Ahad, 20 Julai 2014

7/20/2014 02:55:00 PTG

Pray For MH17 Malaysia Airlines MAS


Pray For MH17 Malaysia Airlines MAS

Posted: 19 Jul 2014 02:13 AM PDT

pray for mh17

Pray For MH17 Malaysia Airlines MAS : Malaysia dan seluruh dunia berada dalam keadaan dukacita sekarang ini apabila dilaporkan berita terkini (DI SINI) bahawa pesawat MH17 telah jatuh terhempas ditembak di Ukraine – Rusia yang membawa 295 orang (280 penumpang dan 15 krew kapal terbang Malaysia Airlines Boeing 777.

Lantas dengan itu……seluruh dunia tidak henti-henti menghantar dan berkongsi doa, ucapan, harapan Pray For MH17 di Twitter, facebook dan juga di Berita Semasa sebagai tanda simpati dan prihatin dengan tragedi paling dahsyat dalam sejarah industri peenerbangan dunia kali ini.

Datuk Seri Najib Razak telah pun mengistiharkan seluruh Malaysia menurunkan bendera separuh tiang sebagai tanda simpati dan sedih dengan berita kapal terbang Malaysia Airlines (MAS) MH17 jatuh terhempas di Ukraine – Rusia.

Di bawah ini Berita Semasa kongsikan ucapan dan doa Pray For MH17 yang dikongsikan ramai pemimpin dunia, selebriti, artis, dan rakyat Malaysia serta rakyat negara lain.

Apa pula ucapan dan doa Pray For MH17 daripada anda bagi insiden kali ini?

Gambar Angeline Premila Rajandaran. Anak Kapal Terbang Malaysia Airlines MH17

Posted: 19 Jul 2014 01:26 AM PDT

Angeline Premila

Gambar Angeline Premila Rajandaran. Anak Kapal Terbang Malaysia Airlines MAS MH17 : Angeline Premila Rajandaran merupakan anak kapal MH17 termuda dikalangan pramugara dan pramugara di dalam kapal terbang MAS MH17 Malaysia Airlines. Berdsarkan semakan terhadap biodata gambar Angeline Premila Rajandaran, beliau berumur sekitar 30 tahun.

Angeline Premila Rajandaran juga merupakan model Malaysia Airlines (MAS) yang terlibat secara langsung di majalah, aktiviti promosi Malaysia Airlines (MAS)

Angeline Premila Rajandaran sempat menghantarkan mesej dan pesanan terakhir kepada ahli keluarganya supaya menjaga anjing peliharaannya yang bernama Lexi ketika saat menaiki kapal terbang MH17 di Amsterdam, Belanda (Netherlands)

Kapal terbang MH17 Malaysia Airlines MAS telah ditembak jatuh oleh peluru berpandu pasukan pemisah Pro Rusia di Ukraine.

Gambar Kapten Wan Amran Wan Hussin MH17 & Biodata Juruterbang Pesawat MH17

Posted: 18 Jul 2014 04:41 PM PDT

Kapten Wan Amran

Biodata Kapten Wan Amran Wan Hussin Juruterbang Kapal Terbang Pesawat MH17 MAS Malaysia Airlines : (Semalam) Hari ini pagi ini, Berita MH17 jatuh terhempas di Ukraine dengan begitu tragis ini membuatkan rakyat Malaysia terpaksa menelan satu lagi berita pahit selepas kehilangan ratusan rakyat Malaysia iaitu penumpang, krew pesawat dan juruterbang berpengalaman MH370 Malaysia Airlines MAS.

Kali ini giliran pesawat Mh17 pula….

Berdasarkan semakan Berita Semasa daripada senarai nama penumpang, juruterbang, pramugari & pramugara (DI SINI) , Kapten Wan Amran Bin Wan Hussin merupakan juruterbang bagi kapal terbang MH17 yang jatuh terhempas di Ukraine – Rusia. Kapal terbang yang digunakan Malaysia Airlines (MAS) adalah Boeing 777 dari perjalanan pulang dari Amsterdam (Belanda) ke KLIA Kuala Lumpur Malaysia yang sepatutnya sampai pada pukul 6:10 petang Jumaat, waktu Malaysia. 

  • Nama Penuh : Kapten Wan Amran Bin Wan Hussin
  • Bangsa: Melayu
  • Warganegara: Malaysia
  • Status: Berkahwin
  • Nama Isteri : Mariam Yusof
  • Berumur : 50 Tahun
  • Berasal : Negeri Perak
  • Bilangan anak: Mempunyai 2 anak lelaki
  • Alamat Terkini: Shah Alam
  • Pesanan Terakhir : "see you tomorrow (jumpa esok)" yang ditujukan khas kepada isteri tersayang
  • Tempoh Perkhidmatan : Juruterbang Kapten Wan Amran Wan Hussin mula berkhidmat dengan Malaysia Airlines (MAS) sejak tahun 1999 lagi
  • Jawatan MAS : Pekerjaan: Kapten Pesawat Boeing 777 MAS Malaysia Airlines (Pilot)
  • Pengalaman Penerbangan : Selama lebih 10 tahun

Sama-sama kita sedekahkan Al-Fatihah kepada juruterbang Kapten Wan Amran Wan Hussin. Semoga pilot Kapten Wan Amran Wan Hussin MH17 "tenang di sana" dan ditempatkan dikalangan golongan orang yang beriman. Amin. Salam takziah kepada isteri dan ahli keluarganya yang lain.

Gambar Penumpang Kapal Terbang MH17 : Ariza Ghazalee, Tambi Jiee & 4 Anak “Hijrah” ke Malaysia Berakhir Tragedi!

Posted: 18 Jul 2014 01:16 AM PDT

gambar penumpang mh17

Gambar Penumpang Kapal Terbang MH17 Pesawat Malaysia Airlines MAS: Ariza Ghazalee, Tambi Jiee & 4 Anak "Hijrah" ke Malaysia Berakhir Tragedi! Sayu dan menyayat hati itulah yang boleh Berita Semasa katakan apabila di antara kami menulis & menyiapkan laporan berita melibatkan gambar penumpang MH17 yang (TERSENARAI DI SINI) telah menyentuh hati kecil kami.

Dalam sekelip mata, segala-galanya berubah melihatkan kejadian tragis yang menimpa Ariza Ghazalee, Tambi Jiee dan anak-anaknya….

Selepas berkelana di Kazakhstan selama 3 tahun, akhirnya penumpang kapal terbang MH17 pesawat Malaysia Airlines MAS Ariza Ghazalee, Tambi Jiee dan 4 orang lagi anak pasangan ini sedang merancang untuk kembali pulang ke Malaysia.

Gambar Penumpang MH17 : Keluarga pasangan penumpang kapal terbang MH17 MAS Malaysia Airlines berasal dari Sarawak.

Ariza Ghazalee sempat memuatkan satu status dengan gambar bagasi yang memberikan seribu satu makna selepas kita semua selepas mendengar berita terkini 6 sekelaurga ini telah terlibat sama dalam tragedi kapal terbang MH17 terhempas di Ukraine - Rusia beberapa jam selepas status di facebook tersebut dikongsikan.

"17 July 2014, starting our new hijrah, Alhamdulillah…." status Ariza Ghazalee di akaun facebook

Gambar Penumpang MH17 : Status Ariza Ghazalee di Facebook

gambar penumpang mh17

Dan beberapa jam selepas status Ariza Ghazalee dikongsikan di facebook, status tersebut menjadi tumpuan dan dibanjiri dengan komen-komen daripada kenalan dan ahli keluarga Ariza Ghazalee dan suami Tambi Jiee apabila disahkan mereka telah meninggal dunia dalam nahas tragedi kapal terbang Mh17 terhempas di Ukraine – Rusia

Adik Ariza Ghazalee turut mengesahkan sama adiknya Ariza Ghazalee adalah salah seorang daripada senarai gambar Penumpang MH17 yang telah meninggal dunia

Gambar Penumpang Kapal Terbang MH17 : Biodata Ariza Ghazalee, Tambi Jiee

  • Ariza Ghazalee berumur 46 tahun
  • Cuti tanpa gaji selama tiga tahun daripada tugasnya sebagai jurutera di Bintulu kerana mengikut suami, Tambi Jiee bertugas dengan sebuah syarikat milik Shell di Kazakhstan
  • Tambi Jiee berumur 49 tahun
  • bertugas di syarikat milik Shell di Kazakhstan
  • Terkini, pulang semula bagi memulakan tugas di Kuala Lumpur selepas berkelana selama 3 tahun di Kazakhstan

Gambar Penumpang MH17 : Nama Anak Ariza Ghazalee, Tambi Jiee

  • Muhammad Afif : umur 19 tahun
  • Muhammad Afzal : umur 19 tahun
  • Marsha Azmeena : Umur  15 tahun
  • Muhammad Afruz : umur 13 tahun

Lagi Gambar Penumpang Kapal Terbang MH17 : Ariza Ghazalee, Tambi Jiee & 4 Anak

Gambar Penumpang Kapal Terbang MH17

P/S : Sesungguhnya aturan perancangan Allah lebih berkuasa. Dia yang lebih mengetahuiNya. Mungkin "Hijrah" yang dimaksudkan Ariza Ghazalee dan ditentukan olehNya bakal membawa mereka sekeluarga ke jannah…Aminnnn

PP/S :  Gambar Penumpang MH17 : Semoga roh Ariza Ghazalee, Tambi Jiee dan 4 orang anaknya dicucuri rahmat ditempatkan dikalangan orang-orang yang beriman. Al-Fatihah.

Latest News MH17 Malaysia Airlines Wartawan Noah Sneider : Pengalaman Negeri di Bangkai Flight MH17

Posted: 17 Jul 2014 10:21 PM PDT

latest News MH17

Latest News MH17 Malaysia Airlines Flight Wartawan Noah Sneider. Pengalaman Negeri di Bangkai Flight MH17 : Berita Semasa mahu kongsikan latest news MH17 Malaysia airlines daripada seorang wartawan bebas bernama Noah Sneider. "Pengalaman Ngeri! Dashsyat!". Nah….

Nah…inilah butir-butir perkataan yang keluar daripada mulut bernama Noah Sneider seorang watawan bebas yang sekarang berada terus di tapak lokasi kejadian di berlakunya nahas flight MH17 terhempas bagi berkongsi latest news MH17 Malaysia Airlines kepada dunia yang ternanti-nanti apa sebenarnya yang berlaku tapak bangkai flight MH17 ini

latest news mh17

Noah Sneider sifatkan berada di lokasi kejadian di mana flight MH17 jatuh terhempas adalah salah pengalaman negeri bagi dirinya. Ini pertama kali dalam hidup sepanjang bergelar wartawan bebas. Tidak semua mampu berhadapan situasi seperti :

Di bawah ini antara perkongsian wartawan bebas Noah Sneider mengenai latest news MH17 Malaysia Airlines selepas flight Mh17 terhempas berdasarkan pemerhatian beliau setakat ini :

  • "Telinga, tulang hangus, jari bergelimpangan" di lokasi kejadian kapal terbang MH17 terhempas di Ukraine – Rusia
  • Sebelum kejadian, penduduk tenpatan menyangka letupan bom telah berlaku apatah lagi melihatkan kawasan yang mereka duduki sekarang ini cukup bergolak dengan sarat dengan konflik antara kumpulan pemberontak bersenjata.
  • Dan selepas sahaja, pihak Bomba Ukraine berjaya memadamkan api kebakaran kapal terbang Mh17 terhempas itu, Noah Sneider melihat sendiri semuanya terbakar hangus daripada rumput, badan kapal terbang Mh17 sehinggalah badan manusia yang terdiri di kalangan penumpang kapal terbang Mh17, pramugara, pramugari, juruterbang dan co pilot pesawat Mh17
  • Bertambah tragis lagi, Noah Sneider mengatakan yang beliau melihat tubuh manusia berada di mana-mana, bersepah-sepah, ada organ terburai, terlalu mengerikan untuk berkongsi gambar penumpang kapal terbang MH17 "secara dekat".
  • Dan akhir sekali, Noah Sneider mengatakan ini adalah satu bencana yang cukup tragis.

Latest News MH17 Malaysia Airlines : Twitter Noah Sneider

Jika anda mahu melihat sendiri gambar kejadian dengan lebih dekat dan jelas, boleh (SEMAK DI SINI)

news mh17

Jika anda mahu mengikuti secara terus Latest News MH17 Malaysia Airline Flight yang disediakan  Noah Sneider anda boleh semak akaun facebook atau twitter miliknya.

Gambar Pesawat MH17 Ditembak Jatuh di Ukraine – Rusia. Malaysia Airlines (MAS) Menjadi “Pemain Utama” Nahas Penerbangan Dunia!

Posted: 17 Jul 2014 08:53 PM PDT

pesawat mh17

Gambar Pesawat MH17 Ditembak Jatuh Terhempas di Ukraine – Rusia. Malaysia Airlines (MAS) Menjadi "Pemain Utama" Nahas Penerbangan Dunia! Di bulan Ramadhan yang mulia ini Malaysia sekali lagi dihidangkan dengan satu ujian besar bagi warga Malaysia Airlines (MAS), kerajaan Malaysia, rakyat Malaysia umumnya dan paling berat berita untuk dihadapi pastinya kepada keluarga mangsa MH17 Malaysia Airlines MAS.

Berita MH17 terhempas di Ukraine begitu mengejutkan, amat dahsyat dalam sejarah….penerbangan dunia dan sekali lagi Malaysia Airlines (MAS) "terpaksa" menerima hakikat menjadi pemain utama dalam nahas yang mana seramai 43 rakyat Malaysia yang terlibat dalam tragedi pesawat MH17 ditembak jatuh terhempas di Ukraine.

Walaupun pesawat MH17 MAS Malaysia Airlines diistiharkan selamat untuk dilalui oleh Pertubuhan Penerbangan Awam Antarabangsa, tetapi nahas buruk pesawat MH17 ditembak jatuh terhempas di Ukraine tetap berlaku.

Di bawah adalah gambar pesawat Mh17 berjaya dirakam foto semasa berlepas pesawat MH17 mula berlepas dari Lapangan terbang Schiphol, Amsterdam Belanda

gambar pesawat Mh17

Di pihak Malaysia setakat ini, Berita semasa dimaklumkan daripada 298 penumpang kapal terbang Mh17 Malaysia Airlines MAS ini 43 orang adalah rakyat Malaysia termasuk yang lebih menyedihkan apabila terdapat 2 bayi terlibat dalam nahas pesawat MH17 ditembak jatuh terhempas di Ukraine – Rusia yang mana anda boleh semak butiran senarai penumpang pesawat Mh17 Malaysia Airlines (DI SINI)

pesawat mh17

Keadaan sekarang ini lokasi kejadian di Ukraine, nbegitu banyak mayat penumpang MH17 MAS Malaysia Ailines hangus dijilat api dan dilihat bergelimpangan dari lokasi pesawat MH17 ditembak jatuh terhempas di Ukraine – Rusia. Manakala ekor kapal terbang MH17 MAS telah berjaya dikesan di ladang jagung berdekatan

Berdasarkan gambar – gambar pesawat MH17 ditembak jatuh terhempas di Ukraine – Rusia ini, terdapat beberapa butiran maklumat senarai nama penumpang kapal terbang Mh17 MAS Malaysia ini melalui penemuan beberapa passport yang jatuh bertebaran di sekitar lokasi kejadian. Antaranya ialah :

  • Sanjid Singh Sandhu Jijar Singh, A 41 (Pulau Pinang Penang)
  • Tomas Allard
  • V. D. M. Sophie Charlotte
  • V. K. Allard Tomas

Ssesetengah gambar pramugari Mh17 Malaysia Airlines telah ditemui manakala gambar juruterbang (pilot), pramugra dan gambar penumpang pesawat Mh17 ditembak jatuh terhempas di Ukraine – Rusia akan dikongsikan selepas ini….

0 ulasan:

Catat Ulasan