Khamis, 13 Februari 2014

2/13/2014 03:35:00 PTG

Negara Terkaya di Dunia 2014 : Negara Jiran Malaysia, (Singapura RM203,527 & Brunei RM180,171 Tersenarai)


Negara Terkaya di Dunia 2014 : Negara Jiran Malaysia, (Singapura RM203,527 & Brunei RM180,171 Tersenarai)

Posted: 12 Feb 2014 07:51 PM PST

Email

negara terkaya dunia

Negara Terkaya Di Dunia 2014 : Apabila disebut negara terkaya di dunia pasti ada yang terbayang negara-negara popular seperti Amerika, Britain, Jerman dan lain-lain lagi selain dari negara-negara Timur Tengah.

Tetapi ada juga kalangan negara yang kurang diberikan perhatian oleh "dunia" tetapi masih mampu berada dalam kalangan negara-negara terkaya di dunia :

  1. #Qatar – KDNK per kapita lebih (~ $102,000 / ~ RM340,323)
  2. #Luxembourg – KDNK per kapita lebih (~ $77,000 / ~ RM256,911)
  3. #Singapore – KDNK per kapita hampir (~ $61,000 / ~ RM203,527)
  4. #Norway – KDNK per kapita (~ $55,000 / ~ RM183,508)
  5. #Brunei – KDNK per kapita sekitar (~ $54,000 / ~ RM180,171)
  6. #United Arab Emirates
  7. #United States
  8. #Hong Kong
  9. #Switzerland
  10. #Netherlands
  11. #Australia
  12. #Austria
  13. #Ireland
  14. #Canada
  15. #Kuwait

Faktor Kedudukan Sesebuah Negara Terkaya Di Dunia 2014 :

  1. Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) per kapita yang diselaraskan dengan kuasa beli
  2. Kuasa beli yang disesuaikan dengan KDNK telah digunakan oleh pakar ekonomi ketika membuat perbandingan, yang mana mengambil kira faktor perbezaan kos sara hidup dan kadar inflasi

Kedua-dua negara-negara jiran kita Malaysia turut sama tersenarai iaitu, Brunei dan Singapura :

  • Singapura tiada balak, tiada hasil minyak, pun masih mampu tersenarai dikalangan di negara terkaya di dunia. Mereka lebih bersandarkan status Singapura itu sendiri sebagai hab teknologi, pembuatan dan kewangan.
  • Brunei ada simpanan minyak seperti Malaysia, tetapi terus mengukuh kedudukan sebagai antara negara terkaya di dunia.
  • Brunei dan Singapura tidak memerlukan istilah projek super mega tertinggi, terpanjang, tetapi masih mampu tersenarai 5 negara terkaya di dunia
  • Dua negara – satu pernah sama-sama membentuk Malaysia, dan satu lagi hampir-hampir mahu membentuk Malaysia, sudah tersenarai dalam kalangan negara terkaya di dunia.
  • Tetapi apa yang membezakan negara ini dengan negara-negara yang lain. Adalah pengurusan. Kedua-dua negara membuktikan kepada dunia, tidak relevan saiz negara menjadi penanda aras membuatkan sesebuah negara tu kaya ataupun miskin.
  • Bagaimana pemimpin negara tersebut menguruskan kekayaan negara mereka dan dipulangkan semula kepada rakyat untuk sama-sama "merasainya" tanpa merompak untuk kepentingan sendiri, itu yang paling penting sebenarnya.

Harapan Berita Semasa pula, jikalau tidak tersenarai dalam kalangan negara terkaya di dunia sekalipun tidak mengapa tetapi cukuplah Berita Semasa mahu melihat :

  • Wang yang dibawa ke pasaraya contohnya untuk dibelanjakan bagi keperluan harian "sentiasa mencukupi". Rakyat tidak perlu merungut dek kerana pendapatan yang mereka perolehi tidak setimpal dengan harga barang yang terus melambung tinggi
  • Seluruh rakyat Malaysia sekurang-kurangnya mendapat keperluan asas yang mencukupi tidak kira duduk di kawasan bandar mahupun di pedalaman. Mereka adalah rakyat Malaysia.

Kami terus ternanti-nanti saat ini. Apa pandangan & harapan anda pula anda pula?


Email

Kadar Inflasi di Malaysia 2014 Melonjak Tinggi Kepada 3.4% (Tertinggi Dalam 9 Bulan)? Bersiap Sedia Rakyat Malaysia!

Posted: 12 Feb 2014 06:51 PM PST

Email

Inflasi Rakyat Malaysia

Kadar Inflasi di Malaysia 2014 : Semalam keluar berita, di mana Tun Mahathir sempat menemplak kerajaan Malaysia berdasarkan pemerhatian dan pengalamannya selama ini mentadbir negara apabila melihatkan kadar inflasi di Malaysia yang tinggi ketika ini dan akan terus meningkat dan meningkat…..

Situasi yang agak bahaya kepada rakyat Malaysia. Dengan matawang Ringgit Malaysia terus lemah (SEPERTI DIBUKTIKAN DI SINI) dibandingkan dengan Dolar Amerika & Dolar Singapore, kenaikan harga minyak, kenaikan tarif elektrik, lonjakan harga barang & kos sara hidup di Malaysia akhirnya meletakkan kadar Inflasi di malaysia 2014 kepada paras yang lebih tinggi iaitu 3.4%.

Punca kenaikan Kadar Inflasi di Malaysia 2014 naik?

  1. Kenaikan harga barang & kos sara hidup rakyat malaysia ketika ini
  2. Barangan semakin mahal berikutan rasionalisasi subsidi
  3. Pendapatan rakyat Malaysia kurang untuk membeli barangan sehingga menyebabkan pengurangan penggunaan untuk ekonomi

Inflasi Terkini

inflasi malaysia

Sebenarnya, pengiraan kadar inflasi di Malaysia hanya melibatkan kos bayaran perkhidmatan awam di mana kos pembelian kereta tidak dimasukkan dalam pengiraan tetap kadar inflasi. Begitu juga pembelian rumah yang terus melambung tinggi juga tidak dimasukkan dalam pengiraan tetap. Sebaliknya kerajaan "lebih berminat memilih" kadar rumah sewa.

Tetapi, bayangkan jikalau kedua-dua ini dimasukkan dalam pengiraan kadar inflasi di Malaysia, dijangka kadar inflasi di Malaysia bukan setakat 3.4% sahaja tetapi lebih daripada angka tersebut. Apa respon balas anda pula?


Email

Check BR1M 2014 3.0 Status (Online Payment)

Posted: 12 Feb 2014 04:59 AM PST

Email

check br1m 2014

Check BR1M 2014 3.0 Status (Online Status Application) : Pejam celik pejam celik selepas anda daftar BR1M 2014 dan hantar permohonan (SEPERTI DI SINI), akhirnya payment (pembayaran BR1M 2014) akan diserahkan kepada anda yang layak bermula 22 Februari 2014 ini. Jadi….

Jadi pembayaran Bantuan Rakyat 1Malaysia ( BR1M 2014 3.0) akan dikreditkan ke dalam akaun bank anda pada 22 Februari. Selepas pihak kerajaan Check BR1M 2014 3.0 Status, didapati seramai 5.4 juta penerima BR1M 2014 3.0 akan menerima bayaran BR1M anda pada 22 Februari 2014 ini, iaitu pada hari yang sama pelancaran penyerahan pembayaran oleh Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak.

Check BR1M 2014 3.0 Status (Online Status Application) : Baki 2 juta penerima yang tidak mempunyai akaun bank, mereka akan menerima payment BR1M 2014 mereka secara berperingkat mulai 23 Februari  melalui baucar BR1M 2014. Payment BR1M 3.0 akan diserahkan kepada mereka pada majlis yang akan diadakan di kesemua 222 kawasan Parlimen .

Penyerahan payment BR1M 2014 kepada mereka yang tidak mempunyai akaun bank agak mengambil masa sedikit kerana jumlah yang tergolong dalam kelompok ini agak besar. (Utusan Malaysia)

KLIK SINI : Check BR1M 2014 3.0 Status (Online Payment)

check br1m status

  Check BR1M 2014 3.0 Status  

Email

Biodata Keith Foo Ariana Rose & Gambar Keith Foo

Posted: 12 Feb 2014 04:15 AM PST

Email

biodata Keith Foo

Biodata Keith Foo pelakon Ariana Rose Slot Akasia TV3 : Nampaknya pelakon Keith Foo bagi drama Arina Rose sekarang ini makin meletup-letup popularitinya yang naik atas lakonan berkesan Keith Foo sekarang ini dalam drama tersebut. Pelakon….

Pelakon Keith Foo adalah jejaka kacukan india dan cina, yang antara nama agak popular ketika ini dalam dunia lakonan dan sekarang ini nama Keith Foo semakin melonjak naik apabila mula membintangi drama adaptasi Novel The Wedding Breaker iaitu drama Ariana Rose.

Selain itu, berdasarkan biodata Keith Foo beliau kerapkali juga berlakon & membintangi di Indonesia dalam drama Sinetron. Dalam drama Ariana Rose, Keith Foo turut digandingkan dengan pelakon wanita utama yang berbakat iaitu Nur Fathia.

Jemput semak biodata Keith Foo Ariana Rose

  • Nama Popular: Keith Foo
  • Nama Sebenar: Foo Chuan Chin
  • Umur: 31 Tahun (2014)
  • Tarikh Lahir : 06 Januari 1983
  • Zodiak: Capricorn
  • Warganegara: Malaysia
  • Bangsa: Campuran India dan Cina
  • Agama: Kristian (Non Muslim)
  • Nama Kekasih: Tyas Mirasih ( Warga Indonesia dan Agama Islam)
  • Asal : Gemas, Negeri Sembilan
  • Pekerjaan Sampingan: Model dan Pelakon
  • Populariti: Malaysia dan Indonesia
  • Kemahiran Bahasa: Chinese (Mandarin, Hailam & Cantonese) Tamil, Malay, English, Indonesian
  • Profil Rasmi Instagram: http://instagram.com/keithfoo
  • Profil Rasmi Twitter: https://twitter.com/keithfoo83

Filem Indonesia

  • Mati Suri (2009)
  • Paku Kuntilanak (2009)
  • Bidadari Jakarta (2010)
  • Pengantin Pantai Biru (2010)
  • Akibat Pergaulan Bebas 2 (2011)
  • X – The Last Moment (2011)
  • Hantu Budeg (2012)
  • Perempuan di Rumah Angker (2012)

Sinetron Indonesia

  • Cinta dan Anugerah (2010)
  • Sinar (2010)

Drama Malaysia

  • Dalam Setiap Sujud (2013)
  • Jodoh Itu Milik Kita (2013)
  • Love you Mr.Arrogant (2013)
  • Ariana Rose (2014)
  • Gambar Keith Foo Pelakon Drama Ariana Rose

Gambar Keith Foo Ariana Rose Biodata

Biodata Keith Foo : Apa pandangan anda dengan lakonan pelakon Keith Foo dalam draam Ariana Rose ini?


Email

Gambar Neelofa Seksi Anugerah Meletop ERA 2014

Posted: 12 Feb 2014 03:29 AM PST

Email

Gambar Neelofa seksi

Gambar Neelofa Seksi Anugerah Meletop ERA 2014 : Artis Malaysia seperti Neelofa seperti biasa seringkali mencuba untuk memakai pakaian tau fesyen yang boleh menarik perhatian yang hadir dalam satu-satu majlis. Terbaru…..

Terbaru Gambar fesyen Neelofa paling seksi di Anugerah Meletop Era (AME) 2014 pada Sabtu 8 Februari 2014 bertempat di Stadium Putra Bukit Jalil, Neelofa seksi sehingga menjadi sasaran lensa kamera dan tumpuan penonton kerana fesyen pakaian Neelofa terlalu ketat seperti pakai baju renang ketika Neelofa menjadi seorang pengacara atau hos Anugerah Meletop Era 2014 bersama Dato Ac Mizal dan Nabil Ahmad.

Dan sepantas kilat artis Malaysia Neelofa telah dikecam dan mendapat pelbagai komen serta kritikan yang pedas melalui laman sosial seperti Intagram, Facebook dan Twitter. Susulan itu, Neelofa telah menerima pelbagai komen dan kritikan menerusi laman sosial. (Gosip artis Malaysia)


Email

0 ulasan:

Catat Ulasan