua pasukan.

Gary berhak tentukan masa depan sendiri

Posted: 05 Jan 2015 04:44 AM PST

PEMAIN tengah Harimau Malaya, Gary Steven Robbat berhak menentukan masa depannya sendiri, kata Presiden Persatuan Bola Sepak Negeri Johor (PBNJ) Tunku Ismail Sultan Ibrahim.

Tunku Ismail berkata sekiranya Gary memilih untuk beraksi bersama Johor Darul Ta'zim (JDT), semua pihak seharusnya menghormati keputusan pemain berkenaan.

"Ini hal pemain. Sepatutnya terpulang kepada pemain itu sendiri. Jika dia (Gary) tidak mahu beraksi dengan Pahang mahupun Kedah dan memilih untuk beraksi bersama Johor (JDT), itu terpulang kepada dia.

"Saya tidak faham, macam mana ada persatuan (bola sepak) dalam negara yang masih terfikir memaksa pemain beraksi untuk mereka," katanya pada sidang media di Stadium Tan Sri Hasan Yunos, Larkin, di sini hari ini.

Tunku Ismail berkata demikian mengulas kontroversi yang timbul mengenai pasukan yang berhak mendapatkan khidmat pemain berusia 22 tahun itu bagi saingan Liga Malaysia 2015.    

Tunku Mahkota Johor itu, bagaimanapun berkata segala keputusan mengenai kedudukan Gary akan ditentukan oleh Jawatankuasa Status Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM).

Tunku Ismail berkata PBNJ telah menghantar surat kepada Persatuan Bola Sepak Kedah (KFA) mengenai isu Gary dan menyedari bahawa pihaknya mungkin perlu membayar ganti rugi kepada KFA.

Gary yang kini menjalani latihan bersama skuad Harimau Selatan di Australia, menimbulkan kontroversi apabila namanya didaftarkan oleh Pahang, JDT dan Kedah sebaik sahaja pendaftaran pemain ditutup, 5 Disember lepas.

Pemain berasal dari Kulim, Kedah, itu muncul pada majlis memperkenal pemain JDT bagi musim 2015 pada 29 Disember lepas, namun statusnya masih menjadi tanda tanya.

Ini berikutan syarat FAM yang menetapkan mana-mana pemain yang dilepaskan oleh Harimau Muda dan berusia di bawah 23 tahun, wajib kembali berkhidmat bersama negeri kelahiran masing-masing sekurang-kurangnya setahun sebelum boleh beraksi bersama pasukan lain. - Bernama

JDT sedia pertahan kejuaraan Liga Super

Posted: 05 Jan 2015 04:41 AM PST

PASUKAN Johor Darul Ta'zim (JDT) sudah bersedia mempertahankan kejuaraan Liga Super musim ini, sekali gus layak beraksi pada Piala AFC buat kali kedua berturut-turut tahun depan.

Presiden Persatuan Bola Sepak Negeri Johor (PBNJ) Tunku Ismail Sultan Ibrahim berkata beliau amat berpuas hati dengan persiapan pasukan berkenaan yang kini menjalani latihan di Australia.

Tunku Mahkota Johor itu berkata setiap pemain juga memberikan komitmen 200 peratus dan kesemua mereka menunjukkan tahap profesionalisme yang tinggi.

"Setiap tahun Liga Super menjadi keutamaan kerana ia membolehkan kita layak ke Piala AFC. Tapi, bagi saya menghuni (sekurang-kurangnya) tangga ketiga Liga Super dan mara ke separuh akhir Piala FA dan Piala Malaysia sudah mencukupi untuk saingan musim 2015. Jika menang, saya anggap satu bonus.

"Bagaimanapun, saya tidak ingin menjadikan kejuaraan perkara paling utama kerana yang lebih penting pembangunan bola sepak di negeri ini selain menjadikan PBNJ sebuah organisasi yang dikenali di seluruh dunia," katanya pada sidang media di Stadium Tan Sri Hassan Yunos, Larkin, di sini hari ini.

Sementara itu, Tunku Ismail mengesahkan PBNJ bakal bekerjasama dengan kelab Liga Perdana Inggeris, Manchester City tidak lama lagi.

Tunku Ismail berkata wakil kelab berkenaan dijangka berkunjung ke negeri ini pada 12 Jan untuk bertemu dan berbincang dengan beliau.

Sebelum ini, PBNJ menjalinkan kerjasama dengan pasukan daripada kelab Bundesliga, Borrusia Dortmund yang bakal mengadakan perlawanan persahabatan dengan JDT pada Julai ini.

"Manchester City menyuarakan minat bekerjasama dengan PBNJ sama seperti kerjasama yang terjalin antara PBNJ dan Borrusia Dortmund. Kita akan tumpu kepada pembangunan bola sepak di sini terutama untuk pemain muda," katanya.

Tunku Ismail berkata kedua-dua pasukan berkenaan juga akan melihat kerjasama lain yang boleh diwujudkan untuk kepentingan bersama bagi perancangan jangka panjang.

"Selain kedua-dua pasukan ini, kita juga mendapat maklum balas baik daripada kelab (La Liga Sepanyol) Valencia. Saya terharu kerana orang luar dapat melihat apa yang kita sedang usahakan untuk kemajuan bola sepak di sini," katanya. - Bernama

Jose Mourinho mohon maaf kerana kritik pengadil

Posted: 05 Jan 2015 04:00 AM PST

  • Jose Mourinho Jose Mourinho

PENGURUS Chelsea, Jose Mourinho memohon maaf kepada pengadil, Kevin Friend kerana mengkritik beliau tidak memberikan sepakan penalti pada perlawanan Piala FA, malam tadi.

Perlawanan tersebut menyaksikan Chelsea muncul juara selepas mengatasi Watford 3 - 0.

"Saya mahu meminta maaf berkenaan sebahagian komen saya di dalam temuramah di televisyen," kata Mourinho.

Sebelum ini, Mourinho mengkritik keputusan pengadil tidak menghadiahkan penalti selepas pemain tengah Chelsea, Diego Costa dikasi oleh pemain lawan Craig Cathcart.

Sementara itu, pengadil Kevin Friend menjelaskan, beliau pasti akan menawarkan sepakan penalti jika Chelsea tidak menjaringkan gol selepas kekasaran tersebut.

"Pengadil tersebut mengadili perlawanan dengan baik," tambah Mourinho, selepas mendengar penjelasan Friend.

"Beliau memberitahu saya, beliau tahu ianya penalti. Beliau akan memberi penalti, namun beliau tunggu beberapa saat selepas nampak bola tersebut pergi ke Loic Remy dan Remy menjaringkan gol.

Jika Remy gagal mengawal bola atau dia gagal menjaringkan gol, pengadil akan menghadiahkan sepakan penalti kepada Chelsea." tambahnya.

Sementara itu, pengurus Watford, Slavisa Jokanovic puas hati dengan persembahan anak buahnya, walaupun kalah.

Kecederaan pemain hantui kem Burnley

Posted: 04 Jan 2015 06:49 PM PST

  • Sean DycheSean Dyche

PENGENDALI Burnley, Sean Dyche berkata, beliau akan melakukan perubahan yang ketara terhadap barisan kesebelasan utamanya pada perlawanan menentang Tottenham Hotspur dalam pusingan ketiga Piala FA awal pagi esok.

Menurut Dyche, masalah kecederaan pemain yang menghantui pasukan itu memaksa beliau untuk melakukan rombakan.

Spurs akan turun tanpa kelibat Jason Shackell yang cedera ketika menentang Newcastle United, Khamis lalu.

Selain Shackell, Kevin Long, Michael Duff, Michael Keane dan Dekan Marney, turut mengalamai kecederaan dan kemungkinan tidak dapat diturunkan pada perlawanan itu.

Bagaimanapun, Dyche yakin rombakan itu tidak akan menjejaskan rentak permainan skuad bimbingannya pada pertemuan tersebut.

"Kami sudah bersedia dengan situasi ini dan saya yakin pemain lain mampu untuk menampung kekosongan sedia ada," katanya.

0 ulasan:

Catat Ulasan