Selasa, 3 Jun 2014

6/03/2014 12:15:00 PG

Ekoran daripada video kejadian buli yang melibatkan beberapa orang pelajar perempuan yang telah dikongsikan sebelum ini, satu kenyataan berkaitan telah dikeluarkan menerusi Facebook rasami Polis Diraja Malaysia, hari ini.

Ia berbunyi:


Satu klip video yang memaparkan sekumpulan pelajar perempuan membuli seorang pelajar perempuan lain telah tersebar di media sosial dan ia sedikit sebanyak telah menimbulkan rasa kurang senang di kalangan masyarakat.
Kejadian itu telah berlaku pada 25 April 2014 di sebuah sekolah di daerah Kota Samarahan, Sarawak. Pihak polis telah menerima laporan berkaitan kejadian tersebut pada 25 Mei 2014 dan siasatan serta tindakan susulan sedang dijalankan.

ACP DATIN ASMAWATI BT AHMAD
PEN. KETUA URUS SETIA KPN (KOMUNIKASI KORPORAT)

2 JUN 2014″

Pada masa yang sama, gambar jelas wajah dua orang pelajar yang turut terlibat dalam rakaman kejadian itu telah dikongsikan oleh orang ramai di laman-laman sosial.










Kuala Lumpur – Disepak, dipijak dan diheret atas lantai. Itu nasib seorang pelajar perempuan yang menjadi mangsa belasahan sekumpulan pelajar samseng dalam kejadian dipercayai berlaku dalam kawasan sekolah dan dirakam oleh seorang daripada suspek.


Video yang tidak diketahui tarikh rakaman dan kini tersebar di laman sosial Facebook (FB) itu menunjukkan mangsa berdiri dikerumuni pelajar lain yang berkata sesuatu yang kurang jelas sebelum bertindak membelasahnya.


Dalam video berdurasi satu minit 17 saat, pelajar perempuan yang merakam kejadian berkenaan turut memperkenalkan dua rakannya sebagai ‘gengster’ dan ‘kak yong’ dan memanggil dirinya sebagai ‘pailang’ yang bermaksud samseng.


Mangsa yang bertudung ditendang oleh seorang pelajar sebelum ditarik rambut, ditumbuk dan ditendang oleh sekurang-kurangnya empat orang serta diheret atas lantai dengan menarik rambutnyat





Mangsa yang dibelasah selama kira-kira 30 saat tidak melawan dan kedengaran menangis teresak-esak pada penghujung rakaman berkenaan.


Video yang dipercayai dirakam menggunakan telefon bimbit mengundang kemarahan pengguna FB yang mendesak agar pihak berkuasa segera menyiasat kejadian berkenaan dan mengambil tindakan sewajarnya.


“Xpe.. nanti aku nk repot polis.
Muka dua orang budak ni aku dah buat screen shot…so senang nak cari,” kata seorang pengguna dikenali sebagai Mustapa Kamal.


Bagaimanapun lokasi kejadian dan sumber video berkenaan masih belum diketahui, lapor Hmetro.














Oleh yang demikian diharapkan tindakan undang-undang yang bakal dikenakan kepada mereka , tidak akan ada lagi pelajar sekolah yang menganggap buli sebagai perkara yang ringan di masa akan datang .



0 ulasan:

Catat Ulasan